Monday, April 27, 2009

~pensyarah digantung~



Ni laporannya.

KULIM, 24 April: Kerana menegur aktiviti pelajar yang mengiktiraf negara haram Israel dan menggayakan pakaian sami, tujuh pensyarah dan kakitangan UniKL cawangan Kulim telah digantung tugas mereka.








Menurut sumber, pergantungan mereka berkuatkuasa 21 April hingga 4 Mei dan besar kemungkinan tiga dari mereka akan dibuang kerja.


Teguran itu mereka buat terhadap pelajar yang menyertai program menggayakan tarian keagamaan 20 negara di bawah naungan PBB.
Di antara negara yang dipilih adalah Amerika syarikat, United Kingdom, Thailand, Cambodia dan ISRAEL.


Teguran itu dibuat berdasarkan Israel adalah negara haram dan tidak diiktiraf Malaysia.


Mereka juga menegur aktiviti memperagakan pakaian sami yang tidak sesuai dibuat oleh orang Islam.

note: yeah~ unikl msi kulim..adeh..aku baru je jmpa berita ni n aku xsgka smpi masuk paper metro..sbnrnya aku lgsg xterlibat ngn UNGA tu.yg terlibat bdk sem2 lain la..huhu..

aku xg pon..so xtau la apa yg blaku kat sana..berkenaan ngn pnsyarah yg di gntung..antrnya lec pengajian msia.lec agama..lec basic fitting..technician n yg lain ialah kakitgn msi..

aku no komen la smua ni..hihih....

18 comments:

mazfahmi said...

la..bley digantung plak..
kire betolla tegur sbb g amek negara israel..
ape slh dyorg?
nk tgur yg elok pn digantung..

siti_z0wiah said...

l0rh paper ari ni kew?

dasat2....

*saja mencarik nahas...hahah..

Anonymous said...

lect english yg organize bnde tue kn??

student bwt bnde nie semata2 utk coursework mark je.. tp diorang pun bodoh gak..tgk la..harap pki tudung je..tp pgg bendera israel

so lect english tue malay ke non malay??

x bley blahh la..

even kt private clge pun xda nk iktiraf israel nie..

biELa said...

wow

ni citer betul ke?

tp xperlu kot smpai nk promote israel

negara laen boley kot klo nk jd kn bahan

ngee~

Dee said...

huh, teruknyee MSI...
grr...

Noor Fatin said...

to masz..tu la pasal..adoi..aku xtau ar nak ckp ape..sbb aku xtgk sndiri la UNGA tu...xtau sapa salah sapa btol..

to siti..ada masuk paper metro..tp ni aku copy dr blog sapa ntah..

to anynomous..yela..lec english jek..ni kira salah satu la dlm sbjek english.aku pnh dlu masa sem1..tp kitorg negeri2..aku dpt negeri sarawak..thun ni diorg wat negara lak~

to biela..btol la..kcoh msi bila lec2 trsbut nggak ada..nsb baik klas smua dah xde n dah abis blaja..

dee..no komen~ aku xterlibat..

►içéq◄ said...

dasat tol..smpai kne gantung..ad yg msk icu ker???

Dee said...

lar, dasat ape nyee iceq....
gantung mengajar jee la..
bkn gantung diri... huhu...
tak dasat mne pon...

ariz azali said...

actually, pensyarah sokong ke tak israel?

Noor Fatin said...

iceq~ bukan gantung tu.....gantung tugas la..hihih.

dee..ahaha..bukan gantung diri la..adeh..

ariz..tak..tu pasal diorg bantah

Dee said...

patut kne hkuman gantung diri tuu...
huhu...

moto rxz said...

Hati-hati dalam membuat andaian dan KOMEN:


Isu ISRAEL dan Pemakaian Baju Sami Buddha dalam Program UNGA di MSI.

Program UNGA dijalankan sempena “General Studies Week” yang berlangsung pada 16 Mac hingga 22 Mac 2009. Isu berbangkit timbul berkenaan 2 perkara :

1. israel telah dijadikan salah satu daripada negara yang terlibat dalam program tersebut.
2. 2 orang pelajar telah memakai pakaian sami buddha bagi melakonkan persembahan mewakili Negara Cambodia.

Pandangan saya berkenaan kedua-dua perkara adalah seperti berikut :

1. Negara Israel telah dijadikan salah satu daripada negara yang terlibat dalam program tersebut.

- Pemilihan israel adalah membelakang sensitiviti masyarakat di Malaysia khususnya masyarakat Islam. Suasana kemarahan umat Islam sekarang ini sedang memuncak terhadap jenayah pembunuhan, keganasan, kebiadapan dan bermacam-macam lagi kejahatan yang telah dilakukan israel terhadap masyarakat Palestin. Masyarakat Islam telah berusaha melakukan pelbagai perkara sebagai tindakbalas terhadap kejahatan israel ini seperti melakukan demontrasi, solat hajat, doa, boikot barangan yahudi/israel, dan bermacam lagi usaha, DAN SEMUA USAHA INI MENUNJUKKAN TAHAP TINGGI KEBENCIAN DAN PROTES umat Islam terhadap Isreal. Di saat memuncaknya kemarahan umat Islam terhadap israel, UNGA menghadirkan “wakil israel” tentunya keadaan ini tidak sesuai dan boleh menimbulkan prasangka, fitnah dan tanggapan buruk masyarakat terhadap MSI.

Tambahan pula, Malaysia tidak mengiktiraf israel sebagai sebuah negara, menganggap ia adalah entiti haram, tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengannya. Maka tindakan UNGA mengadakan “wakil israel” juga dilihat menentang dasar kerajaan Malaysia.

Seperkara lagi, amat dibimbangi juga aktiviti sedemikian menjadi jarum-jarum halus golongan Yahudi/israel untuk menyesatkan umat Islam, sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud “

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.







2. 2 orang pelajar telah memakai pakaian sami buddha bagi melakonkan persembahan mewakili Negara Cambodia.

Pemakaian baju sami buddha oleh 2 orang pelajar ini, jika diteliti dari sudut feqah, mengandungi unsur-unsur tasyabbuh.

Tasyabbuh yang dilarang dalam Al-Quran dan As-Sunnah secara syar’ie adalah menyerupai orang-orang kafir dalam segala bentuk dan sifatnya, baik dalam aqidah, peribadatan, kebudayaan, atau dalam pola tingkah laku yang menunjukkan ciri khas mereka

Firman Allah, Surah ali-Imran ayat 105,
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah bercerai-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah) dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.

Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk darinya”.

Islam melarang tegas sebarang bentuk penyerupaan atau peniruan cara hidup orang-orang kafir kerana Islam telah menyediakan cara hidupnya sendiri berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Jalan cara hidup Islam adalah jalan kebenaran dan kesesatan. Penyerupaan terhadap orang kafir bererti umat Islam secara tidak langsung bersetuju dengan unsur-unsur yang ada dalam amalan orang kafir. Amalan yang dilakukan oleh orang-orang kafir terutamanya dalam aspek keagamaan semua berasaskan kepada kesesatan (dholalah) dan kerosakan (fasad).
Firman Allah , Surah al-Baqarah ayat 257)

Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.

Larangan tasyabbuh bukan saja dalam aspek keagamaan (aqidah), tetapi Islam juga melarang tasyabbuh dalam aspek akhlak atau tingkahlaku seperti larangan mencukur janggut, menggunakan bekas makanan atau minuman dari emas, memakai pakaian yang merupakan syi’arnya orang-orang kafir, bertabarruj (perempuan menampakkan perhiasan tubuh pada lelaki yang bukan mahram), ikhtilath (bergaul campur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram), laki-laki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai laki-laki, dan segala bentuk tradisi kafir lainnya.

Tasyabbuh dalam perkara keagamaan akan membawa kepada kekufuran dan syirik manakala tasyabbuh dari segi akhlak dan tingkahlaku boleh membawa kepada maksiat dan kefasikan.

Persoalan yang berlaku di MSI ialah pelajar memakai baju sami yang dipakai itu merupakan baju yang khusus bagi golongan sami, juga ia merupakan baju yang digunakan dalam aktiviti keagamaan Buddha. Pemakaian memang satu bentuk penyerupaan yang khusus kepada agama tertentu. Walaupun pelajar itu memakai tanpa niat untuk menjadi samai, tetapi pemakaian tersebut secara zahirnya sudah melambangkan syiar agama tertentu. Penyerupaan bentuk ini adalah ditegah oleh Islam berdasarkan ayat dan hadis serta keterangan di atas.

Di bawah ini diserta satu petikan dari Fatwa Negeri Kedah dalam persoalan yang hampir sama dan boleh dijadikan panduan.

Petikah fatwa Negeri Kedah (Kertas 20/1986 Bilangan (22) dalam agama P.1/1/2/3 Jilid 11)

“Masalah Memakai Pakaian Seragam Kebangsaan Hindu Dan Meletak Tanda Hitam Di Dahi”

Pakaian seragam kebangsaan Hindu itu boleh jadi pakaian bagi seluruh orang-orang India samada yang beragama Islam dan beragama Hindu atau khusus bagi yang beragama Hindu sahaja sementara meletak tanda hitam didahi boleh jadi perkara yang berkaitan dengan adat orang-orang India beragama Hindu atau berkaitan dengan agama mereka. Di atas anggapan pakaian itu khusus bagi kaum India beragama Hindu dan meletak tanda hitam di dahi syiar bagi perayaan atau agama mereka, maka seseorang yang berbuat demikian bererti melakukan sesuatu yang dikatakan tasyabbuh (menyerupai) namun begitu hukum tasyabbuh hendaklah dilihat kepada faktor-faktor :

1) Jika seseorang itu melakukan dengan qasad (niat) tasyabbuh dengan orang-orang kafir di dalam syiar kekufuran mereka maka menjadi kafirlah ia, wal iya zu bilLah.

2) Jika dilakukan dengan qasad tasyabbuh dengan mereka di dalam syiar perayaan mereka tiada menjadi kafir tetapi berdosa.

3) dan Jika tiada mempunyai qasad yang sedemikian samasekali maka tiada kufur malah tiada haram. Penuntut yang menunjukkan fesyen pakaian itu tentulah tiada mempunyai qasad atau niat tasyabbuh dengan orang-orang India beragama Hindu samada untuk melahirkan syiar kekufuran atau perayaan selain dari tujuan untuk menunjukkan fesyen sahaja dengan sebab itu tiada boleh di hukum haram perbuatan itu, apatahlagi kufur (murtad).

Namun begitu, pihak-pihak bertanggungjawab dengan pendidikan hendaklah menjauhkan penuntut-penuntut Islam dari melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang seumpama itu kerana aktiviti-aktiviti yang sedemikian rupa akan sedikit sebanyak meninggalkan kesan yang tiada baik kepada aqidah pelajar di samping menimbulkan anggapan dan prasangka yang tiada baik yang menjadi fitnah.

Noor Fatin said...

to moto rxz~
sy skdar letakkn berita ni dlm blog jek..
sy amik dr blog org lain.
sy xterlibat lgsg dlm smua ni..
utk tatapan pembaca jek.

Dee said...

huhu.. marah nmpk moto rxz nie...
ehe... men pnjg lagi comment...

Noor Fatin said...

tu la pasal..aku just copy paste je berita ni dr org lain pnya blog

Dee said...

hehe....
takper2... die pon copy paste gak kot..
ehe... jgn marah ek moto rxz.. aku tak larat laa nk bace comment ko tuu....

tariq_ziad said...

rilek ar
die nk bg ilmu baru tuh
tq moto rxz
:)

Noor Fatin said...

ok.tq..=]

ARTIKEL RAKAN BLOGGER