Monday, June 4, 2012

DALAM DUKA ADA SUKA ;D

 assalamualaikum ;)

semalam start je 9.45 malam, tetiba internet tak boleh connect. tertulis perkataan system operation failed. aku ingatkan kejap je. aku call tanya maxis centre, dia suruh cabut wayar broadband tu. serius aku rasa ngeri kot sebab aku tak pernah cabut. makanya tido aje la. hehe.

pagi tadi, aku kol maxis lagi sekali sebab try connect masih tak boleh. lepas masuk pin code je terus unavailable terus. selama 4 tahun guna maxis broadband, ni 1st time masalah ni terjadi. mesti la sedih :( heran. tak tau kenapa.

operator tu cakap suruh uninstall program. kalau tak boleh jugak, kena pergi maxis centre la. huhu pun tak boleh jugak. aishh. dalam pukul 3 petang, pergi la pusat maxis kat chukai ni. 

rupanya modem tu rosak. huhu sedih betol. makanya dah tak boleh guna. makanya terpaksa merelakan modem dalam kenangan :(. bincang punya bincang, dengan serabutnya semua ada, stresss rasa. haha 

aku guna modem ni, bayar sebulan RM138. tu pakej aku guna dari tahun 2008 tadi. tapi sekarang ni dah tak de pakej tu tau. yang ada RM48, RM68, RM98 dan RM198. tak kan la nak amik RM198 pulak =___=

nasib baik teringat kat ev. call dia, mintak pendapat. ok dia bagi pendapat amik RM68 je, nanti guna VPN. hehe dulu2 pun dia pernah cakap pasal VPN, sekarang baru nak kena guna. okk. makanya tadi bayar bil terakhir RM138. pastu beli dan daftar modem baru, RM100. amik pakej RM68. terima kasih ev. hehehe


4 tahun aku dengan hang. sungguh aku rasa sedih gila. tak dapat digambarkan. huhu modem ni nanti kena pulang balik ke kuantan. maxis centre kat situ. lepas tu terminate. sekarang ni dah sekat dah line. kalau tak sekat, bil jalan walau tak guna. huuuu sedihhh


pengganti baru. modem RM100. bulan2 RM68. setakat ni pencapaian memuaskan dan aku sangat menjimatkan kuota takot habis cepat sebab tak beli VPN lagi. haha..

VPN tu err aku taktau nak terangkan macam mana. T__T google la k :P


lepas tu abah ajak pergi centre point pun. jalan-jalan je pun. dia langsung tak cakap nak pergi mana. ikut abah means ikut je kemana dia nak bawak pergi. huhu

rupanya dia nak belikan baju raya. hehe aku dapat dua pasang, mama pun dua pasang, tudung bawal 5 helai ;) biasalah kami anak beranak, abah kalau beli apa-apa mesti kena dua2 dapat, kalau mama dapat, aku tak dapat, mula la mulut boleh ikat reben. kikikiki :P

kembali membeli tudung bawal. zaman aku pakai shawl dan tudung sarung agaknya dah berakhir, kot. kekekke


ni kira teaser boleh? err err haha corak warna warni. aku tak tau nak habaq warna apa tuu. pink + purple dan biru? hahah k.

kitorang memang tak pernah beli ikut tema mahupun boria (baju warna sama), mana yang berkenan ambil je ^^

seminggu yang lepas abah dok cakap nak beli handphone baru. hp yang dia guna sekarang dah tak berapa nak betol. siap plaster lagi. haha dia suruh aku cari cari kat internet. dah dia bawak pergi kedai hp, aku ingatkan dia nak beli hp untuk dia la kan. aku pun tolong2 la cari sekali.

lepas tu dia cakap beli kat fatin satu, mama satu. waaa! terkejut aku. haha so aku pun pilih la. mama pun sama. hehe



last aku beli hp tahun 2008. bayangkanlah dah berapa lama aku tak de hp baru. mestilah jeles tengok kengkawan boleh kata setiap tahun mesti tukar hp. aku selalu pujuk hati, cakap belum rezeki untuk beli. ;) yang warna kuning tu dah tak boleh guna. apa entah rosak, nak repair kena RM40. nak jual dia kata RM5 saja laku. cis! aku simpan je la. haha sekarang pakai yang oren, sony w200i. ;)


amik hp ni. model sony CK13i. harga dia RM260 je. murah kan? hehe aku jumpa kat mudah tadi, ada orang jual second hand RM340 tau. agak melampau. huhu ni baru lagi. kamera 3.2mp. boleh twitter, facebook kalau pasang internet la haha. ada wifi ;)


ni mama punya. abah pilihkan. RM340. kamera 5MP. nampak tak mulut aku dah boleh ikat reben ni? hahaha :P touch screen boleh, keypad pun boleh. haha mama last beli hp tahun 2006. hee seronok la dia dapat hp baru. 


hilang stress aku. huhu tak sangka dalam duka, dalam sedih tadi, ada jugak yang boleh membuatkan aku tersenyum. alhamdulillah, rezeki yang tak disangka. terima kasih untuk abah!!! XD

abah memang pesen kalau dia nak beli apa dia takkan bagitau awal2 sebab dia tau nanti anak dia berangan sampai tak tido =___=

sekarang ni aku pakai 2 simkad balik la. celcom dan maxis. haritu maxis tak pakai sebab hp satu tu kan rosak sekarang boleh pakai dua2. hik hik

kredit sekarang ni RM10 sebulan pun susah nak habis :P

abah tak beli hp pun lagi. dia cakap nak beli smartphone nanti. =__= tengok, mulut aku boleh ikat reben lagi panjang ni.. ekekeke

terima kasih Ya Allah ;)

lepas ni aku blogwalking okay? hehe

9 comments:

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

fatin..klau bole wifi mst bole whatsapp..cbe ko try crik nnt n install..bole msg2 slalu..hehe

HeNRieTTa JoSe said...

biasa la...modem dh expired....untungnye badan.....nak jd anak abah jugak boleh? Hehehe.....awk anak tungal erk?

pet said...

amboi.. kemain vpn skrg :D xtakut ke xtido mendownload XD

comel la hp tu.. pink.. hehe

are_lin@yu said...

wahh setiap yg jd ada hikmahkan fatin..last2 dpt nset 1..best2..hehe

Unknown said...

itu lah kenyataan. setiap apa yang terjadi sebenarnya adalah ujian daripada Dia untuk menguji kesabaran hambanya. Tapi jika kesabaran tu telah terbukti, InsyaAllah Dia akan menggantikan kedukaan tu dengan sesuatu yang mampu membuat kita tersenyum lebar.. Sabar adalah kunci di dalam kehidupan kita..

ezy.fia said...

same cam saye..
68 jugak sebulan..
hee

eita said...

seronoknyer jadi anak abah..

ce try tanyer abah fatin..nak ambik anak angkat tak?..
hahhaha...
nak jugak...huhuu

nuyui a.k.a miss YUI said...

alhmdulillah,rezeki tu fatin =)

kay_are said...

awalnye beli bajju raye.. aku tak beli pape pun lagi.. yang w200 tu.. aku beli time blaja dulu.. memang tahan lasak nset tu.. sampai sekarang leh guna lagi.

ARTIKEL RAKAN BLOGGER