Monday, November 26, 2012

JOHOR, KAMI DATANG (PART 2)

assalamualaikum ;)

sambung entry semalam! hehe. sebenarnya dua part ni je cerita pasal johor. hehe.. kalau sumbat semua gambar aku rasa 10 part pun tak cukup. tu pasal aku letak sikit2 je. kakakaka banyak2 kang sampai ke lantai jugakk! hehe.

esok pagi lepas bersarapan roti telur di kedai, makanya kami teruskan perjalanan.. ke.. 

LEGOLAND MALAYSIA!

sebenarnya sejak mula dibuka, aku teringin sangat nak jejakkan kaki ke sini. hehe tapi tu la, mengenangkan harga rm140, terpaksa ku tangguhkan hasrat ku dulu.. sebab. nak pentingkan yang lain dulu. hehe

akhirnya dapat jugak ke sana. jangan risau, free je ;p

sampai legoland dalam pukul 11 pagi kot. hehe. cuacaa panass.

beberapa keping gambar yang ingin dikongsi kepada anda.





sesampainya di legoland! hehe

pok ya, encik tarmizan, shikin, najwa, ilah, aku, hana, umi dan wafi.




kami dah sampai!! ;) pintu gerbang legoland. hehe.




snap! snap! snap! perkara yang mesti kena buat! hehe..



dragon ni boleh bercakap tau. dia cite apa entah kat anak dia. kakakak



cuaca kejap panas kejap hujan. kiranya kejap kitorang basah lencun. lepas tu nanti bila dah panas, kering dengan sendiri. 3,4x jugak la macam tu. heeh.. ni knight castle rasanya. xdapat masuk sebab hujan. huu





naik benda ni boleh tengok seluruh legoland dari atas ;)

sori gambar berterabur. aku dah lupa mana kitorang start dulu. kakakak



cantikkan! permandangan dari atas! ;)






besar punya! hehe.. semua diperbuat dari lego ;)




tahukah anda, aku tidak pernah jejakkan kaki ke genting?

tahukah anda, aku tidak pernah naik roller coaster?

tetiba datang sini, ada benda ni la pulak. orang panggil project x. peh. sungguh aku rasa nak lari sebab tak mau naik. mindset cakap dah memang takot. hahahaha tapi dah semua naik, takkan nak tinggalkan aku kat bawah =_=

lepas tu naik jugak la. diorang kata kat genting lagi dasyat. k k k tapi aku rasa yang ni pun dah cukup dasyat! haha..

menggerunkan sebab naik 4 orang. dah tu cerun dia tu tinggi sangat. dah tu siap ada kamera lagi! snap gambar sorang2! blergghhhh!

aku naik dengan encik tarmizan. umi dan wafi. kami naik 4 orang. gambar disnap dan kalau kita nak gambar tu, boleh tuntut di kaunter dengan bayaran rm30 sekeping. aku ada beli gambar tu nak buat kenangan tapi aku tak nak tunjuk kat sini.. HAHAHHA.



time ni la gambar tu diamik. semua buat muka menakutkan. tak penah nak senyum2 dah weh. hahahah muka aku, peh tak apa2, tu la muka pertama aku naik benda ni. hehe. ni gambar dari google.



selain cerunan yang dasyat, part pusing2 ni betol2 buat aku rasa nak terpelanting. peh peh.

tapi bila dah turun, wah rasa puas! hahaha hilang ketakutan. hilang debaran! haha walaupun rasa nak tercabut jantung, tapi rasa seronok. hehe.. lepas ni boleh la naik kat genting pulak. hikhik!


lepas tu kitorang naik pulak dragon ni. yang ni 18 orang punya. so sebabkan ramai, tak de la takot sangat. aku dengan encik tarmizan dok depan sekali. kat kepala. kahkahkah!

amek kauu. nasib aku tak terpelanting. kakakaka

yang ni tak berapa dasyat sangat. mungkin sebab ramai2 kot. project x tadi lagi menakutkan!



sumber : google. sebab rasanya yang ni tak de pun kamera2 tuu. hehe..

kitorang abis masa lebih kurang sejam kat project x je. sebab apa? beratur. menunggu. orang punya ramai. adoyaiiii. terbuang rasa masa.

lepas main tu, masing2 dah kelaparan. so kitorang singgah kat salah satu kafe kat situ. dipanggil piza mania.

so mari kita makan pizza!! hehe


spageti. 4 pinggan. yang carbonara tu tak sedap seperti yang disangka. waa


mushroom sup. ada 8 semuanya. lagi 5 belum sampai. kekekeke


sorang satu air. rm6 tau satu. hahaha


pizza apa entah. haha ada 4 jenis pizza. satu je ni yang amik gambar. huehue.

lepas dah kenyang, jalan2 lagi!! hehe.



besar sebenarnya legoland ni. aku jalan tak abis tau ;( adoi. frust betol.







last sekali naik train. untuk pusing2 tengok sekitar legoland.











ini saja gambar yang dapat dikongsikan kepada pembaca. selebihnya boleh tengok kat facebook ye. hehe.

sampai sekarang rasa ralat sebab xdapat main semua mainan! kul 4.30 petang kitorang bertolak dari legoland dan sampai tati dalam pukul 1 pagi. huhu.. singgah dinner kat segamat.

kesimpulannya trip kali ni memang best. rasa rapat sangat dengan semua orang. rasa bahagia sangat dikelilingi oleh rakan2 yang sayangkan kita. tempuh dugaan sama-sama, suka duka, berkongsi segala perasaan...

semoga satu hari nanti dapat jejak kaki ke legoland lagi! yeay!

oh ya. souvenier kalau nak belikan untuk sedara ke member2 ke, serius mahal. bagi student macam aku la. kalau bekerja gaji banyak mungkin tak rasa apa2 kot. haha aku beli satu keychain lego rm12.95. alaaa kecil coet je. tapi sebab kan nak buat kenangan punya pasal. beli je la. pen dia je rm9.90. mug dan topi rm49.90. baju dia rm89.90. memang tak la nak beli kan. kakakakaka

terima kasih kawan2 ku. love uollss =)

3 comments:

Tukang Karut said...

wuaaa... dah masuk legoland...

kay_are said...

dapat pergi legoland.. wahh best la kan.. tapi mahalnye souvenier sampai dekat ratus ringgit.. hmm..

are_lin@yu said...

whhhh mcm bes ja tgk fatin g..

ARTIKEL RAKAN BLOGGER