Thursday, May 27, 2010

ISU KASUT CROCS~

salam.
setelah heboh di facebook mengatakan kasut crocs haram dipakai kerana simbolnya mirip dengan kalimah Allah, ingin saya kongsikan di sini, satu post atau artikel dari saudara ahmiez di blognya yang saya temui di group *jahanam lah crocs! menyelitkan kalimah ALLAH dalam logo.* salah seorang pengguna facebook telah berkongsi link ini dan apabila saya membacanya, saya setuju dengan katanya2.ok. kita lihat gambar di bawah.



LOGO RASMI CROCS




yang dikatakan terkandung kalimah 'Allah'



gambar yang lebih 'jelas' lagi




Baiklah itu yang dikatakan oleh ‘mereka’ dan ini pula yang dikatakan oleh saya:

'saya' yang saya maksudkan adalah saudara ahmeiz :)

ianya boleh jadi 'Ain'


ianya boleh jadi 'Ali'

atau 'Awi'

ataupun 'Ahmiez'..opss..(bleh ke? haha) (beliau bergurau)


Baiklah, jom kita lihat gmbar dibawah dengan teliti..jelas tidak sama dengan apa yang dinyatakan.



bagaimana bahagian atas mulut buaya itu dikatakan membentuk huruf 'Alif' dan 'Lam'??? mengarut bukan?
kalau pun nak jadi kalimah 'Allah' sepatutnya macam ini:


buaya ini patut ada mulut extra dibahagian atasnya..dan ini tidak logik..haha (telah diedit)


Pesanan saudara ahmeiz:

Buat semua yang mempercayai benda ini, beristighfarlah.. mungkin ada sesetengah pihak yang sengaja bermain dengan isu-isu sensetif seperti ini. bukalah mata dan fikiran anda. usah terima sesuatu itu dengan bulat-bulat. Dalam isu ini, sekali pandang sahaja saya sudah dapat membaca ianya tidak benar dan mengarut. Bukan lah saya mahu menyokong produk ini atau segala berkaitan dengannya kerana saya sendiri tidak memiliki ataupun mendapat apa2 saham daripada produk croc ini.

Terkadang kita terlalu obses dan membuta tuli metafsir sesuatu. memang saya tidak nafikan dalam persekitaran kita, 'benda-benda' seumpama ini memang ada, namun, terserahlah kepada akal fikiran kita untuk melihatnya. Andaikata pencipta/pemilik croc ini tidak berniat pun untuk mensimbolkan kalimah 'Allah' ini pada produknya, bukankah itu satu fitnah dan kita telah menzalimi mereka walaupun mereka ini kafir? sama-samalah renung-renung dan fikir-fikirkan..

Banyak lagi benda yang kita patut fikirkan.. aurat kita dah sempurna ke ditutup? banyak mana kita beristighfar hari ini? dah solat kebelum? berapa kali sudah aku katam al-Quran? dan sebagainya..benda-benda ini yang lebih utama dan patut kita tekankan.. tak gitu?

Satu ayat Al-Quran buat renungan bersama

"190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;

191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.."
Ali-Imran ayat 190-191

pendapat saya, apa yang dikatakan oleh beliau benar. dan saya malas nak bertekak isu ni dalam grup tu walausaya dah join. bagi saya, kalau tak suka, jangan pakai, usah mengutuk. kalau ikutkan, dulu heboh mengata facebook haram, yahudi punya. tapi sekarang? orang yang menghebahkan2 pengharaman facebook pun ada facebook sendiri. yang penting, pada diri sendiri. kalau diri sendiri salah menggunakan facebook, jangan salahkan pihak lain.

kalau ramai yang masih tidak berpuas hati, saya berharap agar ada ahli ulama atau para ustaz yang boleh memberi penjelasan berkenaan isu ini.


sekian terima kasih :)


=terima kasih banyak2 pada saudara ahmeiz kerana memberi keizinan kepada saya utk menulis post ini. semoga bermanfaat bagi kita semua. :)

sumber: http://ahmiez002.blogspot.com/2010/05/slipa-boyo.html

7 comments:

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...
This comment has been removed by the author.
~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

fatin ble remove grup 2..
ko g tgk kt info ko..
then remove..
n psal facebook haram 2..
ak de bce psal nie kt dlm iluvislam..
klau kte xnmpak @ de sumber yg sahih psal smbngan fb kpd perang kt palestin..
even pncipta fb yahudi pn kte xble maen tduh jer..coz nnt dh jdik fitnah..
+ zman nabi dlu pn ade gk berniage ngn yahudi asalkn dorg xwt pape kt org islam..
nnt ak crik link ak bg ko..
(klau ak jmpe smule)

☻UsaGi NaNa☻ said...

aku ada beli kasut tuh...hmm...Allahualam...niat nk pakai kasut tuh juz aku x mmpu beli yg mhl..Allah sndri ckp berjimat cermat la..huhuhu~tp aku xtau la nk pakai o x..cmne ek???nk pakai..tp cm..tkt..tp aku nk gak pakai..ada ckit la x cm logik..kalo btl die nk wat kalimah Allah..pasti la bntuk die iras2 kalimah..bkn corak cmtuh..btl ckp org tuh..

Balqis Riza said...

uztad aku pernah cerita..

satu hari, rasullullah SAW tgh berjalan dgn sahabat2nye..tiba-tiba ada air mengalir jatuh dari atap rumah lalu terkena baju rasullulah..sahabat rasullullah bertanya adakah mahu mereka mencari sumber air itu supaya tahu ianya najis atau tidak? lalu rasullullah menjawab, tidak perlu..kalau air yg dilihat, maka ia hanya air..

moral of the story is, Islam tu tak complicated..Islam tak susahkan umat dia..kalau air yg kita nampak, air la dia..sampai nak cari sumber, kan susah? kalau kasut yg kita nampak, kasut la die..kalau bentuk buaya yg kita nampak, buaya la dia..buat apa nk susah2 telengkan kepala cuba bayang nama Allah?

NOOR FATIN said...

betol tu bal..sokong sgt :)

Solahuddeen said...

salam.
saudara. minta kebenaran untuk link post ini di blog saya.
sekian terima kaseh.

NOOR FATIN said...

salam solahudeen..
maaf lambat reply..
sila2..
sama2 :)

ARTIKEL RAKAN BLOGGER