Sunday, May 23, 2010

ALAM MAYA~


salam~

hari ni aku bangun lambat. arghh, haha bangun je sakit kepala. adoi. tengahari kot aku bangun. padahal malam tadi aku tido awal. 12 lebih. awal la kan? haha hanya 3minit aku perlukan utk tido. hebat kan? tak balas mesej  3minit aku terus tido. sekejap betol.

cuti ini rasa bosan sangat. dok rumah je la. tengok tv, on9. main dgn kucing. hehe mama selalu tanya bila nak memasak? haha adeh.. nanti la. awal lagi. baru 5hari dok kat kemaman.. ada lagi 2bulan.. ekekekek =p kemaman tak best. aku nak balik kulim cepat2. kat kulim ada wayang, ada game, ada bowling, ada karaoke,  . hehe~ hati ku masih tertinggal kat kulim. jasad ja di kemaman tapi angan2 ku tetap di kulim. bila la abah nak dapat pindah ni,. nak sangat pindah ke kulim balik, tak nak lagi dok tempat lain selain dari kulim..


aku belek2 facebook. ada 650 orang.. tapi aku dah delete hampir 30 org.. hik2.. aku delete sebab aku tak kenal langsung, tak de mutual fren, tak penah mesej aku, tak penah komen. setakat nak usha2 je baik tak payah. setakat nak add2 nak ramaikan kawan baik tak payah. facebook aku privacy aku. kalau nak berkenalan ke, nak tanya dah makan belum, ada pakwe ke tak, cuti2 tak g jalan2 ke atau sebagainya, add saja aku di friendster atau myspace atau tagged. aku akan melayaninya,. tapi di facebook no! facebook aku hanya untuk kawan2 aku.


aku ada beberapa kawan yang rapat dengan aku. kebanyakan perempuan. seperti ieta, iceq, nabila, jierah, balqis, dan syaira. semuanya kawan baik aku. yang aku sayang. yang tak penah khianati aku. yang best nya, semua kawan2 di alam maya aku. yang aku kenal kat internet. iceq dan ieta je aku pernah jumpa masa pegi gathering group 1989 bulan 11 2008 dulu. yang lain2 aku tak penah jumpa.

tapi tu la orang selalu kata, persahabatan di alam maya tak boleh dipercayai. tapi bagi aku, aku menafikan semua tu. sebab kawan2 aku yang selama ni aku kenal, yang aku rapat, aku percaya pada mereka. kami bahagia, tak penah sengketa, jarang bermasam muka,. diorang selalu bersama aku semasa aku susah, jadi penasihat aku, selalu buat aku ceria, gembira.

contohnya balqis, dia selalu nasihat aku pasal ahmad faiq dulu. dari mula aku kawan ngan faiq tu, aku bagitau dia. dan dia selalu nasihat aku. dia baik sangat. walau kadang2 nasihat dia tu buat aku terasa, tapi itulah kawan., bagi kritikan yang membina utk diri kita dan kritikan itu tak semestinya menghina kan? aku respek dia sampai sekarang.

kebanyakan kawan2 aku yang aku rapat adalah kawan2 yang aku kenal di alam maya atau lebih spesifiknya di group 1989. walau kitorang tak pernah berjumpa tapi tak semestinya kitorang akan sombong, tak peduli kawan2. tambah2 yang selalu join gathering. selalu jumpa kawan2 yang baru. aku je tak de rezeki lagi nak jumpa kawan2 yang lain. huhu sedih kan? tapi faktor kewangan menghalang aku untuk berjumpa dengan semua kawan2.

pernah jugak la sekali sejak aku join grup, sejak aku ada internet ni, berlaku selisih faham dengan 4 orang kawan. salah sorangnya ex aku sendiri. tapi bila dah lama2 aku anggap benda tu hilang begitu saja. aku tak nak laa pergi maki2 or perli2 diorang dalam blog ka, atau apa saja, cuma sekali ja la aku penah buat. tu pun sebab dah tak tahan asyik kena perli ja. dan aku dan dia sampai sekarang masih dingin~ hehe tapi aku dah lama memaafkan dia. biarlah dia nak benci aku ke, atau tak suka aku ke, tak nak tegur aku dalam facebook ke, aku tak kisah. aku tak akan memaksa.

walau pun antara aku dan kawan2 aku tak pernah bersua, tapi aku akan macam adik beradik aku sendiri. walaupun hanya berhubung di internet dan handphone, tapi aku sayang diorang, aku tak nak bermasam2 muka dengan kawan2. sebolehnya2 elakkan pergaduhan. sebab ini akan memberi kesan panjang dalam hidup kita.

aku peramah dalam internet tapi pendiam secara realiti.. percaya tak?? hik2. tu la hakikatnya, biasalah mula2 nak jumpa, bila dah lama2 mahu kecoh sedunia. haha. nak sangat jumpa kawan2 aku, terutamanya nabila. hehe nak sangat2. bila la dapat jumpa diorang2 ni. adeh.. kawan2, kalau ada yang tak kena, bagitau aku. terus terang saja. kot2 la aku ada sakitkan hati korang ke, apa2 ke, tapi setakat ni la, aku tak de nak dengki2 ngan kawan2 lagi. tak de pun la. happy je hati aku ni~

semoga persahabatan ini (walau di alam maya) akan terus berkekalan~ :)


*maaf kalau ada nama yang tak disebut, sahabat aku adalah semuanya. semua yang pernah baik dengan aku. aku sayang semua*

3 comments:

rosmaliza roslan said...

macm2 cerita ye fatin

~ miErA ~ said...

nme aku?? aku??
isk..iskk..

NOOR FATIN said...

kak liza: ye kak. hehhe

miera: nama ko biarlah aku smpan di dalam ati..hik3

ARTIKEL RAKAN BLOGGER