Saturday, August 11, 2012

KUALA LUMPUR 4 HARI (PART 1)

assalamualaikum ;)

mak oiiiiii. lamanya tak update blog. haha busy. letih. serabut. semua ada. haha rindunya kat blog ni. aum aum. ada yang rindu aku tak? :P

ni minggu lepas punya stori. aku baru ada masa nak bercerita. tu pun sebab hujung minggu. kalau tak, payah la nak dengar aku bercerita ni. maklumlah, busy. kakaka

oh ya, tajuk entry memang tak boleh blah. dah macam tajuk mc 5 hari pulak.. tapi aku 4 hari je dan bukan mc :P siap ada part2 bagai. 4 hari punya stori kan? mana muat satu entry. gambar berjuta lemon. stori berbillion-billion. tu belum termasuk gosip lagi. hahaha

aku tak tau sampai part berapa. apa-apa pun aku akan bercerita mengikut turutan okay. dont worry bebeh.

hari jumaat yang lepas ( 3/8/2012) aku dan dayah (rumate) bertolak ke KL dengan menaiki bas utama express. bertolak jam 11 pagi dari stesen bas geliga kemaman. 

motif nak pergi KL sebab 4/8/2012, ada majlis berbuka puasa bersama bebudak grup 89. kebetulan dayah pun nak pergi KL. so aku ikut je la dia. heee best2! malam tu tak tido lena dah sebab tak sabar sangat nak jumpa kengkawan! rindu!

pertama kali aku nak pergi tempat jauh tanpa family. mama memang tak bagi dah. mujurlah abah bagi. haha lagipun dah besar kan. asalkan pandai jaga diri cukup la. terima kasih abah. kikiki.

bebudak 89 yang baru aku jumpa tu time birthday aku tu la. ingat tak? KLIK SINI untuk baca entry tersebut ;)


ambil gambar tiket buat kenangan :P

perjalanan ke KL agak slow dan aku rasa macam tengah naik roller coaster. wawawawa 

aku sampai kat KL rasanya pukul 4 petang kot. aku turun kat greenwood. kawan aku, ain dan boifren dia, addin akan datang ambil aku kat greenwood. woot woot.

pasal greenwood pun dah jadi salah faham. pakcik tu kata kat bus stop tepi highway tu la greenwood. sedangkan ain dan addin tunggu aku kat greenwood yang lain. aku yang tak tau apa-apa ni hanya turun sajalah. kakaka adoyai! dah la turun sorang-sorang. sebab dayah turun kat hentian putra.

ini la kali pertama aku nak jumpa ain. kawan dari april 2010 lagi. setelah beberapa tahun, akhirnya aku dapat jumpa dia. wee seronok tak terkata. terima kasih ain dan addin sebab sudi ambil aku kat greenwood dan petang tu kitorang berbuka puasa bersama-sama di ikea!

pertama kali sampai di ikea. whoa.baru aku tau macam mana rupa ikea. kakaka


sebelum berbuka puasa! hehe inilah ain! cantik kan? :)


hidangan kami bertiga. yummy2! ain belanja. terima kasihh! ;)


yang ni memang sedapp. ok dah terliur. rindu nak makan lagi =__=


pertama kali jugak makan meatball ikea. selalu dengar orang cerita je. ni dapat rasa sendiri.. mak ooii apsal sedap sangat ni? serius sedappp! haha..

amik 20 biji. 2 biji je ain makan, lagi 18 aku dan addin abiskan. wawawawawa eating contest! :P


makan sampai fengsan~ :P

ain, aku tak boleh lupa lagi wajah lelaki yang duduk sebelah meja kita tu. wawawawa :P

lepas tu kitorang berjalan-jalan di dalam ikea tu. besarr gila tempat tu dan yang paling best banyak cermin. huahua boleh ambik gambar :P


bertiga ;)

aku tak beli apa-apa pun. cuci mata saja. dan punyalah ramai jejaka kacak kat sini. senang la hai nak jumpa. adoyai. rambang mata den. haha!

mungkin sebab pertama kali jumpa aku masih malu-malu lagi. ain risau la kot2 aku tak happy ke apa dengan diorang. aku happy la cuma aku tak pandai nak tunjuk je! haha

serius, best dapat jumpa korang, keluar dengan korang. happening. dan tak bosan. ;)


ain, moga kita dapat berjumpa lagi!! ;)

lepas tu boleh pergi ikea lagi. makan meatball lagi. lawan makan lagi. wehuuu~

kitorang lepak bersama sampai pukul 10 lebih la.

malam tu.. aku... 

jumpa di entry seterusnya. hik hik

bai.

3 comments:

Unknown said...

As salam Fatin,

Seronok dpt berjumpa kwn2 & lg2 dpt berbuka bersama2... teringat kami masa di Msia dulu ade jugak slot berbuka dgn geng2 lama :))

insta: lea_na_nur_ said...

ko ni g ikea cuci mte beli brg ke tgk lelaki encem hah???? hahhah! hati2 weh. encem2 tp gay. hahhaha!

norain.ibrahim said...

haha..kami seronok jumpa atin jugak! hopefully dapat jumpa atin lagi.. Insha'Allah.. I'm glad fatin happy hang out dengan kami.. risau gila atin senyao je.. hehe~

ARTIKEL RAKAN BLOGGER