Saturday, July 10, 2010

NURI PILIH BELANDA, PAUL PILIH SEPANYOL~

salam

tengok tv x semalam? buletin utama. aku sempat tengok. aku tertarik nak bercerita pasal ni. muncul pulak burung nuri. kaler hijau. comel. hehee


Namanya, ‘Mani Si Nuri’, seekor burung nuri yang menetas di Malaysia dan kini dipelihara di Singapura, mula menjadi sebutan apabila meneka tepat Belanda menewaskan Brazil pada perlawanan peringkat suku akhir.

Semalam Mani dikatakan meramalkan Belanda bakal menjadi juara dalam edisi Piala Dunia 2010.

‘Mani Si Nuri’ adalah sebagai pembantu tukang tilik kepada seorang tukang tilik dikenali sebagai Muniyappan di Singapura.

Haiwan kecil ini bersama tuannya mencari rezeki di Jalan Serangoon, Little India di Singapura dan pada musim Piala Dunia, kedua-duanya ‘tumpang sekaki’ membuat ramalan keputusan perlawanan Piala Dunia dengan menggunakan daun pakau.


aiyook. mari kita lihat apa sotong ni pilih..


Paul menjadi primadona Piala Dunia kebelakangan ini setelah semua tembakannya untuk pertandingan Jerman benar, termasuk ketika memprediksi Der Panzer bakal ditumbangkan Sepanyol di semifinal.

Paul akhirnya "diminta" membuat pilihan: Sepanyol atau Belanda.

Pada proses "ramalan" yang disiarkan oleh stesen television Jerman dari akuarium di Sea Life kota Oberhausen, makhluk laut itu dengan mantap memilih "Matador".

"Sangat cepat. Tampak jelas bahawa kemenangan adalah untuk Sepanyol," ungkap juru bicara "rumah" Paul.

Cepatnya Paul memilih Spanyol. Hanya sekitar tiga minit! Padahal untuk beberapa pertandingan ia memerlukan waktu "berpikir" sampai 70 minit! hebatkan?

Paul juga dilaporkan membuat ramalan bagi menentukan tempat ketiga Piala Dunia antara Jerman dan Uruguay awal pagi esok dan pilihannya ialah Jerman.

sumber: berita harian online :)

aku pilih SEPANYOL!!!!!

9 comments:

aNiS tHe BumbleBee said...

cayanggggg burung nuri tu..sotong paul,siap ko,goreng tepung karang...hihihihi!

insta: lea_na_nur_ said...

wahh!!!aku pon rse cm spain kalah..huhuhuhu~

ardianz said...

wah saya juga dukung spanyol., :D

Noor Fatin said...

anis: waa,,, cian si sotong tu..hehhe

nana: yakin! spain akan menang..ekekeke

ardianz: sy jugak! :P

mazfahmi said...

aku sokong belanda !

gurlzz didie said...

yeah!!kte tgok jap agi spe y menang~^_^

Anna Boleyn said...

hehe kita tengok nanti tepat ke tak ramalan nuri tu. :)

farysa said...

boleh tak kalau nk lenyapkan dua2 ni
hahaha

Nur Suaidah Bachok said...

tahniah spain~

ARTIKEL RAKAN BLOGGER