Tuesday, February 7, 2012

KEMBALI LAGI :)

salam.

aku kembali lagi. kembali dalam dunia yang aku paling sukai iaitu menulis. :) membaca dan menulis adalah jiwa aku. aku cuba buang jauh-jauh semua tu hari tu tapi tak boleh. aku suka membaca, aku suka menulis. aku terlalu sayangkan blog ni.

mula-mula aku fikir aku nak delete je, buat blog baru. tapi bila difikirkan balik, aku tulis blog bukan kerana dia, masa aku start ada blog, dia pun tak da lagi dalam hidup aku, dan kenapa pulak aku nak buang benda yang tak de kena mengena dengan dia sebabkan satu peristiwa saja? :)

alhamdulillah. aku dah semakin pulih. selepas berbelas-belas hari aku stop menulis blog, stop blogwalking, dan stop join contest, harini baru ada semangat nak menulis blog. tu pun lepas dah boleh cashout nuffnang dan dah boleh tukar url blog :P

yup. ni url baru aku. anakmama89.blogspot.com. mula-mula nak letak anakmama.blogspot.com aje tapi rupanya dah ada orang guna T____T tambah je la 89 belakang ha. nasib baik tak de orang guna lagi. kui3

dalam masa aku menghilangkan diri dari menulis blog, aku banyak membaca. dulu-dulu aku suka baca novel cinta, aku suka mimpikan indah-indah, novel jiwang2 yang berakhir dengan keindahan ( boleh dikatakan semua novel yang aku baca berakhir dengan keindahan), tapi rupanya tak semua yang kita miliki akan menjadi milik kita buat selamanya.

aku sangat-sangat tertarik dengan blog akuislam.com. sangat-sangat tertarik. setiap hari aku baca post-post dan artikel yang ada kat blog tu. dari situ aku dapat kekuatan, dapat semangat. aku cuba membandingkan kisah cinta aku dengan kisah kehidupan orang lain, ternyata kisah cinta aku hanya sebesar zarah, secebis kesakitan berbanding dengan kesakitan yang orang lain lalui.

aku banyak bermuhasabah diri, aku sedang cuba membuang segala sikap burukku, aku kembali bersama Allah. aku bersyukur, sebab aku masih berpeluang untuk bertaubat ketika aku masih hidup, ketika aku masih diberi kenikmatan yang sempurna (tangan, kaki, mata dll). alhamdulillah.

mama dan abah adalah dua insan yang ada dengan aku dan tak pernah meninggalkan aku walau sesaat pun. tak lupa jugak, kawan-kawan yang selalu ada dengan aku. abil, lynna, iceq dan lain-lain. penuh inbox aku dengan mesej2 dari kawan-kawan. dan ada jugak kawan-kawan yang aku dah tak berapa nak tegur sejak bercinta, pun nasihatkan aku. serius sebak gila. aku lupa kawan-kawan masa aku tengah bahagia tapi kawan-kawan tu jugak la ada dengan aku masa aku susah, masa aku langsung tak de semangat. *kesat air mata*

tak kurang juga ada yang mencemuh, menghina. tapi tak apa la. aku senyap, aku tak balas. aku diam.

ramai kawan cakap aku seorang yang sangat tabah. sangat2 tabah. dan tak pernah pulak tu nak balas dendam. aku pernah jugak berkongsi kisah aku dengan kawan-kawan yang lain, kalau mereka, dah lama balas dendam. tapi bagi aku, balas dendam adalah perbuatan yang menyakitkan hati sendiri. aku akan rasa sakit hati jugak kan. percayalah. dan sejak dari hari tu, aku memang berniat, aku takkan sesekali balas dendam. semuanya aku serahkan pada Allah. Allah lebih mengetahui tentang balasan. biarlah apa orang nak kata, nak hina, aku tak mati dek keji dan caci maki dari orang :)

banyak pengajaran aku dapat. banyak sangat2. dan semuanya aku ambil untuk dijadikan pengalaman. aku muda lagi. ini baru sikit. banyak lagi dugaan yang Allah akan bagi pada aku.

dan kepada mereka-mereka-mereka dan mereka, aku dah lama maafkan korang. dah lama. sejak hari tu. aku tak pernah ada niat nak balas dendam. aku redha dengan takdir Allah. mencintai tak semestinya memiliki. :) jangan risau.

kat tab atas tu, ada tab kata-kata indah. aku letak kat situ sebagai semangat untuk aku meneruskan hidup. kekadang kita berada di bawah, kekadang kita berada di atas, mana pun kita berada, sehebat mana pun kita, Allah Maha Berkuasa.. boleh ja nak share ayat-ayat tu dengan orang lain. ada ayat dari aku sendiri dan selebihnya aku ambil dari blog akuislam.com dan farahinlee.blogspot.com ( isteri Ally Iskandar).

hidup tak selalunya indah, tak selalunya kita berasa bahagia. kedukaan dan kekecewaan tercipta untuk kita terus belajar, mengenal diri kita yang sebenar, mengenal erti kehidupan yang bermakna, menjadi pengajaran untuk kita agar tidak mudah lalai dalam menjalani kehidupan seharian, menjadi sumber inspirasi kepada kita juga untuk mengubah diri menjadi yang lebih baik, lebih indah di mata Maha Pencipta.. :)

dan aku tidak akan sesekali patah balik lagi. takkan menoleh memandang kisah lama. aku harus ke depan. berusaha. insyallah.. :)

oh ya, aku dah delete twitter yang lama. @fatinothman89. aku dah ada twitter baru. tapi twitter yang baru ni aku privatekan. follower pun yang benar2 kenal aku. banyak dah request aku decline. hehehe ada benda yang boleh dikongsi dengan semua orang. ada yang tidak :)

aku dalam proses untuk menjadi yang lebih terbaik. bermula dari sekarang. biarlah aku nampak indah di mata Allah, dan insyallah suami aku nanti :) terima kasih sebab doakan aku.

ingat, kita takkan mati dek keji. ambil semua ini sebagai pengajaran. memaafkan dan meredhakan adalah satu perbuatan yang sangat indah dan hati anda akan selalu tenang. cubalah!



:)

11 comments:

senyorita_usha said...

proud of you :)
actually we are in the same shoes..tapi mine dah lame sket la..lame2 pin masih tgh recover gak..we can never heal perfectly but we can be a better person..me too,tak pernah fikir nak balas dendam, buat ape kite nak balas dendam if dah buka jodoh kite,kan? Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik utk kite,yes?
and Tuhan takkan menguji kita if HE knows we cant take it :)
so basically, we are strong!! :)
Cheers!

norain.ibrahim said...

Subhanallah, Maha suci Allah, Alhamdulillah. Moga, Allah sentiasa ada bersama Fatin dan melindungi Fatin. Amin..

AnakPakZohar said...

cheer up dear!!!! menangislah hanya kerana Allah... Insya Allah, itu berbaloi.. =)

Anonymous said...

fatin. u r back..!!

hmmm..
nak komen ape ek..?

aku doakan yg terbaek utk ko.
ok..!! set..!!

are_lin@yu said...

Alhamdulillah Fatin dah semakin ok...sabar ye Fatin apa yang jadi sebab Tuhan nak uji kita,Dia nak ingatkan kita...terus kuatkan semangat tau...keep in touch..ayu..;-)

nuyui a.k.a miss YUI said...

alhmdulillah..kamu mmg tbh fatin..

dugaan dari ALLAH..

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

ade hikmah-Nya d sebalik stp yg berlaku dlm hidup kte.. =)

sahromnasrudin said...

semoga Allah SWT terus merahmati AWAK, FAtIN

Unknown said...

i'm proud of you:)

nana doakan yg terbaik buat atin...senyum sokmo deh ^-^

insta: lea_na_nur_ said...

ko ada beli terfaktab?

Noor Fatin said...

usha : yup. xde guna pun nak balas dendam. hehehe biar je la. Allah tahu segalanya. Allah Maha Mengetahui. biar Dia yang beri balasan. kita berserah aje la.. hehehe thanks dear :)

ain : terima kasih ain :)

yad'z : insyallah. terima kasih yadz! :)

sue unnie : ok! thanksss!! :)

ayu : terima kasih ayu :)

nuyui : terima kasih awak :)

fadh : yup. dan aku redha dgn segala apa yang Allah berikan. terima kasih fadh :)

sahrom : terima kasih awak :)

nanakimie : terima kasih nana! :)

usagi : ada! ;D

ARTIKEL RAKAN BLOGGER