Thursday, May 20, 2010

KENA BAYAR LEBIH KE KALAU TULIS AYAT YANG MUDAH DIFAHAMI?





salam,

nampak ayat di atas? aku terjumpa ayat2 ni masa aku on myspace ari tu. apa pandangan anda? cuba baca elok2? paham kah? adeh, sesungguhnya aku mengambil masa yang lama utk memahami setiap bait2 katanya di dalam ruangan *about me*

baru 15 tahun, tapi cara penulisannya? alahai, kalau tulis ayat yang senang org paham, kena bayar lebih ke? tak kan? haha.. please, tulis ayat yang mudah orang lain faham. aku paling tak suka bila baca ayat2 macam ni, sakit kepala woo~ kecik besaq kecik besaq, adoi. tu tak ape lagi, ni banyak pulak tu ayat2 baru atau perkataan2 baru yang aku dapat pelajari hari ini.

merujuk kepada gambar yang pertama, perkataan baru yang aku kenal,

takap-cakap
lowh-lor
tawukk- tarukk/letak
kerk- ke
dudowk- duduk
tuare- suara
mudark- budak
aquh- aku
kowunk- korang
jdy- jadi


gambar yang kedua pulak.

smekom- assalamualaikumm atau salam
tpy- tapi
sknk- sekarang
ckowl- sekolah
tax top- tak top
koang- korang
bgy- bagi
nacx-nak
criy-cari
nmew- nama
dyew- dia
dwank- diorang
cndry- sendiri
kloe- kalau


waa, banyak pulak kan? haha pening2, sakit kepala aku. macam aku minum nescafe pulak.. =p

nasib baik la aku xde kawan2 yang selalu sms aku atau yang komen2 aku yang selalu macam tu. kalau tak, mungkin aku akan remove dia dari friend list. hehe bukan kejam. tapi ia mengurangkan pening kepala aku.. hik~

kat facebook, ada satu group yang aku selalu post, bertajuk (kami benci orang yang type macam rempit, lew, jew, kowunk, aq..etc) korang boleh check la. kat sana korang akan jumpa bermacam2 lagi perkataan2 yang baru.. yang kadang2 korang tak paham pun..hihi

nasihat kepada orang2 yang suka tulis macam tu, jangan la memeningkan kepala kami semua, yang terpaksa pening kepala utk habiskan sesuatu ayat. korang dah besar, bukan budak darjah 1, kan? kebanyakkannya remaja. usia 13-18tahun. cuba tulis ayat yang penuh, kalau nak shortform tu boleh, aku pun kadang2 shortform jugak. tapi tak de la sampai orang lain tak paham. kan2? belajar sekolah tinggi2 tapi tulisan macam orang yang tak penah pergi sekolah, sangatlah menyedihkan..

kasihan cikgu bm kamu~ dia pasti menangis melihatkan ayat2 kamu, bukan apa, takot nanti terbawak2 dalam karangan or time exam. aku pernah gak dulu. selalu tulis perkataan *u* sampaikan dalam karangan bi pun aku tulis *u*. sepatutnya tulis *you*. ni pengajaran. tak nak ulang2 balik, tak pasal2 semua perkataan *u* kena bulat. heee~

lagi satu, perkataan assalamualaikum.. aku selalu online tagged. selalu la jugak. ramai la lelaki2 yang akan antar msej kat aku. diorang mesti akan tulis, akum, cmekom, askum, smekom, atau yang lain2. dan yang paling aku tak tahan tu, ada sorang mamat ni *ensem jugak* dia tulisss..


hyee, cexkom??

aku balas, cexkom tu apa ye?

dia balas, opsss sori, assalamualaikumm..

baru aku balas waalaikumussalam,,

aku tau sebenarnya niat dia tu nak memberi salam, tapi cara penulisannya tu membuatkan aku tak terfikir yang dia nak bagi salam pun.. kan3~ kalau tak nak tulis panjang2 pun, tulis salam pun dah cukup...jangan permain2kan perkataan salam tu.


so, pada adik2 atau orang2 yang sering tulis ayat2 macam tu, tulis la elok2 yee.. tulis ayat biar orang paham. dan jangan permainkan perkataan salam itu. berdosa je. ingat, ibu bapa antar kita sekolah sampai ke menara gading, bukan untuk menulis ayat2 macam tu..

harap paham :)

5 comments:

Kusyuk said...

mahu bersama-sama kami (aku-zahari-dan rakan-rakan) memartabatkan penggunaan bahasa melayu secara menyeluruh!?

Unknown said...

klu aku aku dah ignored kan msg3 tu.. hihihi~~

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

hahahaha..
ak pn dh kne tgur sbb post kt blog ak bnyk gne shortform..

sumtink = something
2k = tuk
2l = tul
bowink = boring
fwen = friend
nyt = night

so skg cbe gne bhse yg ble pham..
dh tbse msg ngn kwan2 cmnie..
hahahahaha

Noor Fatin said...

syuk: mahu!!

syira: haha XD

fadh: setakat ni aku paham lagi la apa yang ko tulis.. heheh cuma jangan terlalu teruk la ubahnya,. kan pening haha

Balqis Riza said...

haha mmg menyakitkan hati!!

ARTIKEL RAKAN BLOGGER