Assalamualaikum ;)
entry pasal makanan lagi hari ini :P hari tu belajar buat agar-agar wholemeal. nyum3!! resepi ikut kak ida, nak tengok gambar agar-agar wholemeal kak ida, boleh la KLIK SINI.
alhamdulillah menjadi agar-agar wholemeal aku walaupun 1st time buat. kikikiki terima kasih banyak2 untuk kak ida kerana telah menjadi sumber inspirasi kepada diri ini untuk belajar memasak! ;D
aku sempat snap beberapa keping gambar ketika menghasilkan agar-agar wholemeal ini, dengan bantuan mama aku. jom jom, aku ceritakan satu persatu bahan dan cara membuatnya ;)
mesti la ada roti berserat. roti wholemeal. roti putih tak boleh guna. aku guna roti gardenia 'wholegrain fibremeal' . sama je. asalkan berserat ;))
guna 5 keping je dan carik-carik kan kasar macam dalam gambar ni ya ;D
2 biji telur ayam.
2 sudu besar marjerin
1 sudu kecil esen vanila
1 tin susu cair Ideal
1200 ml air (seperti resepi kak ida), aku main bubuh je ;p
gula pasir ' secukup rasa, manis-manis la sedappp' ;p
dan bahan utama mesti la ada agar-agar. ;)
mula-mula masak agar-agar sehingga mendidih, masukkan gula. masak sampai gula itu hancur. mama letak daun pandan untuk bagi wangi. hehehe
dah hancur semuanya, tapiskan ;)
roti wholemeal 5 keping, 2 biji telur ayam, 2 sudu marjerin, 1 tin susu cair, 1 sudu esen vanila, diblender kesemua bahan ini sehingga hancur semuanya. sebati la kiranya. 2 sudu marjerin tu harus dicairkan terlebih dahulu sebelum di blender sekali bersama bahan yang lain ;)
lepas siap diblender, masukkan ke dalam periuk yang berisi agar-agar tadi. kacau kacau kacau perlahan, dengan api kecil sahaja, sehinggalah naik wap dan jadi pekat. sentiasa kacau supaya tak berketul.
tuanglah adunan tadi ke dalam loyang, dalam tupperware pun boleh. ikut citarasa anda la ;)
nak sedap lagi boleh taburkan chocolate rice atau chocolate chip kat atas agar-agar ni. aku tak bubuh sebab tak de stokkk. kehkeh
tunggu sampai sejuk dulu baru ngap!! ;))
ini yang bubuh dalam bekas kecik ;p
rasanya manis dan sedapp. nyum2 ;)
okay lulus. alhamdulillah ^__^
selamat mencuba ye kawan2. lawat blog KAK IDA untuk pelbagai resepi yang bestttt ;D
13 comments:
sedap kalau dapat makan tuh.. tapi malas la nak buat.
As salam Fatin,
Resepi sihat... tgk pun tahu sedap... Tgh puasa ni dik :)
wahhh, nampak memukau selera lah fatin.. nice..
yummy....nak try lew nanti....hehehe....
oh,ini ea..mmg sedap!
nmpak sedap..tp syg ak xmkn agar2..x lepas tekak nk telan..huhu
sedapnya ayu nak sikit blh.hehe
okay
ko dah boleh kahwin
kui3
wow!! sangat2 menarik!!
secara jujur, entri ni aku skip sampai bawah sebab tak minat masak =P ape pun hasil die.. memang nampak sedap!
napak sedap...
amboi.. mcm2 resepi aih skrg :P
nak suruh si suri buat la...
Post a Comment