Saturday, November 24, 2012

JOHOR, KAMI DATANG. (PART 1)

assalamualaikum ;)

wah entry sebelum ni ternyata dapat sambutan eh. haha yela sekarang kan musim durian crepe. di mana saja orang tercari-cari durian crepe. terutama hantu durian. haha korang ni dah rasa belum durian crepe? kalau belum, cepat2 la cari okay. hehe.

dah seminggu tak update blog. busy dengan kehidupan. ececeh. busy apa pun cheq tak tau. kemain aku ni. pura-pura busy boleh? hehe..

pejam pelik pejam pelik lagi seminggu aku akan berada di tati. lagi seminggu aku akan menamatkan pengajian aku di sini. lagi seminggu!! peh kejap sangat rasa. serius aku rasa macam baru semalam daftar. haha tak puas rasanya! nak berpisah dengan kawan-kawan lagi.

entry2 selepas ni eloklah aku tulis mengenai kawan-kawan aku sepanjang di sini. minggu2 terakhir kitorang berada di sini. nanti bila rindu sangat, tak pun tunggu lagi 2,3 tahun ke boleh baca balik. kenang balik. ingat balik. *senyum*

16hb hingga 18hb yang lalu kitorang pergi johor! ramai2!! wink wink. haaa entry kali ni nak cerita pasal trip pergi johor tu la. hahha!

yang best sebab semuanya disponsor oleh tati. khas untuk bebudak ssm. ramai yang tak pergi sebab masa ni elaun tak masuk lagi. huhu.. walaupun semuanya ditanggung tapi mesti la nak kena ada duit jugak kan sebab nak shopping! =P

pergi sana bawak duit untuk shopping je. hehe.. untung2!

bertolak pada 16hb jam 11 malam dari tati.. sampai segamat rasanya pukul 4 pagi... dan sampai ke taman universiti untuk bersarapan dalam pukul 7 lebih.. dann.. terus ke homestay yang super duper cantik! aum aum. serius suka gila dengan homestay dia. wkwkwkwkw.

yang pergi, aku, hana, sarah, umi, shikin, ilah, najwa je. yang turut serta, encik tarmizan dan anak dia. wafi, pok usin dan pok ya. hehe. basss besaarr tapi banyak ni je yang pergi. hahaha 

sampai je homestay, rehat kejap, mandi kejap, bersiap-siap, amik gambar sana sini. lepas tu baru keluar rumah. hikhik!


paling suka gambar ni =) tengok sarah sayang aku kan? dia peluk aku. haha! 

aku, sarah, wafi, shikin dan najwa.

turut serta, bantal umi yang tomei. =P


suka gambar ni jugak! nampak kebahagiaan itu =)

hana, sarah, wafi, aku, najwa dan ilah.

bantal umi tidak terkecuali. aku rasa setiap gambar ada bantal umi. serius. lalala


banyakkk gambarr.. haha ini saja yang dapat ku kongsikan. selebihnya anda boleh tengok di facebook =)

lepas tu kitorang pergi plaza angsana johor bahru. 1st time sampai sana ni. okay boleh kata semua orang 1st time sampai johor. aku kali kedua. kali pertama pergi masa form3 kot. huhu.. 

lepak plaza angsana buat apa? main game!!! hahahah habis RM10 main game kereta. boleh tahan =__= sebenarnya aku dah lama sangat tak main game kereta. hahahahaha.. 

cuci-cuci mata sekali sekala. lihat penduduk johor bahru ni. hehe.

makan tengahari pun kat sana jugak. diorang kata, lamanya tak rasa makanan yang bukan dari ganu. hakhakhak! yela, selama ni kat sini semua selera terengganu je kan. huehue.


angsana johor bahru! ;) korang pernah pergi? hehe.

umi, wafi, aku, hana, ilah, sarah dan shikin ;)



kebahagiaan apabila dapat bersama kawan-kawan ;)

lepas makan, kitorang singgah ke destinasi seterusnya. danga bay!!

aku penah sampai danga bay masa pergi johor kali pertama tu, masa tu danga bay sangat best! macam2 yang dijual, sangat meriah. tapi kali ni aku pergi.. sepi.. sunyi.. tak jumpa orang sangat.. kenapa.. aku pun tak tau.. huhu lama sangat tak pergi kan.. 

orang kata malam-malam la best! k. kami salah pilih target. so petang memang tak da apa. sunyi ja. hanya lihat permandangan di sana. snap snap. lepas tu..

hujan lebat! semua basah kuyup berlari-lari dalam hujan. kakakaka andai la boleh dirakamkan semula semua tu, pasti akan menjadi kenangan buat semua. hahha! rasanya kejap sangat kitorang lepak kat danga bay, lepas tu hujan lebatt. terus cepat2 naik bas! hehe..



danga bay!


bentuk jam! cantik!

lepas tu kitorang pergi the zon pulak. tempat yang duti free tu. haha kat stulang laut. kebetulan rasa nak check elaun, rupanya2 elaun masuk! alhamdulillah. walau tak banyak tapi sekurang2nya adalah duit untuk shopping. hehe ;D

tak de la beli macam2 sangat. haha! aku dan najwa sempat makan marry brown lagi. 1st time tu. not bad la. kekekek

lepas maghrib.. kitorang pergi makan kat kedai dengan the zon tu. kat stulang laut. apa entah nama kedai tu, serius aku lupa. tapi keenakan makanan di situ takkan aku lupa. serius sedappp!! hahaha..

ramai makan masa ni. dengan kitorang lagi, sedara umi yang tinggal kat johor pun ada, tuan rumah homestay pun ada. hehe ramai2!

makan nasi + ikan siakapa 3 rasa + tomyam + telur dadar + sayur kailan + udang goreng + ikan bakar, dan macam2 lagi la. serius kenyang gila! hehe..


penuh kedai dengan kitorang je :P


masing2 sudah kekenyangan. hehe.


lepas abis makan, kitorang singgah bazar karat pulak. bazar tu macam uptown la. macam2 ada dijual. best la jugak. jalan-jalan. cuci mata. agak besar la tempat dia. aku beli tudung 5 tone je dua helai. peh 5 tone beb. teruja dengar. rm15 je pun sehelai. kakaka. selalu kan 3 tone je. member cakap 9 tone pun ada! whoaa!

10.30 malam kitorang balik ke homestay. masing2 tido akibat kepenatan. semua pakat sakit kaki. yela, jalan tanpa henti kot. dengan basah lencun je. adoi.. hahaha..

esoknya.. kitorang pergi.. err.. nantikan entry seterusnya. hekhek!

;)

3 comments:

Unknown said...

untung la dpt g jejalan... wanie asyik bz memanjang tade mase huhuhu :)

Unknown said...

syioookkknyeeee

NasQ said...

syoknya berjalan...

ARTIKEL RAKAN BLOGGER