Saturday, June 9, 2012

BAKAL MELUCUTKAN JAWATAN SEBAGAI PENGANGGUR

assalamualaikum ;)

tahniah kepada pemenang!! alhamdulillah dah selesai semuanya ^_^

seperti yang dijanjikan pada entry sebelum2 ni, baru aku nak bagitau ke mana aku nak pergi ahad ni. esok la =__= cepatnya.

aku buat permohonan untuk mengikuti kursus peningkatan kemahiran untuk siswazah di TATIUC beberapa bulan yang lalu. alhamdulillah, 2,3 hari lepas surat tawaran sudah sampai di rumah. 

aku mohon kursus industrial design pada mulanya, bermaknanya aku akan berada di Tati selama 6 bulan dan berpraktikal selama 3 bulan (9bulan kesemuanya), lepas tu aku tukar kursus kepada cad/cam application ( 4bulan belajar, 3 bulan praktikal, 7 bulan kesemuanya), tapi aku dapat surat tawaran yang mana untuk kursus industrial design.

aku tak tau la boleh ke tak tukar kursus bila sampai di sana. hehe tapi kalau tak boleh, aku akan teruskan jugak la amik kursus industrial design walaupun hati aku nak sangat kursus cad/cam application tu. Allah tahu yang mana terbaik ;)

kursus ni untuk pelajar lepasan diploma atau ijazah. 



aku pilih tati sebab dulu masa belajar diploma, aku praktikal kat sini. hehe nak dekat 4bulan aku praktikal kat tati ni. memang aku suka sangat suasana dan pembelajaran kat situ. dapat pulak rumate yang amik kursus sama macam aku nak ambil nanti nih, sejak tu memang aku tanam azam akan amik kursus yang sama lepas diploma.

tahun lepas aku rasa tertinggal kot nak mohon. tahun ni kebetulan abah bawak balik borang permohonan ke rumah.aku mohon guna emel dan berhubung melalui telefon dengan orang yang uruskan pasal ni.

alhamdulillah berjaya dapat tawaran ini. impian aku ni. hehe terima kasih Allah sebab kabulkan doaku ^_^

aktiviti bersosial di laman sosial terutama blog ni akan dihentikan sementara. mungkin ni entry yang terakhir semasa aku kat rumah ni, nanti dah sampai sana, dah ok semua, dah selesa dengan suasana baru, baru aku akan mulakan balik ;)

sekarang ni nak beri tumpuan pada pembelajaran dulu. nak mantapkan kembali skill dan belajar ilmu baru di sini. tak nak sia-siakan peluang ini. dan semestinya tak nak jadi macam dulu. insyAllah ;)

tatiuc tu adalah salah satu kolej di kemaman. tak sampai sejam je dari rumah aku sebenarnya. tapi mama cakap tak payah balik selalu. kejammmmmmmm :P

akan merindui blogger2 yang tak putus2 datang ke sini, bagi komen yang membina, hehe terima kasih ya. insyaAllah ada masa nanti aku akan singgah balik blog korang. internet pun limited sekarang kan. tapi tak apa la, dugaan. sabar je la. ada hikmah di sebalik semua ini.


doakan aku berjaya tamatkan kursus ini dengan jayanya selepas itu mendapat pekerjaan dan seterusnya. erm erm... ;P


thank youu readers! i'll miss you ;)

16 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

tahniah.....rindu pada TATI...huhuhu....kenangan terindah....

Unknown said...

semoga maju jaya atin^-^

Unknown said...

gud luck ye fatin :)

adan said...

Tahniah pada tuan blog.. n gud luck okeh.. tc.. :)

pet said...

taniah! bakal merindui :(

Unknown said...

As salam Fatin,

All the best! Good luck :))

eita said...

tahniah dan selamat berjaya ye fatin

Kak Imun said...

Salam, fatin. Semoga berjaya dan berusaha la ya. Bila dah dpt kerja, jalan2 la ke Sabah....:)

ajax85 said...

tahniah blh berjalan smbil belajar..heheheh

Anonymous said...

tahniah dn selamat berjaya fatin ;)

Nur Farah said...

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. tahniah,... moge gembira dan berjaya disana.. :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

tahniah dear.. good luck ya.

roziahojijie said...

Good Luck sis ! :D

oya said...

wah bagus2..

kay_are said...

owh macam tu ke? camtu selamat menimba ilmu yang baru ye.. takpe.. pentingkan hal yang lebih penting dulu ok? gud luck!! =)

are_lin@yu said...

ooo..inikah rahsianya..hehe..selamat berjuang fatin ;-)

ARTIKEL RAKAN BLOGGER