Thursday, August 30, 2012

Friendship isn't a big thing - it's a million little things.

assalamualaikum!

bertemu lagi kita pada hari ini. heheheh~

entry kali ni pasal classmates. dalam kelas aku, ada 7 orang semuanya. tu dia. macam dragon ball pulak.. ekekke

yana
dayah
sara
farhana
najwa
hafizi
aku

kehkeh

hari selasa lepas, merupakan kelas terakhir bersama miss laiha. sepatutnya ada presentation tapi tak de! haha tapi kelas tetap ada la lagipun kelas terakhir kan. 

so dalam 20 minit je, miss ajak pergi breakfast kat teluk kalong. semuaa. satu kelas. miss belanja! yeah yeah!

lepas tu balik. sebelum bersurai, ambek gambar sebagai kenangan!

klik! klik!


dari kini, yana, dayah, najwa, miss liha, aku, sara, fizi


gambar candid! nampak kemesraan tu kan! hehe


lagi sorang, farhana. hehehe~


berakhir sudahh kelas communication skills kitorang. mula2 belajar pasal resume dengan madam sara, lepas tu public speaking dengan miss ju, lepas tu belajar pasal interview dengan miss laiha. ok settle.

sekarang yang tinggal cuma kelas pro-engineer dan autocad je. huehue lepas ni dah boleh start buat projek dah!

9.12.2012 start berpraktikal! ;)



I didn’t realize what real love was until he let me go and I let go of him.

That was when I found myself smiling more that I was crying, feeling safe instead of feeling insecure, being accepted instead of put down.

I was left standing alone but I was standing on my own, in my own strength and loving myself unlike ever before.

I am in love now; in love with me.

Tuesday, August 28, 2012

KEBATASAN BERINTERNET. SIGH

Assalamualaikum ;)

fuh fuh tiup lagi blog kesayangan ni. hahaha ok aku kembali lagi. dengan penuh harapan dapatlah aku meneruskan hobi berblogging ini dengan aman dan tenang tanpa gangguan lagi. haha..

ok seminggu sudah berlalu. hari raya disambut dengan kurang meriah memandangkan kitorang beraya kat kemaman je. tak balik ke kampung pun. rasa la suasana hari raya masa hari pertama raya, mama buat ketupat, rendang ayam. gulai daging, mee udang dan ramai la kengkawan abah dan jiran2 yang datang. lepas tu lepas tu.. hanya di rumah. hahaha adess..

redha je la. janji mama dan abah ada dengan aku. cuma rindu sangat dengan kampung. waaa.

ok sikit la cerita pasal raya. duit raya erm erm sadis kalau nak cerita. hehehe abaikan. tema tahun ni, merah. aku dengan mama je. abah putih. hahaha..

sedikit gambar la yeee~


baju raya yang tak berapa nak raya sangat la. dah rasmi dah masa pergi jumpa kengkawan time birthday aku haritu. kehkeh.

mama masak mee udang. utara mari dan depa puji sedap! yummy2!


mama dan abah ;)

satu hari tu kitorang pergi binjai. ada kenduri kahwin. hari khamis kot. lupa dah aku. lepas balik kenduri, abah pergi keja. abah tinggalkan aku dan mama kat bandar chukai. so kitorang jalan2 cuci mata. lepas tuu singgah la ke tutti fruitti kemaman ni.baru je bukak haaa.

1st time aku makan sebenarnya. itu pun sebab ada kat sini. so nak merasa la. heheh


vanila mama punya. coklat aku punya. dua cup ni RM18 sahaja.

ada la toppingnya. tapi korang xnampak kan? kakaka tenggelam sudah.

serius aku makan tak habis. mama yang habiskan. aku tak suka aiskrim sebenarnya. hoho adess. makan sekadar nak merasa boleh la, kalau nak banyak2 memang tak nak la. untung mama suka aiskrim! ekekeke



lepak sini sementara tunggu abah amik. pejabat abah depan tu jee ;)


sehari dating dengan mama ^__^



aku! ;)

cuti panjang sudah habis bro. sekarang dah ada kat TATI. dah start belajar dah.. ekekkeek adoyai. malas! :P :P

ok haa ni baru nak masuk tajuknya, kebatasan berinternet.

bulan ni je bajet aku memang lari. memang lari habis. dengan internet. 2minggu je dah kena limit. kena topup kalau nak ada internet lagi. dua kali topup, campur bil dah rm100++ . peh. sumpah stress. internet kalau laju berdesup tak apa jugak.

sememangnya aku sangat tak puas hati dengan pakej yang baru yang ditawarkan ni. sungguh aku rindu dengan pakej rm138 yang aku dah pakai selama 4 tahun. sigh~

so semua kena limited. tengok youtube tak boleh, download pun tak boleh. twitter dan facebook je buka. kekadang tumblr. tu pun cepat gila habis limit. adoyai.

sekarang kat TATI, aku memang guna wifi je la. aku simpan broadband. tak nak pakai. hahha simpan quota untuk pakai masa kat rumah je.

ni aku start berblogging balik bila ada wifi ni. kalau nak guna broadband, memang tak la. hahaha. adess..

dugaan.sabar.

aku buat cermin mata baru! ekekek memandangkan spek ni dah tak berapa nak nampak, nak usha2 pun dah tak berapa nak clear, so aku decide buat spek baru.

kaler pink gittew. gambar nanti upload XD

2007 punya spek kaler purple. 2009 punya kaler biru, 2012 punya kaler pink!! wehuu, sengaja aku amik lain2 kaler. mungkin lepas ni kaler hijau atau kuning pulak kot. muahaha

sekian cerita aku pada entry kali ni. ada sapa2 rindu aku tak? aku rindu sangat kat korang. kbai~

Saturday, August 18, 2012

KUALA LUMPUR 4 HARI (PART 8)

assalamualaikum ;)

tiba masanya untuk menamatkan cerita aku pada harini. esok dah nak raya. hahahahah mujur la sebelum raya dah nak abis. kalau tak, aku sambung je la lepas raya okay. wink wink.

pagi 6/8 kitorang tak pergi mana-mana pun. hari tu macam tak da transport nak amik aku pergi hentian putra. adess bada call cakap tak boleh datang >,< last-last dalam pukul 2 petang tu aku bertolak dari stesen ktm ukm ke bandar tasik selatan. dayah tunggu kat sana.

mood aku agak moody sebabkan 'kesayangan' dan membuatkan aku tak sedar aku masuk coach lelaki. wawawawa nasib orang tak jeling lain macam. ampun ampun. kakaka lepas tu aku berbuka puasa di kota damansara dengan kawan-kawan dayah.

aku ikut je. makan nasi kukus ayam berempah. yummy2!

dah beli tiket balik ke kemaman pukul 10 malam. dalam 9 lebih tu kitorang dah sampai hentian putra dah. dijangka zaffran dan bobo akan datang jumpa aku sebelum aku bertolak.

last minit baru zaffran sampai. masa tu aku dah ada atas bas dah. agak gelisah time tu sebab aku takot tak dapat jumpa dia. wawawawa lepas tu asyik call je dengan harapan dia datang cepat memandangkan dia dah ada kat tempat parking masa tu. sempat lagi pakcik bas tu marah kat aku sebab aku cakap kejap pakcik, saya tengah tunggu kawan. aku betol2 rasa nak menangis dah kalau bas bergerak tapi aku tak dapat jumpa zaffran.

alhamdulillah, panjang umur, jumpa jugak. haha terima kasih zaffran sebab datang jumpa aku. walau kejap sangat tapi aku sangat hargainya. ada jodoh kita jumpa lagi okay ;)

zaffran bagi aku souvenier. wink wink

ingat tak dulu aku pernah buat entry pasal zaffran pergi paris tu?? KLIK SINI kalau nak baca balik.


^__^V

lepas tu bas pun dah bergerak. tetiba bobo pulak kol. adoyai. sedih gila la tak boleh jumpa. hahaha tak apa la tak de rezeki, ada jodoh kita jumpa lagi okayy :P

sampai ke kemaman dalam pukul 2.30 pagi dan abah dan mama amik kat depan centre point. kekeke

happy ^_^ dan alhamdulillah banyak benda yang tak dijangka berlaku..

1st time jumpa nadiah, ain, addin, bobo, wen.. haha yang lain dah lebih sekali..

terima kasih semua. aku rasa enjoy gila selama 4 hari tu. haha hilang tekanan aku kat kemaman. 

8 part untuk 4 hari punya stori. diharap anda semua membaca dan memahami dengan seadanya yaa. kehkeh~

selamat hari raya mohon maaf zahir dan batin. akan sambung menulis entry selepas raya, insyaAllah. semoga Allah permudahkan urusan. ;) 

bai


Friday, August 17, 2012

KUALA LUMPUR 4 HARI (PART 7)

assalamualaikum ;)

petang 5/8 tu kitorang lepak je kat rumah. pagi tu hurm hurm kan aku cakap aku tak jumpa pagi. so tak ada apa yang perlu diceritakan :P

petang tu nadiah bawak aku pergi warta bangi. merempit lagi. vrooomm vrooom. hikhik

kitorang berbuka puasa sesama haritu. kat kedai nasi kandar. yummy2!!


aku suka banner tu! sampai tokey terduduk! haha! comel je


menu aku. 


menu nadiah.


sedar tak sedar dah berbulan aku tak makan nasi kandar kan. haha so kali ni makan la sepuasnya! wink wink

kitorang balik dalam pukul 9 lebih, lepas tu kitorang bersiap-siap pulak nak ke jalan TAR. dengan wan! wehuuu!

terima kasih wan sebab bawak kitorang jalan-jalan, teman kitorang shopping dan belanja makan! ;D


dah 1 pagi masa ni tapi still segar lagi. kakaka


beli baju ni. lima belas hinggit je. nadiah pun beli satu. kekeke

aku beli kerongsang untuk mama, baju untuk aku, dan 3 helai tudung. haha amboi kemain.

barang banyak murah-murah dan cantik-cantik. wang terhad makanya memilih yang paling berkenan di hati dulu. mengutamakan yang itu! kikiki..

dan masa kat jalan TAR orang pun ramai. agak sesak. padahal dah nak dekat kul 2 pagi kot. diorang tak tido ke apa? :P

lepas tu kitorang terus pergi bersahur. dalam pukul 3 lebih. kat mcd sungai besi! ;)


hidangan kami bertiga. hehehe ;)



aku dan nadiah! ^__^V


hai nama saya wan. saya buah hati yulfaizah. wink wink

balik tu dalam pukul 5 pagi kot sampai rumah. sekali lagi pengsan sebab letih sangat. ;)

esok adalah entry yang terakhir memandangkan lusa dah nak raya. haha mohon ampun andai terkasar bahasa sehingga entry part yang ketujuh ni. 4 hari punya entry kan, harus la banyak benda nak diceritakan.. ekekek

Thursday, August 16, 2012

KUALA LUMPUR 4 HARI ( PART 6)

 assalamualaikum ;)

lepas balik rumah dan mandi, dalam pukul 12 malam kitorang keluar balik. masa tu yang ada cuma aku nadiah, nabila, nana, zaffran, wan dan bobo. yang lain pulang ke rumah masing2. tempat yang dituju adalah burger bakar kat wangsa maju.

entah mengapa malam tu kepala aku sakit sangat. sampai aku betol2 rasa nak muntah. aku baring je masa naik kereta dengan zaffran. tak boleh nak cakap apa dah. mungkin sebab aku makan sikit je kot masa berbuka tu, tapi perut tak rasa lapar pun. cuma sakit kepala sangat.

sampai sana, makan panadol. kehkeh.

zaffran belanja kitorang semua makan burger. thank youuuuuuuuu!

seorang sebijik burger, satu set. aku dengan bobo kongsi sebijik. huahua


weee~

kitorang lepak dari pukul 12 lebih tu sampai pukul 4 pagi kot. ekekeke orang punyala ramai time tu. cuma sebabkan aku sakit kepala, aku tak dapat nak rasa kenikmatan burger bakar itu seadanya. memang sedapp. cuma tak puas makan. wawawawa

borak, gosip, usik, bergurau dan semuanya pada malam itu! segala isi perbualan kami terpaksa rahsiakan.. hihihi *tetiba*


bye. nak balik dah.

balik je wan antar. lega. lepas tu nana pulak sambung drive. yang lain semua dah terlelap. letih sangat kot.

malam tu nana dan nabila tido kat rumah nadiah. berempat la kitorang malam tu. balik je, tak sempat nak borak, semua pengsan abis sebab mengantuk sangat. kakaka

seriusly aku tak sangka bobo boleh ngam dengan kengkawan aku semua. memandangkan aku baru sangat kenal dia, tak kenal abis lagi sebenarnya, lepas tu terus jumpa. so aku memang tak expect langsung la dia boleh ngam dengan diorang. hahaha. alhamdulillah, tak sia-sia bawak dia. syukur la dapat kawan macam dia. kikiki kawan2 aku pun okay dengan dia. so tak de masalah la kalau aku nak bawak dia lagi lepas ni. eh eh.

susah nak jumpa lelaki macam dia. *puji sikit* :P dari iftar sampai prank sampai ke burger bakar dia ada. seronok!

dan pagi tu hurm hurm aku tak jumpa pagi haritu. petang baru aku jumpa, tu pun sebab mama kol. kalau tak, silap2 sampai ke malam =__=

petang 5/8 tu aku dan nadiah lepak kat rumah je. tak keluar mana pun. letih lagi kot kan. haha. 

lepas tu.......

baca entry lepas ni tau tau. jangan marah :P

Wednesday, August 15, 2012

KUALA LUMPUR 4 HARI (PART 5)

assalamualaikum ;)

bersambung lagi. sudah masuk part kelima. haha harap anda anda semua tabah membaca setiap entry ini. maaf2. kalau satu entry je memang tak muat la kan. aku kena pecah-pecahkan entry ni macam ni. baru best nak bercerita. kuang2

malam tu kitorang lepak kat stadium kajang tu. hahaha..

tengah lepak-lepak, ambil gambar dengan abil, aku dan abil kena simbah dulu. dengan sapa? WAN!

padahal dia tak sedar sepatutnya dia yang nak kena! haha xpa2 dia dah start dulu kan, mari kita teruskan! ;)


love her very much ;)

lepas amik gambar ni, aktiviti simbah menyimbah bermula.



ini la wan. event kali ni dia yang handle. tahniah wan, event yang berjaya dan buat semua orang happy. lepas ni nak dia lagi yang handle. kekeke

ada air anggur 16 kotak, satu botol coke, mineral dan air asam boi ;)


time ni time ni kitorang rancang nak simbah wan dengan air asam boi. peh menjadi beb! kakaka tahniah utk zaffran dan nana yang berjaya membasahkan wan dengan air asam boi sebungkus. basah kuyup dia malam tu. haa tu la, nak kenakan orang sangat kan. kekeke


dua jejaka basah lencun malam tu. ;) pasrah je la kan korang. kikiki


gambar ni nampak macam nana dan abil tengah marah kat aku dan zaffran dan kelihatan bobo sedang bersendirian. kesian. hahahha


haa apa benda tak puas hati ni? kikikiki


eii best gila naik basikal ni. wehuu. walaupun kaki tu tak sampai sampailah aku kena baring lebih dari orang lain tapi best! haha time ni aku dengan wen. haha lucu! gelak je!

time nak antar basikal ni la ada scene zaffran mengejar nana. comel weh!! hahaha


woot woot. abil ehem. haha aku je tak sempat buat macam tu. *tetiba* =P


sweet sangat gambar ni ;)




kemain addin senyum. aku ingatkan time ni gambar berdua je. hahaha :P


bergambar sama-sama ;)




4 0gos 2012.  bertempat di stadium kajang.

sayang korang semuaaa ;)


yang best bila semuaaaaa yang datang.. semuaaa basahh. semua kena mandi airr.. semuaaa. tak da yang terlepas walau ada yang melarikan diri. asalnya bobo tak nak kena tapi akhirnya dia kena jugak. kesiann. hahaha

so boleh jadi tak prank ni hanya utk wan dan abil? >,<

yang paling teruk kena wan la. baju dia boleh perah. lepas tu zaffran, aku dan abil. mujurlah baju aku warna gelap so tak nampak sangat tapi memang basah lencun la abis semua >,<

badan pun dah melekit-lekit. so kitorang semua pulang ke rumah masing-masing. dan ada lagi satu aktiviti dijalankan sampai ke pagi.

apa dia?

jumpa di entry seterusnya. bye!

Tuesday, August 14, 2012

KUALA LUMPUR 4 HARI (PART 4)

assalamualaikum ;)

ni la tujuan utama aku ke KL ni. sebab nak join iftar bersama bebudak 89. haha buat kat satay kajang haji samuri bersebelahan stadium kajang.

aku fadh dan nadiah sampai sana dah nak dekat waktu berbuka. duduk kejap terus dah azan. haha letih sangat. penat tak hilang lagi.

oh ya, untuk iftar kali ni aku bawak sorang kawan. aku kenal agak lama la kot, cuma baru2 ni kot agak rapat la. ni 1st time kitorang nak jumpa dan aku bawak dia pergi iftar sekali.

nama dia bobo. nama penuh dirahsiakan atas dasar keselamatan. kahkah

yang datang malam tu, aku fadhilah, nadiah, wan, abil, zaffran, ain, wen, addin, ieta dan bf dia , nana, nabila dan bobo.

ramai kan? agak gamat jugak la. keh3

gambar2 di bawah dari kamera aku, ain dan fadh.


orang yang terawal sampai.paling awal aku rasa wan. kah3 yang berbaju merah tu ;)



penuh meja dengan makanan. masa ni ada orang tu amik gambar ni berdiri atas kerusi tau. kekeke


beza gambar kamera aku dan fadh. ni kamera aku. murah je. sob3. atas tu kamera fadh :P


nabila tengah buat apa tu ha??? ;D


nana, zaffran dan aku. nampak macam aku orang ketiga di situ :P :P


zaffran, bobo dan aku. ok itu la bobo. sekian


makanan banyak dan banyak jugak la yang habis. aku makan sate 4 cucuk, samosa satu. tu je. serius rasa penat sangat sampai rasa tak lapar. hoho

apa2 pun happy dapat berbuka puasa dengan korang!! ;)



wen, aku, ain dan abil ;)

paling suka gambar ni! tak sangka satu hari nanti kita akan bersama macam ni. alhamdulillah ;)


my besties. aum aum. keesokkannya birthday dia (5/8),  dia bakal kena selepas ni. kakaka luv u dear ;) happy sangat dapat jumpa dia, share stori dengan dia, peluk dia, bergurau senda. aku harap lepas ni kita akan jumpa lagi!

hari tu kitorang jumpa malam birthday aku. hari ni kitorang jumpa malam birthday dia. sangat kebetulan kan? :)



aku dan ieta. ni kali kedua bertemu ieta. kali pertama tahun 2008 tu la, masa 1st gathering. dia cantik sangat sekarang! heheh happy2! cepat2 kawin okayy :P


amik gambar sebelum ieta balik! ^__^



ain, wen, abil, aku, ieta, nana, nabila, nadiah, fadhilah

semua ni dari grup 89. ;)



ain fadh abil ;)


tu baru sikit. ada lagi. ingat lepas iftar kitorang nak balik terus ke? no no. aktiviti prank sebagaimana dirancang sebelum ni tetap akan berjalan seperti biasa. yang balik cuma ieta dan pakwe dia ja. yang lain masih ada.

dirancang pada malam tu yang akan kena prank hanya wan dan abil. tapi sebaliknya yang terjadi.

to be continued! bai

Monday, August 13, 2012

KUALA LUMPUR 4 HARI (PART 3)

assalamualaikum ;)

4/8/2012 punya cerita.

pagi-pagi tu kitorang bangun agak awal sebab plannya pagi ni kitorang nak pergi lowyat dan times square! wehuuu.

bangun awal, siap awal, aku dan nadiah sempat meronda kat putrajaya, singgah mydin membeli belah, beli 24 kotak air anggur untuk dibawa masa iftar nanti. kehkeh

dalam pukul 10 lebih, fadh datang ambik kitorang kat rumah nadiah.

aku kenal fadh masa 1st gathering. tahun 2008. tu la kali pertama aku kenal dan jumpa dia. jumpa dan kenal terus. kakaka kali kedua jumpa masa birthday aku tu la. selepas 4 tahun okay. baru bersua muka. tu pun jumpa kejap sangat. :( dan kali ni seharian bersama dengan dia. puas! haha macam-macam benda nak dikongsikan! ;D

kitorang naik ktm dari kajang ke serdang. singgah serdang kejap sebab plannya nak jumpa niya. budak grup jugak. keh2


inilah fadhilah ;)

kat ktm serdang masa ni. hikhik


pertama kali jugak jumpa niya. kenal pun dah lama. huahua. tapi tak berapa nak bersembang sangat mungkin sebab kali pertama kot dan aku pemalu. auww =P

tak apa , ada rezeki kita jumpa lagi dan lepak sesama okayy!

time amik gambar ni train dah sampai. punya kelam kabut. kakaka



aku ambik gambar ni sebab teruja weh. 1st time kot pegang token lrt. haha dah lama sangat rasanya aku tak naik lrt. selalu kan kad. kali ni pakai token. kena touch-touch. so sebabkan aku tak tau bila pulak aku akan naik, aku ambil gambar ni buat kenangan. kehkeh

comel je token ni. aku bukan touch tapi hentak2. aku tiru orang depan aku. sapa entah. hahaha


kitorang keluar bertiga je. aku, fadh dan nadiah. heheh 

kitorang pergi lowyat dan times square. fadh nak cari kamera. nadiah nak survey pasal handphone. aku nak cari hadiah untuk abil. hikhik


bila survey. rasa nak beli tu makin membuak-buak. aishh. mujur la tak banyak duit, mujurlah. kalau tak mau rembat satu ni. kakaka


fadh dapat kamera baru!! ekekke suka dia. aum aum. kamera inilah akan kitorang gunakan masa iftar nanti. muahhaa


aku beli hadiah beg bear untuk abil dan pencil case untuk aku. sama bearnya. hehe lepas tu jalan-jalan lagi dan kitorang balik dari lowyat pukul 6 kot. tunggu train, kejar ktm buat aku semput. haha

kitorang plan nak singgah rumah fadh, mandi dulu, bersiap dengan tenang. tapi malangnya kelam kabut gilaaaaaaaa. bayangkan nak berbuka pukul 7.30. 6.45 petang tu kitorang masih kat bazar. beli makanan sikit untuk berbuka. 

mandi dan bersiap dalam masa 20 minit memang menakjubkan. hahaha tu dia punya penat. 

kitorang akan berbuka puasa di satay kajang haji samuri bersebelahan stadium kajang.

to be continued ;))

ARTIKEL RAKAN BLOGGER