Monday, October 11, 2010

MUSZAPHAR SAH MILIK HARLINA!


SHEIKH MUSZAPHAR menyerahkan cek mas kahwin kepada isterinya, Harlina di Masjid Tuanku Sultan Mizan, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sah menjadi milik Dr. Harlina Mohd. Yunos setelah selamat diijabkabulkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini semalam.

Dengan hanya sekali lafaz, Sheikh Muszaphar telah dinikahkan oleh bapa Harlina, Lt. Kol. (B) Mohd. Yunos Mohd. Ali dengan mas kahwin RM80 sambil disaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali.

Kedua-dua mempelai mengenakan pakaian pengantin sedondon berwarna putih dan rombongan pengantin lelaki membawa sembilan dulang hantaran dan dibalas 11 dulang oleh pihak pengantin perempuan.

Turut hadir pada majlis itu ialah ibu bapa Sheikh Muszaphar, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Abdul Shukor dan Datin Zuraida Sheikh Ahmad serta ibu Harlina, Habibah Endan, keluarga dan kenalan masing-masing.

Perkahwinan itu turut dihadiri 100 angkasawan luar negara yang dijemput khas pada majlis berkenaan dan persandingan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.

sumber: kosmo online

alhamdulillah, selamat pengantin baru kepada angkasawan kita, bersama pasangan. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. sama2 kita doakan. malam tadi, aku tak dapat tgk siaran langsung pada diorang~ wuu.. sedih kan. xpela, nanti aku cari la kat mana2. kalau sapa2 ada simpan video ke rakaman ke apa2 la pasal malam tadi tu, sila2 kasi ke sini, tak pun share link sudahh~~ i likeeee.. <3

2 comments:

L@g3nd@ buD@k N@k@L said...

bila la nakal nk kawen..hahaha

NOOR FATIN said...

cpt2 la cari awek.haha

ARTIKEL RAKAN BLOGGER