assalamualaikum.
aku dari sekolah menengah kot, memang tak mau jadi cikgu. kiranya cita-cita aku tak pernah aku letak cikgu. sebab apa ek? errr. sebab dulu-dulu kami budak-budak eh bukan, sebab kami budak sekolah agak nakal dan kesian tengok cikgu tak senang duduk, buat itu ini, cikgu la segala-galanya kalau kat sekolah.
cikgu kena layan itu ini, murid muntah ke, murid pengsan ke, murid terkena apa-apa ke, semuanya diharapkan pada cikgu saja. dan masa tu aku rasa memang tak mau jadi cikgu sebab rasa jiwa tak kental macam cikgu-cikgu sekolah rendah dan menengah aku. serius. nak jadi cikgu jiwa kena kental.
tambahan pulak budak-budak zaman sekarang. dulu lain. zaman kita dulu lain. abah siap pesan kat cikgu aku dulu, kalau fatin degil, rotan aje, pukul je, asalkan jangan patah kaki tangan sudah.. siap pesan. aku ingat lagi masa aku darjah 2, cikgu cubit perut aku sebab aku kelam kabut kemas beg nak balik sekolah padahal kerja yang cikgu suruh siapkan tu tak siap-siap lagi.. kahkah..
balik rumah tunjuk kat abah, perut kena cubit. abah gelak aje.. dia tanya, sebab apa cikgu cubit? ye sebab kalut sangat nak balik. haha abah gelak-gelak. ada dia nak pergi marah cikgu tu? ada?!
dari mula sekolah sampai habis sekolah, belum pernah abah dan mama ada masalah dengan cikgu sekolah aku. dan mereka belum pernah marah cikgu aku. walaupun tapak tangan aku pernah kena penangan rotan setebal-tebalnya dan senipis-nipisnya, ouch. masih ingat lagi.. hehehe..
aku sekolah rendah pengawas ye. haha,, sekolah menengah je tak :)
sebab apa? sebab cikgu rotan salah sendiri. haa. salah sendiri. ada ke tetiba tak de sebab cikgu nak rotan? ada? haha. tak penah ada.
dan bila aku baca ayat-ayat ni...
betapa besarnya perngorbanan guru-guru kita sebenarnya. dari kita tadika sampai la form5, bayangkanlah, kita semua ada guru. kita semua masuk sekolah. zaman sekarang jarang ada la orang yang tak pergi sekolah kan. kita semua ada guru.
dulu kan, aku perasan satu benda, terutama masa hari guru, cikgu yang paling banyak dapat hadiah dan bunga adalah cikgu yang garang-garang. kadang2 aku pun pelik, padahal cikgu yang garang tu la pelajar tak suka tapi sebenarnya tak. cikgu yang garang tu la, sebenarnya yang banyak bantu kita.
sampai sekarang aku ingat lagi cikgu akaun. memang garang. dan akaun aku pulak memanjang failed setiap kali ujian. aishh. sampai ke percubaan pun masih dapat D. aku memang putus asa habis dah, serius, tapi cikgu tu tak pernah putus asa, garang-garang pun, dia selalu sangat buat kelas tambahan tambah2 masa spm nak dekat, dia ajar satu-satu yang aku tak paham dan sampai la paper akaun spm, aku boleh jawab. alhamdulillah dapat B, memang aku paling tak sangka sebab sebelum ni asyik failed aje kan T__T
sampai bila-bila pun kita tak boleh lupakan jasa dan pengorbanan cikgu.. takkan boleh. dan beberapa orang guru aku meninggal dunia. aku dapat tahu, aku sedih gila. yang aku paling ingat, ustaz masa sekolah rendah, dulu aku ada masalah aku mengadu pada dia, dia nasihat aku itu ini, lepas tu beberapa tahun lepas tu aku dapat tau dia meninggal dunia, punyalah sedih. :( sedekahkan al-fatihah kepada mereka. jangan lupa.
ramai kawan-kawan aku yang bakal menjadi cikgu antaranya famy, nadiah, nabila dan lain-lain :P
ingatlah, nanti kalau kita akan jadi seorang ibu atau seorang bapa. kalau kita benci cikgu, dendam dengan cikgu, meluat dengan cikgu, nanti kalau kita nak hantar anak pergi sekolah pun, cikgu yang akan ajar. :)
tak kisahlah anda cikgu, teacher, sir, ustaz, ustazah, anda semua cikgu kami :)
terima kasih cikgu. jasamu dikenang :)
7 comments:
ak xm0 jdik ckgu sbb xmnat n krg penyabar..n ak pernah rase d ajar oleh ckgu2 yg jdik ckgu sbb xde keje..sgt5 berbeza dgn yg dr awal dh mmg nk jdik ckgu..
rindu pada cikgu2..pensyrah..
yup betul tu fatin..memang guru ni banyak berjasa pada kita kalau tak sahih tak boleh baca sampai sekarang..haha
betul! memang susah nak jadi guru.. tambah zaman sekarang.. jangan kate nak pukul, nak jeling kat student pun tak boleh dah.. parah2..
saya mmg tak sanggup jadi cikgu..tanggungjawab sgt besar huhuhhhhh
sebab tu saya nak jadi cikgu..
dulu masa belajar saya selalu kata guru macam2... itu ini begitu begini..
Kini sayalah guru itu yang saya kutuk2 dulu. baru saya tahu tinggi rendahnya langit.. terima kasih kerana menghargai jasa guru2
Post a Comment