Thursday, March 4, 2010

bila nak pindah lagi?

salam.

tetiba rasa nak tulis blog. aku tak sihat lagi sebenarnya. ntah la. makan ubat. tapi tak sihat2 jugak. 
rindu mama. bila la dapat jumpa mama. cuti mid sem ari tu tak balik. dok umah nenek je. nak balik jumpa mama.. abah..waaaa~ tapi apakan daya.. wuuu.. ari tu mama kata, mungkin kita akan berpindah ke sg petani balik. hoh? berita gembira atau buruk? of coz gembira!! hahaha walau aku dulu2 tak suka dok sg petani *time form1 n form2*. hahaha tapi sekarang aku suka. yela.. aku bukan nak sekolah kat situ pun kan.. umah je kat situ.. hehehe

tapi tak tau bila. dah lama abah kerja luar. yela pindah sana pindah sini, naik pangkat je pindah. dari aku lahir sampai aku masuk tingkatan 1, aku dok kulim. masa pertengahan aku form 1 aku kena pindah sg petani. smk bandar! haha aku tak suka sekolah tu.. eh bukan.. tak suka budak2 kat situ. sebab diorang tak suka kehadiran budak baru! cisss.. banyak kenangan pahit aku dapat dari sekolah tu. kena pulau la. apa la. adeh. result aku pun menjunam. masa sekolah kat kulim, aku tak penah dapat lebih dari num 10. mesti 10 ke bawah. g je kat skolah sg petani tu, aku dapat num 34! hahah second last kot. ke last.. hahaha.. banyak la.. kenangan.. manis? aku suka ketua tingkatan kelas tu. tu je yang manis.. hahaha dapat jugak ar respon kenyit2 mata.. wakakaka..~ pastu masuk form2,, aku skolah kat situ lagi. pastu ayah aku kata bulan 2 kita akan pindah ke KL. kuala lumpur,.. yahoooo...

best kan? mesti la best. seingat aku last aku pegi KL masa darjah 3.. dua kali je pergi. darjah 1 dan darjah 3.. aku kenal la jugak apa itu menara kuala lumpur, KLCC, dayabumi , puduraya. hahah... aku daftar kat smktsw ( sapa tahu nama penuh,..tahu la yee). hahaha. jauh gak ar dari umah aku. aku dapat kelas 2 Amanah. perghh.. A tuu.. aku ingat kan A tu kelas pertama. rupanya kelas second last..waaa~~ berkat kesabaran, kerajinan (konon2).. setiap kali ujian aku mesti dapat num 1 atau 2 je.. ngeh2. dan jadi anak kesayangan cikgu dalam kelas tu.. hahah... lawak kan.. tapi dulu aku selalu kena kutukk..
sebab aku dulu banyak jerawatt.. waaaa.. ada budak laki tu panggil aku minah jerawat la apa la.. banyakkk.. membiak2.. ni sebab aku tukar produk ar. gara2 terpengaruh ngan kawan aku masa kat sg petani.. waaaa~ sekarang dah xde. alhamdulillah.. hehe cuma kesan2 nya ada lagi.. susah woo nak ilang.. ok kot form2. teruk gak ar. kena plak ngan gangster2 kat situ! hahaha~ sengal la..
bila ingat2 balik.. form3. best! sangat best! bagi aku sangat indah!! hahaha macam2 la..

form4 dan form5 pun ok. spm pon ok. aku suka sebab akaun aku dapat b, sebab selama aku blaja 2thun akaun, aku tak penah lulus dalam ujian.. ngeh2.. add math pun lulus.. hehe. pasal cinta? err.. masa kat KL kot aku banyak pakwe. ala cinta monyet. xde pun yang kekal. haha. semua dah ilangkan diri. ada jugak yang aku jmpa balik tapi.. hahaha~
pastu aku mintak sambung belajar kat unikl msi kulim kedah,, yeay! haha kembali ke tempat asalku.. huhu walau mama ngan abah masih di KL.. abah nak aku belajar kat tempat sendiri.. yang senang dia boleh pegi tengok. aku pun dah biasa ngan kulim. so tak kisah sangat.. hehe.. habis ku tinggal2 kan pakwe2 kat KL. haha..tinggal CC ORANGE aku! tinggal MC DONALD aku! tinggal semuanya la kat setiawangsa tu,,wuuu~~

sem 4.. abah kena pindah ke Kuala Terengganu pulak. masa tu down gile. bapak jauh!! alahai.. nak tak nak kena pergi jugak. aku penah la pegi ke KT seminggu masa cuti mid sem tu.. memang la best KT tuu.. banyak pantai.. kat kulim xde pantai yang best2 macam kat sana.. hehe..tapi kalau dok sana mesti tak best! hahaaha aku kena kejutan budaya gak ar,,,cam budak pantai timur g KL. cam tu la aku rasa. hahaa~

pas tu dalam sem4 jugak abah pindah ke Kemaman.. tempat yang aku dok sekarang.. hehe aku praktikal kat sana.. dok kat sana.. 6bulan.. boleh la tahan. tak la best macam tempat sendiri kan. kat sana dapat rasa makan makanan orang ganu. dengar loghat diorang.. macam2 lagi la.. hehe sampai sekarang aku masih kat kemaman.. dan mungkin, insyallah.. kalau ada rezeki, kitorang akan berpindah ke kedah balik. tak dapat kat kulim pun xpe.. sg petani ke langkawi ke.. janji kedah. susah la jauh2 ni.. wuu..

aku selalu tanya mak aku.. nanti kalau naik sem, kalau nak perkenalkan diri.. nak cakap datang dari mana? haha. yela.. sem1 sampai sem3, aku cakap aku dari KL. sem4, aku dari kuala terengganu.. sem5 dan sem6.. aku kat kemaman.. sem7 nanti aku kat sg petani kah? waaaa~~~ hahaha banyak nya tempatt..

sampai sekarang aku masih melayan tagged.. haha aku kadang2 suka layan kerenah2 diorang.. ada yang lucu. ada yang menyakitkan hati. haha. aku selalu bengang setiap kali diorang tanya pasal asal dan tempat tinggal. contoh:


dia: awak asal mana?
aku: kulim kedah
dia: awak kat mana skrg?
aku: kulim..
dia: umah awak kat mana?
aku: kemaman tganu.
dia: abis sekarang kat mana?
aku: kulim kedah
dia: abis tu nape dok kemaman?
aku: mak ayah dok sana

dia: nape mak ayah dok sana.. awk dok kulim?
aku: blaja kat kulim
dia: awak dok kemaman kan.. kenapa tak pandai cakap tganu?
aku: sy org kulim.. tapi dok kemaman
dia: tapi awk kata orang ganu..mesti pandai cakap ganu..

%^&*^%$#%&*^&^*&^$


aiyarrkk!! hahaha aku kalau dapat orang yang tanya macam ni.. aku dah tak balas msj dia.. haha. yela.. penat aku jawab.. tanya sikit2 dah ar.. lum lagi diorang tanya abah aku keja apa.. kalau boleh,,setiap sen gaji pun nak tau.. aihhh... saboo.. sabooo..lagi best kalau orang tak kenal aku.. pelik aku boleh cakap KL. diorang kata aku kan orang kedah.. dah tu dok tganu pulak.. nape pandai cakap KL?? haahha pas ni kalau ada orang tanya.. aku nak cakap macam ni la..

*saya beranak kat kulim. masa sekolah menengah saya pindah kat sg petani. pastu pindah KL. dah nak dekat 7tahun kat sana.. saya pindah kuala terengganu pula.. pastu kemaman.. sekarang kat sg petani balik.. and. eh.. sy blaja kat kulim skrg*.... hahahahhaha..

adeh2.. pening2. heheeh rajin lak aku update blog petang2 ni. aku tak tau nak wat apa. padahal sok ada test ngan presentation.. parah2. aihh.. hehe,, wish me.. luck k!! heheee...


nota bertaburan- panjang entry kali ni. aku suka menulis. eh. menaip. macam2 idea aku dapat. aku minat jadi penulis. waaa~ insyallah kalau ada rezeki. aku nak mencuba nasib dalam bidang penulisan jugak satu hari nti..

6 comments:

sharamli said...

0it..napa edit cmtu..

NOOR FATIN said...

hehehhe.

LeMaNtO said...

OoOo..gatai naa edit pic jd pelok..hu2

NOOR FATIN said...

haha agak2 pcaya x?? ngeh2

F~CiCAk said...

pcaya.. mmg edit pun.
kan? haha

NOOR FATIN said...

edit pakai photoscape :))

ARTIKEL RAKAN BLOGGER