PENYANYI Enrique Iglesias mengaku dirinya suka berbogel dan tidak mempunyai masalah untuk menanggalkan pakaian tanpa sebab. Dia yang bercinta dengan pemain tenis, Anna Kournikova sejak tahun 2001 menegaskan tidak malu untuk berbogel dan sering melakukannya di hadapan kawannya.
Kata Enrique: "Berbogel adalah seperti mempermainkan diri saya sendiri. Tapi saya tidak malu untuk berbogel. Saya mempunyai lima orang kawan baik dan kami semua suka berbogel bersama serta melakukan benda-benda bodoh."
Namun, penyanyi berusia 35 tahun itu berasa risau Nicole Scherzinger akan berasa malu apabila dia perlu berbogel untuk penggambaran klip video mereka berdua, Heartbeat. Bercakap mengenai Nicole: "Saya seorang lelaki dan ia akan lebih mudah bagi seorang lelaki berbanding wanita.
"Tapi pengarah akan mencari jalan untuk membuatkan dia kelihatan menarik. Asalkan klip itu kelihatan menarik, berbogel itu bukan satu masalah."
2 comments:
bkn ade ke artis malaysia berbogel utk filem mantra?
tau.. tapi yang ni lagi dasyat. haha!
Post a Comment