Sunday, February 28, 2010

KENAPA MANUSIA SEMAKIN KEJAM EH?

salam~

aku ada sikit masa je utk menulis satu post kat blog aku pada hari ini. esok aku test applied material. pastu presentation applied material jugak. esok pon kelas full. adeh. aku demam ni. tadi dah g klinik kat taman kenari,  bawakkan. xde mc.. just surat pengesahan je. aku xtau la aku ni demam apa. hakhak. seyes aku xlarat sgt2. cam nak pengsan smua ada. makan ubat tadi rasa lega sikit dah.


baru2 ini kita dikejutkan dengan pembunuhan kanak2 umo 3tahun. aih~ baru 3tahun kenal dunia, sudah dibunuh, sangat kejam. sapa yang membunuh? tentulah manusia, tak kan kucing nak bunuh anak orang kot. kan kan kan. apa salah budak tu? kecik lagi. nak kata budak tu mencuri, tak pun. nak kata budak tu rogol orang, xmungkin. nak kata budak tu curang ke aniaya orang lain ke, kecik lagi. aku tau, semua rakyat malaysia sedih. aku perasan banyak status2 di facebook banyak yang berkisarkan tentang kes pembunuhan itu. semua jadi marah, sedih, terkilan.


pastu kes pembuangan bayi. sampai ada satu grup kat facebook yang bertajuk * saya benci pada orang yang membuang bayi*.. aku selalu tengok laman web oh tidak. kat situ banyak ditunjukkan gambar2 bayi dalam tong sampah, ditinggalkan, ada yang dibakar. sangat kejam. serius, kalau tak mau kan bayi itu, kenapa mesti buang? tak boleh ke diserahkan pada yang memerlukan? diluar sana, ramai yang xde rezeki untuk mempunyai cahaya mata tapi yang diberikan pula cahaya mata.. sanggup buang, bakar bayi itu. sedih. terkilan.


baru2 ini, hari jumaat yang lepas, aku keluar ke giant. dengan . sehari sebelum tu, kitorang ada konflik sikit. masa hari jumaat tu pun, ada jugak konflik sikit. hehe biarlah rahsia.. hehe, tak tau la kenapa minggu lepas tu, macam ada yang tak kena antara kami. hari tu, kitorang tengok cite niyang rapik. best. aku suka awal ngan kamal adli! haha. suka2. kusyuk je tengok. hehehe.. balik tu, kitorang g makan kat taman selasih. makan tomyam. hihi time makan pun, ada sikit selisih faham. adeh. masa tu tak tau nak cakap la kan. menangis hati ini. haha~

ok2.. pastu masa kul 8lebih, aku ajak  balik. aku penah kena warning ngan guard sebab dah 3x balik asrama lambat! haha.. so ari tu aku memang kena balik sebelum kul 9.. nak wat cm na.. ekekek. masa tu aku langsung dah tak pegang  dah, haha moody kan. dia pun wat xtau je kat depan..huhu. pas tu kitorang lalu kat depan giant,. traffic jammed pulak.


selalunya, setiap kali keluar naik moto dia, walau g mana2 pun aku mesti bawak handbag. yela, kalau pegang kan susah. aku ada 2hp, dompet, tisu. kunci bilik lagi.macam mana nak pegang,. tapi aku tak tau la kenapa ari tu malang bagi aku, malang tak berbau, time aku atas moto, ada orang naik moto jugak, sekelip mata je rentap handbag aku. tapi aku tak tau dari mana datangnya kekuatan tu, aku berjaya rentap balik. dan handbag tu aku dapat balik. masa tu aku tak tau dah nak cakap apa. meraung terus. menangis aku. sebab terkejut sangat2. yela, aku memang tak sangka langsung. serius,. fikiran aku masa tu melayang2. aku tgh fikirkan cam na la nak baik balik ngan . and patah balik . dah tak teruskan kat jalan tu. aku rasa takot sangat2. bayangkan, ada orang secara tiba2 rentap handbag yang memang aku galas kat lengan, kat ketiak. masa tu aku rasa moto  dah bergoyang2 tapi nasib baik dia berjaya kawal moto tu, kalau tak.. :(

kesilapan kitorang satu je, tak tengok num plat moto tu. ciss.. kalau dapat, memang kitorang nak buat repot polis. walau diorang tak dapat handbag aku, tapi aku nak diorang ditangkap, biar diorang tak ragut orang lain pulak. balik tu, mama terus call. dia cam tak sedap hati, dia dengar suara aku dah lain sangat. bila aku cerita je, dia cam nak nangis ja. isau sgt kat aku ni. dah la jauhh.. kalau jadi apa2 kan susah. balik je bilik, kak ika cam pelik je tengok aku cam baru lepas nangis, dia sempat pesan, fatin..jangan la nangis.. fatin gado ngan  ek.. xmo la nangis2.. hihi. pastu bila aku cite, baru dia tau. dia ingat aku gado ngan lagi tadi.

malam tu, aku tak boleh tido. langsung. asal aku pejam mata, aku nampak mamat dua orang tu. aku nampak sorang rentap handbag aku. pagi tu aku bangun je, tangan aku sakit. efek semalam kot. memang bodoh punya manusia. dalam handbag aku tu bukan ada duit beribu2 ringgit pun. ada berbelas2 ringgit je pun. kalau dapat pun, tak berbaloi. aku rasa hp diorang lagi canggih dari hp aku ni haa.. dan yang aku terkilan sangat, yang meragut tu, melayu,.kaum aku sendiri tuuu~ lainlah kalau bangsa asing. ni melayu. apa sangap sangat ke ngan duit sampai sanggup meragut.

aku harap diorang kena langgar dah dekat traffic light depan tu. mana tau kan. dah mati ke. kalau masih hidup agi, bagus la. tuhan simpan nyawa korang utk bertaubat, kalau korang mati time tu jugak, tak sempat bertaubat,. aih. apa punya manusia la. aku tak leh bayangkan kalau apa2 terjadi kat aku ngan . nasib baik dua2 tak jadi apa2. cuma aku trauma. soknya aku g pasific ngan faiq. dah tak bawak handbag. semua nya  pegang. letak dalam poket dia. and beg kamera dia. adeh. bukan apa, aku jadi takot sangat2, benda ni pertama kali berlaku kat aku, aku dah puas menangis dah. nak tido pun tak boleh.

kepada peragut2 di luar sana, mana la tau ada diantara korang yang baca blog aku ni ke, insaf2lah. xde faedahnya pun meragut ni ha,, kalau apa2 jadi kat orang tu, mati ke., tak ke naya. dah la meragut, nanti disabitkan atas kesalahan membunuh pulak. cuba kalau mak korang kena ragut pastu mati, apa korang rasa? aku tak tau la kalau korang kata besttt.. happyy..suka tengok mak mati,.. kan kan kan..

tadi keluar pun tak bawak handbag. aku tak tau bila trauma aku akan berakhir. waaaa~ mama, i need u!!!!

4 comments:

F~CiCAk said...

saya sayang kamu~ =D

ada aku kesah said...

waa...
nasib baik xjadik apa2...

kertasgraf said...

bahaya btol.. nex time nek moto.. handbag jgn digalas.. taruk kt tgh2 antara kamu and faiq.. baru la xnmpak..

NOOR FATIN said...

faiq: sy lg syg2 kamu!!

juju:tau xpe..wuu takot sgt..

kertasgraf: stkt ni kalau kuar dah xbwk handbag..takot..wuuu.. thanx k

ARTIKEL RAKAN BLOGGER