assalamualaikum ;)
kehadapan semua pembaca blog ini. kehkeh terima kasih la kerana sudi meluangkan masa anda membaca entry2 kat blog ni walaupun tuan punya blog dah semakin malas nak update. i dont know why. jangan salahkan aku. salahkan kebizian aku.. salahkan masa. salahkan emosi. salahkan semua. kakakaka jangan salahkan aku k ;p
aku rasa selagi aku bergelar pelajar, masa untuk aku tumpu dalam dunia berblogging ni sangat terbatas. dengan masalah broadbandnya, korang tau kan? aku dah banyak kali cerita dah dalam entry2 yang lepas. dengan busy study, itu ini, belum masa stress lagi. haha!
oh, berita terkini kelas communication skills kembali lagi. sambungan yang dulu. makanya kelas isnin selasa hanya la sementara. sekarang ni kelas dah start ahad, isnin, selasa dan rabu. oh aku langsung tak boleh terima kenyataan itu >,<
permulaan oktober yang agak suram. dengan elaun tak masuknya ( dah 2bulan lebih tak masuk, semuanya ihsan pama skrg), dengan bilik mandinya tersumbat, habis la segala yang ada terkeluar menonjolkan diri, terpaksa tumpang mandi di rumah orang. dengan kelasnya start ahad. aahhhh macam-macam. dengan emosi nya dengan beliau belum abis. biasa biasa. kahkahkah
okay dalam entry ni kita tak mau stress2 okay. dah lama kan tak buat entry pasal makanan yang aku makan. kahkahkah! aku selalu je dengar komen kengkawan cakap fatin kalau tulis entry, mesti kena ada pic makanan! okay aku dengan makanan tak dapat dipisahkan. tengok badan ar. wakakaka!
dah dah! ;p
29 september kalau tak salah aku, abah bawak aku dan mama pergi ke kuala kemaman. haha! dah lama sangat tak datang sini. padahal tak de la jauh mana pun dari rumah aku ni ;p
abah ajak kitorang makan mee ikan! selalunya makan mee udang kan, tu pun mama yang buat! semestinya la sedap! aum aum XD
pertama kali dalam hidup makan mee ikan. mee ada ikan. haa korang pernah makan? ke aku sorang je yang jakun tak pernah jumpa? ah pedulikan! ;p
kalau makan area kemaman ni, ni la menu utama bagi kitorang. aum. kepok. semestinya sedap. aum aum.
sotong celup tepung. boleh tahan la! ni seekor je sotongnya. kekeekke
mee ikan! mee dengan ikan. ikan tu ikan kembung ye. haha sangat sedap, mungkin sebab isinya manis dan mee tu pun sedap, memang maveless. haha!
sebelum.
selepas.
haa sesapa nak rasa mee ikan ni, boleh la cari kat kuala kemaman, berhadapan pantai ye. nak habaq tang mana tu aku tak berapa nak tau sangat la. tengok2 dah sampai depan kedai XD tapi depan pantai laaaaa. HAHA!
lepas makan mee ikan, santai sebentar. lepas tu balik! ekekeke
aku haritu try la buat donat. haha! nak belajar. tengok iceq buat macam sedap, so nak la try guna air tangan sendiri haa. tapi tak jadi. cis! mungkin sebab salah step kot, ke salah sukatan bahan entah, dan macam-macam la salah kemungkinan. haiyaa. kalau tak, aku dah buat dah tutorial macam mana nak buat donat! kahkahkah!
tak apa usaha tangga kejayaan ye dak? jangan putus asa je. wink wink.
so aku rasa sampai di sini sajalah kita ketemu ye. next entry maybe aku akan ceritakan pasal forum perdana pada hari khamis lepas yang dibuat di padang astaka kemaman. yeah kalau rajin aku cerita okay!
salam sayang dari bahulu gebu yang telah bertukar menjadi cik puan muda fatin di twitter gara-gara dipanggil bahulu hangit! yeah!
bye! XD
9 comments:
Mee ikan tu nmpak sedap gile.. haha... mkan keropok biase jgk kat k. kemaman tuh.. tp mee ikan xpenah ag.. kena cuba nih ! :)
wah mee ikan ? menu baru ni, belum pernah rasa lagi cam sedap jerk.
sedapnye keropok lekor.....;-P
mee ikan....xpernah rasa lagi....jmpa pown xpernah....
kopok kuala gak yang sedap...
mee ikan? memang nampak menyelerakan tapi makan mee dangan ikan sedap ke? macam tak bape masuk je rase nye.. hmm
terliur tengok mee ikan ni..berapa harga sepinggan?
Terliur tengok mee ikan ni...berapa sepinggan??
IZINKN SHARE PIC MEE IKN DI BLOG SYE..TERIMAKASIH :>
Post a Comment