Monday, May 31, 2010

A.B.C

ingin spy profile seseorang yang anda benci tetapi private??

senang saja. hantar beberapa kawan baik anda utk mengadd profile tersebut. mintak pasword pada mereka. lihat saja profile dia melalui profile kawan baik anda.

senang bukan? semudah A.B.C

grrr... *sigh*

mood: hampeh

Saturday, May 29, 2010

MAKEMEBABIES AND IN20YEARS.

salam...

pagi2 lagi miera suruh jawab quiz berkaitan blog. hehe aku pun jawab la. dan ni hasilnyaaa..


87%How Addicted to Blogging Are You?
Created by OnePlusYou - Free Online Dating



so miera, sapa lagi addicted?? ekekekekee..

semalam dan hari ini aku melawati laman web makemebabies dan in20years. kedua2nya aku jumpa di facebook balqis. dan aku pun join. best jugak. makemebabies tu kita dapat lihat gambar anak kita nanti, cuma letak gambar kita dan pasangan atau pun gambar kita dan celebrities, kita akan dapat hasilnya. hehe tak perlu tunggu 9bulan..weeeee... game ni hanya untuk suka2. :)

dan ini hasil2 yang aku dapat:-





wajah 'anak' aku dengan zac efron. haha comel kan? wee.. mungkin aku menjadi isteri kedua zac efron selepas miera menjadi isteri pertamanyaa.. haha miera, kita berkongsi suami la! hahahaha



wajah 'anak' aku dengan cristiano ronaldo. haha aku penah mengusik miera yang kalau aku tak dapat kahwin dengan nanti, aku nak tunggu ronaldo sebab kitorang couple dah lama masa dulu2.. ahaksss.. dan ini anak kami kalau kami jadi kahwin..hahahah miera,, comelkan?

laman web in20years pula, bila anda upload gambar anda, dia akan tujukan wajah anda pada umur 20 tahun akan datang. maksudnya, ketika itu, aku berumur 41 tahun la. hehe

dan ni hasilnyaa..






wajah aku ketika umo 41tahun. haha aku nak menjerit.. tuanyaaa!! waaaaaa...

wajah aku ketika umo 41tahun jugak. tapi ini kalau aku penagih dadah.. hehe cengkung kan? macam kurus je. gambar kalau tak amik dadah nampak tembam.. hek2


cubalah! ini semua hanya imaginasi masing2,haha best. tapi jangan la obses sgt pulak yee. haha.. semoga berjayaaa~ ngeee

p/s; miera, sila cuba dan upload di blog andaa.. kekeke

Friday, May 28, 2010

TAG-kalau tak jawab kena sekeh.. lalalala :P

salam.

harini aku bangun agak lambat. lagi seminit nak masuk tengahari aku baru terjaga. huhu sakit badan. tak larat sangat. ~ tapi pagi ni dah ok. huhu..

nana tag aku!! terkejut aku. haha soalannya agak panas2. hik2. so harini aku akan jawab tag ini. nak kenal nana? atau nama panggilan usagi kechik? hehe leh click link ni.

http://usaginana.blogspot.com/

usha la blog dia. cantik.... blog aku pun tak cantik macam blog diaaaa.. wuu selalu tukar2 layout.. heee.. thanx syg. aku nak jawab nih! hahaa


1. tindakan anda bila dengar bunyi kilat dan petir.

di rumah=biasanya mama yang akan bebel2 ingatkan kena tutup plug itu ini. segala suis kena tutup. dalam semua bilik. hehe semua mesti cabut plug terutamanya plug laptop dan televisyen sebab mama kata kalau meletop, tak kan sapa nak ganti balik..weeee

di asrama=kadang2 terlupa. kalau kilat dan petir, baring2 atas katil, tarik selimut pastu tido. yela nak on9 tak boleh.. hakhak. tapi mesti akan tutup plug dulu. huhu yela, benda awam kena jaga jugak woo. dok asrama bukan freee. hehe


2. reaksi apabila ada orang mengutuk anda.

dulu2 aku selalu kena kutuk. asal balik kampung je kena kutuk. gemok la apa la. ngan kawan2 masa sekolah pun pernah. terutama dengan budak2 lelaki yang nakal2. aku mesti akan jawab *aku gemok2 pun aku xmulut busuk macam kau, lagi satu, mak bapak ko kasi bape ribu kat mak aku sebulan utk sara aku makan? tak de kan,. so tak payah nak sibuk2* pernah aku kata *orang kurus2 buat apa, hati busssukkk*. haha mama aku selalu pesan, ingat kalau kita ada pendidikan, ada kerjaya, orang takkan hina2 kita lagi. orang akan malu dengan kita. sebab orang yang dia hina2 dulu pun boleh berjaya.

3. reaksi bila jumpa favourite artis.
mungkin ini kali pertama aku letak gambar aku bersama tomok di blog aku. hehe dulu2 mana la aku ada blog..wee. kalau kawan2 aku yang sekolah sama2 dgn aku masa sekolah rendah tahulah yang aku suka sangat2 dengan tomok dan kumpulan dia, new boyz. apa yang aku xde tentang tomok n NB. semua ada. album,baju, majalah2, keratan2 akhbar dan apa saja yang berkaitan dengan tomok aku ada.ni kali ketiga aku jumpa tomok. 2x aku jumpa, aku hanya memandang dari jauh. yela, tak de kamera, apa pun tak de. hehe tapi haritu 20/12/2008. mama bawak aku ke gathering bersama peminat2 newboyz kat setiawangsa. apa ntah nama cafe tu. aku dah lupa. hehe best sgt2. dia sgt baik, sangat ramah. layanan yang diberikan oleh semua anggota new boyz sangat memuaskan hati. huhu best sangat la. malam tu tido tak lena. ahaks. ni gambar kenangan aku dan dia, gambar mama aku dengan tomok pun ada. heee.


lepas tomok, aku gilakan lelaki ini. eh bukan. kumpulan ini, haha. dari awal kemunculan mereka sampai la skrg. kenal x? haha sam bunkface. aku dapat gambar ini dari jierah ansem. hehe thanx jierah kerana memahami hati kawanmu ini.. weee~ blum penah jumpa lagi, kalau jumpa, tak tau nak cakap apa., confom pengsan. haha memang suka gaya dan personaliti dia.


bang. pinjam kasut boleh?
(mungkin ini yang bakal aku katakan)

4. 3 bad habit

=bangun lambat
=suka tangguhkan kerja
=suka makan lewat malam.


(aiyark, mahu berubah!!!)

5. apa yang anda akan lakukan bila orang lain sibuk dengan hal anda.

=helo, jaga tepi kain sendiri sudaaaah~~ semoga orang lain sibok dengan hal anda kembali..ahaks.


6.apakah reaksi anda bila terkentut kuat/ busuk di khalayak ramai.

=buat tak tau sudahhh~ kalau orang tanya, pandanglah orang belakang anda. hahaha!!


RANDOM QUESTION ABOUT YOUR RELATIONSHIP.

1. the date you have declared with your 1st couple.

= ntah. tak ingat. sekitar tahun 2000. (gatai, darjah 5 dah bermain cinta). lalalaa

2. apa yang anda lakukan sekiranya anda merindui bf/gf anda.

= sms, call, tengok gambar2 kami. waaa.. skrg pun sgt rindu, setiap masa rindu lah!

3.how's your 1st date with your 1st couple.

=aiyark, sudah lupa. haha kalau cakap sy syg awak, terus kapel kan? hahahaha~ lupa2.

4. adakah anda mempercayai bf/gf anda 100%.

=yaaa..

5. adakah anda rasa bf/gf anda pandai pujuk?

= haha of cozzzz~ dia sangat pandai pujuk aku.. heee..

6. reaksi/tindakan anda bila gf/bf anda menghabiskan kredit utk org lain.

=utk sapa? family? aku tak kisah. kawan? kawan pun ada batasnya la kan. terutama perempuan. takkan nak bergayut pasal urusan kerja selama 5jam kot. itu lain dah. tapi setakat ini alhamdulillah,  tak penah buat lagi. kalau dia buat? errr.. paham2 la yeee..

7. what are you going to do if your besties have a relation with your ex?

= err.. setakat ni tak de lagi kot. haha jap2, ntah la. tak de lagi. kalau ada la kan, tak tau. kurang contact dah kot. err..macam tak de laki lain je kat dunia ini. ex aku jugak nak dikebasnyaa. opss.

8. adakah anda akan menelefon bf/gf anda sekiranya disuruh?

=selalunya kol sendiri,. tak de pun dia suruh, dia pun sama. bila aku tak de kredit, aku suruh la dia kol aku.. hehe =p

9. reaksi anda bila bg/gf anda masih berhubung dengan ex dia.

=syukur, aku cinta pertama. dia tak pernah ada ex. cuba tanya dia pulak. haha :P



tamat. the end. haha wah nana, soalan english malay la, campuran. haha apa2 pun thanx k!!

aku nak tag 3 orang

=amy farah
=yuhana miko
=syira


sila jawab. kalau tak aku suruh nana sekeh korang pulak..huahuahuahua..

salam :)

Thursday, May 27, 2010

ISU KASUT CROCS~

salam.
setelah heboh di facebook mengatakan kasut crocs haram dipakai kerana simbolnya mirip dengan kalimah Allah, ingin saya kongsikan di sini, satu post atau artikel dari saudara ahmiez di blognya yang saya temui di group *jahanam lah crocs! menyelitkan kalimah ALLAH dalam logo.* salah seorang pengguna facebook telah berkongsi link ini dan apabila saya membacanya, saya setuju dengan katanya2.ok. kita lihat gambar di bawah.



LOGO RASMI CROCS




yang dikatakan terkandung kalimah 'Allah'



gambar yang lebih 'jelas' lagi




Baiklah itu yang dikatakan oleh ‘mereka’ dan ini pula yang dikatakan oleh saya:

'saya' yang saya maksudkan adalah saudara ahmeiz :)

ianya boleh jadi 'Ain'


ianya boleh jadi 'Ali'

atau 'Awi'

ataupun 'Ahmiez'..opss..(bleh ke? haha) (beliau bergurau)


Baiklah, jom kita lihat gmbar dibawah dengan teliti..jelas tidak sama dengan apa yang dinyatakan.



bagaimana bahagian atas mulut buaya itu dikatakan membentuk huruf 'Alif' dan 'Lam'??? mengarut bukan?
kalau pun nak jadi kalimah 'Allah' sepatutnya macam ini:


buaya ini patut ada mulut extra dibahagian atasnya..dan ini tidak logik..haha (telah diedit)


Pesanan saudara ahmeiz:

Buat semua yang mempercayai benda ini, beristighfarlah.. mungkin ada sesetengah pihak yang sengaja bermain dengan isu-isu sensetif seperti ini. bukalah mata dan fikiran anda. usah terima sesuatu itu dengan bulat-bulat. Dalam isu ini, sekali pandang sahaja saya sudah dapat membaca ianya tidak benar dan mengarut. Bukan lah saya mahu menyokong produk ini atau segala berkaitan dengannya kerana saya sendiri tidak memiliki ataupun mendapat apa2 saham daripada produk croc ini.

Terkadang kita terlalu obses dan membuta tuli metafsir sesuatu. memang saya tidak nafikan dalam persekitaran kita, 'benda-benda' seumpama ini memang ada, namun, terserahlah kepada akal fikiran kita untuk melihatnya. Andaikata pencipta/pemilik croc ini tidak berniat pun untuk mensimbolkan kalimah 'Allah' ini pada produknya, bukankah itu satu fitnah dan kita telah menzalimi mereka walaupun mereka ini kafir? sama-samalah renung-renung dan fikir-fikirkan..

Banyak lagi benda yang kita patut fikirkan.. aurat kita dah sempurna ke ditutup? banyak mana kita beristighfar hari ini? dah solat kebelum? berapa kali sudah aku katam al-Quran? dan sebagainya..benda-benda ini yang lebih utama dan patut kita tekankan.. tak gitu?

Satu ayat Al-Quran buat renungan bersama

"190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;

191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.."
Ali-Imran ayat 190-191

pendapat saya, apa yang dikatakan oleh beliau benar. dan saya malas nak bertekak isu ni dalam grup tu walausaya dah join. bagi saya, kalau tak suka, jangan pakai, usah mengutuk. kalau ikutkan, dulu heboh mengata facebook haram, yahudi punya. tapi sekarang? orang yang menghebahkan2 pengharaman facebook pun ada facebook sendiri. yang penting, pada diri sendiri. kalau diri sendiri salah menggunakan facebook, jangan salahkan pihak lain.

kalau ramai yang masih tidak berpuas hati, saya berharap agar ada ahli ulama atau para ustaz yang boleh memberi penjelasan berkenaan isu ini.


sekian terima kasih :)


=terima kasih banyak2 pada saudara ahmeiz kerana memberi keizinan kepada saya utk menulis post ini. semoga bermanfaat bagi kita semua. :)

sumber: http://ahmiez002.blogspot.com/2010/05/slipa-boyo.html

AWARDDDD!! :D

salam..

hye2.. lama dah xdapat award. ada jugak award yang aku tak amik. sori k. skrg aku akan cuba aktifkan diri kat blog. hehe

award ni aku baru dapat dari salah seorang kawan yang aku kenal melalui blog. namanya amy. ni link blog dia.

http://baby-farah.blogspot.com/



ni awardnyaa..





comelkan? hihi aku tak pernah lagi dapat award kartun macam ni. ni kali pertama. heee~~

oklah.. syarat2nya :-

I. Thank and link the person that give you the award.

dari cik amy farah. linknya :-
http://baby-farah.blogspot.com/
bleh la lawati blognyaaa.. sgt cantik.. :)
terima kasih banyak2!!

II. Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.

aku tujukan award ini kepada :-

1.
2. miera
3. sadeline vateria
4. niya adriane
5. lynna vavavoom
6. kertasgraf
7. usagi kechik
8. junita adam cheah
9. nabila kahar
10. anis nabila.
11. fairuz selamat
12.yuhana
13.syira.
14. syaira
15.fq-afiqah.
III. Contact said blogs and let them know they've won the award

okay. :)
IV. State 7 things about yourself

- anak tunggal
-anak jati kedah

-pendiam dengan orang baru dikenali
-suka on9
-suka kucing
-suka pendamkan perasaan :)

sekian terima kasih... hihi


p/s: nak award laagiii!!!

Wednesday, May 26, 2010

ADA JUGAK? HAHA

salam.

aku ngah marah. sakit hati.. aih.. opsss.. sebelum terlupa. happy bsday juju! hehe

yeah. aku selalu online tagged. dalam banyak2 kenalan, ada sorang ni antar msj cam ni kat aku..

A K : smbng awk lnin???dah se6 k................huhuhhuhuhuhu

ME : se6 tu apa?

A K : xde npew erh...

awk sht???

ME : shat je

A K : bguslh..awk asal mne n?

ME : kulim la..

A K : bukan k awk asl ganu?

ME : dok je kat ganu..asal kulim..

A K : o..... mcm 2.... ble awk nk jpe sye?

ME : kenapa kita perlu berjumpa?

A K : kte kn kwn.. mestilah plu jpe. p alu awk xangp sye ni kwn awk dkpew ah..

ME : mcm tu lak.. kiranya kalau nak jadi kawan tu, mesti jumpa la ek?? saya ramai je kwn2 kat internet, laki ke pmpuan ke., xde pun nak jumpa2, kwn mesra je.. bahagia je... adoi.. terpulanglah.. saya ada hak :)

A K : ikut awk ah, mcm ah lawo gat ye... (ikut awak lah.. macam la lawa sangat ye)



ceh.. siot! bengong! sumpah. ini laki takdak akai. ni la contoh2 laki yang bila tak dapat mula nak mengata. haha muka tarak la ensem pun. mamak roti canai lagi ensem. tapi poyossss.. dh plizz la, kenal pun tak. tetiba nak jumpa. asal kawan je mesti jumpa. ntah apa2. abisss kawan aku kat facebook ada 655 orang tu, aku pernah jumpa semua ke?? myspace aku ada 2000++ aku pernah jumpa semua ke??

aiyook.. zaman skrg pun ada lagi laki macam ni. memalukan jee~ kalau ensem tak pe la kan..
haha perasan! hey, aku tak ingin langsung la dekat kau! kalau kau ensem macam aaron aziz pun, aku tak nak la! gelojoh! baru mesej brapa jam, dah ajak jumpa! blah r.

geram., aku nak tidoq. bye



=== se6 tu apa? ada sapa2 tau? seksi ka? aku tak letak pun gambar pakai bra. pakai tudung ada lah.

=== dah la aku kurang paham ayat tganu. punya susah aku nak paham. dia balas macam tu. adoi.

=== A K tu nama dia kat tagged. letak nama A K. pastu ajak aku keluar. nanti culik aku pi mana hala. nak repot polis pun tak tau nak habaq nama apa. ala A K tu.. kenal kat tagged. sah kena halau! huh.

=== aku tak respek langsung dengan lelaki yang asal mesej je nak num fon, ajak jumpa, nak manja2! remove terusss.. babai.

Monday, May 24, 2010

HURM~

salam..

tadi aku delete facebook. deactivekan facebook. sebab? biarlah rahsia. dalam sejam aku tengok facebook aku *melalui fb ahmad faiq*.. aku tengok facebook aku active balik. aiyook.. sumpah tension. dah la tension tak habis lagi, menambah tension ag. haha aku tak tau sapa yang bukak. sapa kawan yang bukak. sapa spy aku dalam tu yang selalu on fb aku. aku tak nak tuduh sapa2. kadang2 kawan yang kita percayai pun boleh khianati kita. tapi tak pe la. aku dah tukar pasword fb. lega. tak nak ada sapa2 tau lagi.

dalam facebook jugak, ada orang tak puas hati dengan aku. aku saja2 la komen fb ila mentor 4. tetiba ada sorang wanita yang bernama intan lalola, pangkah balik. dia kata *kene pduli sekeliling jugak.. bhsa menunujukan bgseee!!!!!!* masalahnya skrg, aku balas balik bukan pasal ila, tapi pasal bahasa dia. memanglah bahasa menunjukkan bangsa tapi dia tak boleh ke nak eja bangsa elok2.? kenapa perlu bgseee?? haha nak martabatkan bahasa konon tapi.. adoi.. dia tak balas dah. aku usha dia, mcm dia baru je buat. dia ada komen artis2 yang lain. aku rasa dia buat fb sebab nak kacau page2 artis yang dia tak suka kot. haha kalu ye pun tak suka, jangan kacau wall post aku. menyemak aje kan..

sok genap seminggu aku kat kemaman. adoi. nak balik kulim.... waaaaaa..

26mei birthday juju. hehe happy bsday syg. sori tak dapat jumpa hang ari tu. tak pa2. kalau ada jodoh tak kemana. nanti kita jumpa jugak. hang blanja charkoeytiew tau.. wee :)

tadi g restoran kat kemaman. makan ikan kerapu masak ladrik. (tak tau masakan apa tu tapi makan je). haha tapi sedappppp.. pastu tomyam, sayur kailan.. nyum3.. ratah2 ikan tu.. hihi sedap2.. rasa nak bawak balik je tulang dia.. boleh tanam kat belakang rumah.. mana tau ada buaian nanti.. heeee~

skrg berhati2 mengapprove kawan2 kat facebook. aku tengok location, kuantan, shah alam, ipoh, mungkin aku akan reject. maaflah. kalau aku tak kenal aku tak approve. sekurang2nya kalau ada mutual fren dari kwn2 msi ka smk taman setiawangsa ka tak apa jugak.. hehehe..

ok la.. setakat ni aje.. :) salam

Sunday, May 23, 2010

ALAM MAYA~


salam~

hari ni aku bangun lambat. arghh, haha bangun je sakit kepala. adoi. tengahari kot aku bangun. padahal malam tadi aku tido awal. 12 lebih. awal la kan? haha hanya 3minit aku perlukan utk tido. hebat kan? tak balas mesej  3minit aku terus tido. sekejap betol.

cuti ini rasa bosan sangat. dok rumah je la. tengok tv, on9. main dgn kucing. hehe mama selalu tanya bila nak memasak? haha adeh.. nanti la. awal lagi. baru 5hari dok kat kemaman.. ada lagi 2bulan.. ekekekek =p kemaman tak best. aku nak balik kulim cepat2. kat kulim ada wayang, ada game, ada bowling, ada karaoke,  . hehe~ hati ku masih tertinggal kat kulim. jasad ja di kemaman tapi angan2 ku tetap di kulim. bila la abah nak dapat pindah ni,. nak sangat pindah ke kulim balik, tak nak lagi dok tempat lain selain dari kulim..


aku belek2 facebook. ada 650 orang.. tapi aku dah delete hampir 30 org.. hik2.. aku delete sebab aku tak kenal langsung, tak de mutual fren, tak penah mesej aku, tak penah komen. setakat nak usha2 je baik tak payah. setakat nak add2 nak ramaikan kawan baik tak payah. facebook aku privacy aku. kalau nak berkenalan ke, nak tanya dah makan belum, ada pakwe ke tak, cuti2 tak g jalan2 ke atau sebagainya, add saja aku di friendster atau myspace atau tagged. aku akan melayaninya,. tapi di facebook no! facebook aku hanya untuk kawan2 aku.


aku ada beberapa kawan yang rapat dengan aku. kebanyakan perempuan. seperti ieta, iceq, nabila, jierah, balqis, dan syaira. semuanya kawan baik aku. yang aku sayang. yang tak penah khianati aku. yang best nya, semua kawan2 di alam maya aku. yang aku kenal kat internet. iceq dan ieta je aku pernah jumpa masa pegi gathering group 1989 bulan 11 2008 dulu. yang lain2 aku tak penah jumpa.

tapi tu la orang selalu kata, persahabatan di alam maya tak boleh dipercayai. tapi bagi aku, aku menafikan semua tu. sebab kawan2 aku yang selama ni aku kenal, yang aku rapat, aku percaya pada mereka. kami bahagia, tak penah sengketa, jarang bermasam muka,. diorang selalu bersama aku semasa aku susah, jadi penasihat aku, selalu buat aku ceria, gembira.

contohnya balqis, dia selalu nasihat aku pasal ahmad faiq dulu. dari mula aku kawan ngan faiq tu, aku bagitau dia. dan dia selalu nasihat aku. dia baik sangat. walau kadang2 nasihat dia tu buat aku terasa, tapi itulah kawan., bagi kritikan yang membina utk diri kita dan kritikan itu tak semestinya menghina kan? aku respek dia sampai sekarang.

kebanyakan kawan2 aku yang aku rapat adalah kawan2 yang aku kenal di alam maya atau lebih spesifiknya di group 1989. walau kitorang tak pernah berjumpa tapi tak semestinya kitorang akan sombong, tak peduli kawan2. tambah2 yang selalu join gathering. selalu jumpa kawan2 yang baru. aku je tak de rezeki lagi nak jumpa kawan2 yang lain. huhu sedih kan? tapi faktor kewangan menghalang aku untuk berjumpa dengan semua kawan2.

pernah jugak la sekali sejak aku join grup, sejak aku ada internet ni, berlaku selisih faham dengan 4 orang kawan. salah sorangnya ex aku sendiri. tapi bila dah lama2 aku anggap benda tu hilang begitu saja. aku tak nak laa pergi maki2 or perli2 diorang dalam blog ka, atau apa saja, cuma sekali ja la aku penah buat. tu pun sebab dah tak tahan asyik kena perli ja. dan aku dan dia sampai sekarang masih dingin~ hehe tapi aku dah lama memaafkan dia. biarlah dia nak benci aku ke, atau tak suka aku ke, tak nak tegur aku dalam facebook ke, aku tak kisah. aku tak akan memaksa.

walau pun antara aku dan kawan2 aku tak pernah bersua, tapi aku akan macam adik beradik aku sendiri. walaupun hanya berhubung di internet dan handphone, tapi aku sayang diorang, aku tak nak bermasam2 muka dengan kawan2. sebolehnya2 elakkan pergaduhan. sebab ini akan memberi kesan panjang dalam hidup kita.

aku peramah dalam internet tapi pendiam secara realiti.. percaya tak?? hik2. tu la hakikatnya, biasalah mula2 nak jumpa, bila dah lama2 mahu kecoh sedunia. haha. nak sangat jumpa kawan2 aku, terutamanya nabila. hehe nak sangat2. bila la dapat jumpa diorang2 ni. adeh.. kawan2, kalau ada yang tak kena, bagitau aku. terus terang saja. kot2 la aku ada sakitkan hati korang ke, apa2 ke, tapi setakat ni la, aku tak de nak dengki2 ngan kawan2 lagi. tak de pun la. happy je hati aku ni~

semoga persahabatan ini (walau di alam maya) akan terus berkekalan~ :)


*maaf kalau ada nama yang tak disebut, sahabat aku adalah semuanya. semua yang pernah baik dengan aku. aku sayang semua*

Thursday, May 20, 2010

KENA BAYAR LEBIH KE KALAU TULIS AYAT YANG MUDAH DIFAHAMI?





salam,

nampak ayat di atas? aku terjumpa ayat2 ni masa aku on myspace ari tu. apa pandangan anda? cuba baca elok2? paham kah? adeh, sesungguhnya aku mengambil masa yang lama utk memahami setiap bait2 katanya di dalam ruangan *about me*

baru 15 tahun, tapi cara penulisannya? alahai, kalau tulis ayat yang senang org paham, kena bayar lebih ke? tak kan? haha.. please, tulis ayat yang mudah orang lain faham. aku paling tak suka bila baca ayat2 macam ni, sakit kepala woo~ kecik besaq kecik besaq, adoi. tu tak ape lagi, ni banyak pulak tu ayat2 baru atau perkataan2 baru yang aku dapat pelajari hari ini.

merujuk kepada gambar yang pertama, perkataan baru yang aku kenal,

takap-cakap
lowh-lor
tawukk- tarukk/letak
kerk- ke
dudowk- duduk
tuare- suara
mudark- budak
aquh- aku
kowunk- korang
jdy- jadi


gambar yang kedua pulak.

smekom- assalamualaikumm atau salam
tpy- tapi
sknk- sekarang
ckowl- sekolah
tax top- tak top
koang- korang
bgy- bagi
nacx-nak
criy-cari
nmew- nama
dyew- dia
dwank- diorang
cndry- sendiri
kloe- kalau


waa, banyak pulak kan? haha pening2, sakit kepala aku. macam aku minum nescafe pulak.. =p

nasib baik la aku xde kawan2 yang selalu sms aku atau yang komen2 aku yang selalu macam tu. kalau tak, mungkin aku akan remove dia dari friend list. hehe bukan kejam. tapi ia mengurangkan pening kepala aku.. hik~

kat facebook, ada satu group yang aku selalu post, bertajuk (kami benci orang yang type macam rempit, lew, jew, kowunk, aq..etc) korang boleh check la. kat sana korang akan jumpa bermacam2 lagi perkataan2 yang baru.. yang kadang2 korang tak paham pun..hihi

nasihat kepada orang2 yang suka tulis macam tu, jangan la memeningkan kepala kami semua, yang terpaksa pening kepala utk habiskan sesuatu ayat. korang dah besar, bukan budak darjah 1, kan? kebanyakkannya remaja. usia 13-18tahun. cuba tulis ayat yang penuh, kalau nak shortform tu boleh, aku pun kadang2 shortform jugak. tapi tak de la sampai orang lain tak paham. kan2? belajar sekolah tinggi2 tapi tulisan macam orang yang tak penah pergi sekolah, sangatlah menyedihkan..

kasihan cikgu bm kamu~ dia pasti menangis melihatkan ayat2 kamu, bukan apa, takot nanti terbawak2 dalam karangan or time exam. aku pernah gak dulu. selalu tulis perkataan *u* sampaikan dalam karangan bi pun aku tulis *u*. sepatutnya tulis *you*. ni pengajaran. tak nak ulang2 balik, tak pasal2 semua perkataan *u* kena bulat. heee~

lagi satu, perkataan assalamualaikum.. aku selalu online tagged. selalu la jugak. ramai la lelaki2 yang akan antar msej kat aku. diorang mesti akan tulis, akum, cmekom, askum, smekom, atau yang lain2. dan yang paling aku tak tahan tu, ada sorang mamat ni *ensem jugak* dia tulisss..


hyee, cexkom??

aku balas, cexkom tu apa ye?

dia balas, opsss sori, assalamualaikumm..

baru aku balas waalaikumussalam,,

aku tau sebenarnya niat dia tu nak memberi salam, tapi cara penulisannya tu membuatkan aku tak terfikir yang dia nak bagi salam pun.. kan3~ kalau tak nak tulis panjang2 pun, tulis salam pun dah cukup...jangan permain2kan perkataan salam tu.


so, pada adik2 atau orang2 yang sering tulis ayat2 macam tu, tulis la elok2 yee.. tulis ayat biar orang paham. dan jangan permainkan perkataan salam itu. berdosa je. ingat, ibu bapa antar kita sekolah sampai ke menara gading, bukan untuk menulis ayat2 macam tu..

harap paham :)

Thursday, May 13, 2010

SETIAP SENYUMAN TERGAMBAR SERIBU KECERIAAN~~




















MDD 6A 2007-2010.

-Noor Fatin Bt Othman-
-Syahidah Atikah Bt Abd Hamid-
-Shafizahanim Bt Saaban@Jo-


di atas adalah gambar2 yang diambil pada semester ini iaitu semester 6, di mana kami bertiga ke kelas, dalam bilik, BBQ, dan di mana saja..

setelah bermacam2 dugaan yang ditempuhi akhirnya kami kembali bersama setelah musuh yang 'dihormati' disingkirkan buat selamanya.


semoga segala kenangan ini terpahat di hati kita semua buat selamanyaa..~~

love u, muah3~


Sunday, May 9, 2010

MAMA!!


M-O-T-H-E-R
"M" is for the million things she gave me,
"O" means only that she's growing old,
"T" is for the tears she shed to save me,
"H" is for her heart of purest gold;
"E" is for her eyes, with love-light shining,
"R" means right, and right she'll always be,
Put them all together, they spell "MOTHER,"
A word that means the world to me.
I Love You Mother!!!

HAPPY MOTHERS DAY!!


tiada yang terindah di dunia melainkan ibu anda. saya berbangga mempunyai ibu seperti mama saya dan saya berharap dapat membalas jasa beliau dunia dan akhirat. sayang mama :)



-belikan mama hadiah. set cawan~ hehe tapi tidak bernilai berbanding kasih sayangnya selama ni. :)

ARTIKEL RAKAN BLOGGER