Sunday, March 17, 2013

KL KE BUTTERWORTH

Assalamualaikum =)

oh ye. dulu masa tengah kerja, konon2 kalau dah habis praktikal nanti, nak aktifkan balik diri kat dunia blog ni tapi tu la gamaknya, kelaut. hari ni baru teringat nak update blog. wakakaka.

ada lagi tak yang aktif ni? eh.

hurm hurm benda pertama aku nak cerita pasal perjalanan aku pulang ke kampung, yabedabeduuu. aku tak balik terengganu sebab mama ada kat penang. so aku amik keputusan balik ke penang!

wkwkwkw

nak naik bas, rasa macam tak berapa nak berani. maklumlah tak pernah seumur hidup balik naik bas sorang2 sejauh ni. haha akhirnya amik keputusan naik train sebab senang, naik kat kl sentral je. lulz.

sehari sebelum nak balik tu, aku pergi kl sentral dengan yuyul, makan kfc, beli tiket, jalan2 kat kl sentral, malam tu keluar dengan kawan pulak, tengok wayang cite dark skies, sampai rumah pun dah nak pukul 12malam. haiyaa

esok pagi2, mama kejutkan aku pukul 5.30 pagi. siap2 semua, 6.10 pagi dah bergerak keluar dari rumah. tarik beg troli, dengan inai di jari, cincin di jari, serupa orang nak kahwin lari gamaknya. kakakak 

syukur ada orang nak teman kite pergi kl sentral! yuhuu. kawan baikkk =) bertuahnya ada orang yang nak bangun kul 5 lebih teman kite pagi2 buta. haha!

beberapa gambar yang ingin dikongsi bersama =)


tahukah anda, last aku naik train, masa umur aku 14 tahun. masa tu dari kl nak balik ke butterworth jugak. selepas 10 tahun, aku naik train lagi! haha tapi berseorangan. dulu dengan family. sebabkan dulu aku amik yang katil punya, kali ni pun aku nak amik yang katil punya walaupun balik siang hari. wkwkwkwwkw

mama dan abah, dua2 tak tau aku amik seat katil. sebab depa ingat amik tempat duduk. bila depa tanya tengah buat apa, aku cakap tengah baring, dah macam mana baring kalau amik tempat duduk, hahahha amik katil la! =P


7. 12 pagi dah terpacak kat ktm subang jaya! lengang lagi.. maklumlah hari tu hari ahad. orang tido lagi.zzzz


tempat menunggu sebelah kfc jeww =P


peneman. aku beli dengan harga rm10 masa keluar dengan yul. mph buat promosi kat kl sentral. dah la tebal! memang berbaloi2! best pulak tu cerita dia. haha!



lihat permandangan di luar.

dalam gerabak aku ni, hanya ada 3 orang. sorang lelaki omputih, aku dan seorang lelaki melayu budak uitm penang, sebelah katil dengan aku. muda setahun. amboi sempat berkenalan.

aku syak orang ramai amik tempat duduk la. wkwkwkwkkwwk


aku lepak sini je. tu dia punya panas bila dah sampai tengahari nak ke petang. aircond langsung tak rasa. bayangkanlah. mak oii. berpeluh2. aku tertido dari bertolak sampai la aku rasa panas terus tak boleh tido. kakakakak

budak lelaki tu cakap kalau amik malam, best tido. rasa sejuk je. kakaka lupa pulak aku nak tanya nama dia apa. eh

eloklah lepas ni aku amik malam. wkwkwkkww


sebabkan lengang tak da orang, tido la kat mana hangpa suka. ekekekke


buka.. amik angin.. amik air.. kakakak


aku sampai butterworth dalam pukul 4.15 petang. sebijik macam dalam tiket dia tulis. memang baguih sungguh, tepati masa.


mama dan pakcik aku tunggu dah kat ktm butterworth, selamat sampai dan terima kasih kepada si peneman. nanti kite belikan awak t shirt penang k. ekekekke


8 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

Dh laner giler xnek train....teringin juga...bukan aper, nak snap picta bebanyak dalam kawasan belantara...hmmm...bleh try nie...kl sentral penang...brp jam erk?

Noor Fatin said...

8 jam! haha

shida said...

waa..sy teringin nak tido dlm tren.. i mean amik seat katil..heeee
tp lom lg tercapai lg ...huuu

Cart Kartika said...

wa..jauh perjalanan indah permandangan, byk pengalaman.. ^^

perkongsian yg sgt2 bgus.. truskan menulis :)

http://cartiecacloset.blogspot.com/

NasQ said...

boleh ek bukak pintu ketapi?

JDT said...

Sekarang jln malam semua.gelap

Unknown said...

salam.nak tanya ni naik ETS ke bukan?

Noor Fatin said...

wslm.. bukan ;) ktm je ni..

ARTIKEL RAKAN BLOGGER