Thursday, August 16, 2012

KUALA LUMPUR 4 HARI ( PART 6)

 assalamualaikum ;)

lepas balik rumah dan mandi, dalam pukul 12 malam kitorang keluar balik. masa tu yang ada cuma aku nadiah, nabila, nana, zaffran, wan dan bobo. yang lain pulang ke rumah masing2. tempat yang dituju adalah burger bakar kat wangsa maju.

entah mengapa malam tu kepala aku sakit sangat. sampai aku betol2 rasa nak muntah. aku baring je masa naik kereta dengan zaffran. tak boleh nak cakap apa dah. mungkin sebab aku makan sikit je kot masa berbuka tu, tapi perut tak rasa lapar pun. cuma sakit kepala sangat.

sampai sana, makan panadol. kehkeh.

zaffran belanja kitorang semua makan burger. thank youuuuuuuuu!

seorang sebijik burger, satu set. aku dengan bobo kongsi sebijik. huahua


weee~

kitorang lepak dari pukul 12 lebih tu sampai pukul 4 pagi kot. ekekeke orang punyala ramai time tu. cuma sebabkan aku sakit kepala, aku tak dapat nak rasa kenikmatan burger bakar itu seadanya. memang sedapp. cuma tak puas makan. wawawawa

borak, gosip, usik, bergurau dan semuanya pada malam itu! segala isi perbualan kami terpaksa rahsiakan.. hihihi *tetiba*


bye. nak balik dah.

balik je wan antar. lega. lepas tu nana pulak sambung drive. yang lain semua dah terlelap. letih sangat kot.

malam tu nana dan nabila tido kat rumah nadiah. berempat la kitorang malam tu. balik je, tak sempat nak borak, semua pengsan abis sebab mengantuk sangat. kakaka

seriusly aku tak sangka bobo boleh ngam dengan kengkawan aku semua. memandangkan aku baru sangat kenal dia, tak kenal abis lagi sebenarnya, lepas tu terus jumpa. so aku memang tak expect langsung la dia boleh ngam dengan diorang. hahaha. alhamdulillah, tak sia-sia bawak dia. syukur la dapat kawan macam dia. kikiki kawan2 aku pun okay dengan dia. so tak de masalah la kalau aku nak bawak dia lagi lepas ni. eh eh.

susah nak jumpa lelaki macam dia. *puji sikit* :P dari iftar sampai prank sampai ke burger bakar dia ada. seronok!

dan pagi tu hurm hurm aku tak jumpa pagi haritu. petang baru aku jumpa, tu pun sebab mama kol. kalau tak, silap2 sampai ke malam =__=

petang 5/8 tu aku dan nadiah lepak kat rumah je. tak keluar mana pun. letih lagi kot kan. haha. 

lepas tu.......

baca entry lepas ni tau tau. jangan marah :P

2 comments:

Tukang Karut said...

fuh... banyak betul episod entry ni...

~~oOpEt~~ said...

sedapnya burger.. best xburger kt bangsar tu?

ARTIKEL RAKAN BLOGGER