Thursday, November 1, 2012

TERASA KEHILANGANNYA

Assalamualaikum..

31 oktober lalu, aku dikejutkan dengan berita pemergian seorang kawan yang rapat dengan aku sejak akhir-akhir ni. buat pertama kalinya, aku kehilangan seorang kawan rapat dan buat pertama kali aku rasa kehilangan yang teramat sangat.

aku kenal dia dah lama. rasanya tahun 2008 lagi kot. masa tu dia agak aktif dalam grup 1989  kat friendster dan kitorang tak berapa rapat sangat masa tu. kenal-kenal macam tu je la. aku start rapat dengan dia sejak kawan baik kitorang, didie kahwin. abu cakap dengan aku, didie tu kawan rapat dia yang dah lama. tapi bila dia dah kahwin, takkan la nak rapat macam dulu kan. ' aku terasa jugak la kehilangan dia.' dia pernah cakap.

sejak tu kitorang selalu bertweet, selalu main unmensi, selalu sms, selalu bergayut. start bulan 8 tahun ni kot. benar-benar rapat. dan aku selesa kawan dengan dia. kitorang selalu berkongsi masalah dan dia tau semua kisah aku dengan beliau. 

last kitorang bercakap melalui telefon tak silap aku 19 oktober. aku pun tak sangka itu kali terakhir kitorang bersembang. lebih sejam jugak la. bermacam kisah yang dikongsi. 

last kitorang bertweet 25 oktober. masa tu aku ada ucap selamat hari raya dan tanya dia kenapa dia tak kasi num maxis dia, sebab num celcomnya hilang dengan handphonenya sekali. masa tu baru dia kasi. dan time tu juga aku ada cerita aku dah jumpa orang yang selama ni aku teringin sangat nak jumpa, cuma aku belum sempat bercerita padanya. bercerita seperti selalu.

26 oktober, aku sms dia, luahkan apa aku rasa lepas aku jumpa orang yang aku nak sangat jumpa tu. dia tak balas. aku fikir dia tak da kredit.

aku try mention dia. dengan harapan dia akan balas. tapi last dia aktif twitter pun 25oktober.

27,28,29 hb kehidupan berjalan seperti biasa. hinggalah 30hb, aku dah balik ke kemaman. aku nak call dia malam tu, sebab esoknya aku dah nak balik hostel, aku call banyak kali tapi tidak dijawab. aku try mensi dia kat twitter tapi tak reply.

31 oktober, aku on twitter kejap, aku baca mensi, ada orang mensi 'hi. just nk tnya. u looking for abu? dia baru meninggal yesterday 30/10 around 2++ pm. i terbaca ur mention to him'

boleh bayangkan tak perasaan aku? mulanya sungguh aku tak percaya. sangat-sangat. tapi bila dah dapat kepastian, aku rasa sedih sangat. sedih gila.

patut la 30hb malam tu, aku beria-ia call dia, banyak kali. kebiasaan aku akan call dia sekali ja, kalau dia tak jawab, aku biarkan, sebab nanti dia mesti akan sms balik atau call balik. tapi malam tu tak de.

aku call didie, didie pun tak tau sebenarnya. aku check facebook, memang benar dia telah tiada. kembali ke rahmatullah.

pemergiaannya sangatlah mengejutkan. sangat dirasai kehilangan. 

antara nasihat dan kata-kata dia untuk aku. dia tau aku sayangkan beliau. sangat. dia dah lama nasihat aku suruh tinggalkan beliau tapi....








dia memang seorang kawan yang baik. itu diakui sendiri oleh kawan-kawan yang lain. aku akui dia memang kawan yang baik.

aku ingat lagi kali terakhir aku call dia, aku sempat tanya soalan ni.. 

'abu, mana nak cari lagi ek lelaki macam kau? ada lagi tak agak-agak dalam dunia ni?'

dia balas,

'ada. memang ada. tapi apa kata kau ubah diri kau dulu? jadi solehah. satu hari nanti lelaki soleh sendiri akan datang cari kau.'

kata-kata tu terngiang-ngiang sampai sekarang. dan aku tak sangka itu kali terakhir..



twitter beliau.



sebagai seorang kawan rapat, aku hanya mampu sedekahkan al-fatihah dan yassin untukmu abu. 

wahai Allah, ampunilah Muhammad Abu Huzaifah bin Najib, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekalian alam, luaskanlah kuburnya dan berikanlah cahaya di dalamnya..

oh ya, dia meninggal dunia akibat virus kencing tikus.. ;(

Allah lebih sayangkanmu.. sahabat.. tunggu aku di sana :) 

8 comments:

Kumbang Jingga said...

al fatihah untuk arwah kawan.....

noor shazmira binti mohd saad said...

sabarlah sahabat.....kita juga akan menuju ke tempat yang sama..ya..kita juga...sedekahkan alfatihah buat arwah..moga ditempatkan dalam klgn org2 yang beriman.amin...

nanakimie said...

takziah buat keluarga arwah....al-fatihah....

aini shahroni said...

tiba2 terasa sebak..
teringatkan seseorng..
bersabar yer..

http://nurainishahroni.blogspot.com/

Tukang Karut said...

takziah untuk keluarga arwah dan kawan2...

kay_are said...

susah nak jumpe sorang kawan yang baik macam tu.. al fatihah.. semoga roh nya dicucuri rahmat.. amin

Izwanie Eynia said...

sedih bca entry ni.. alfatihah.. bykkn bersabar ya..

cerita best said...

cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..lg 1 klo tuan blog bg komen dekat blog pakjoe sekali pakjoe kn bls blk komen dekat blog..chat box pakjoe tidak dikira nie,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

ARTIKEL RAKAN BLOGGER