assalamualaikum ;)
rasa nak update blog. hehe.
hai kengkawan. sihat? ;) aku kat rumah ni. ahahha sekarang kan kelas cuma 2 hari je seminggu. isnin dan selasa. mak oii. lagi 5 hari tak da kelas. boleh mati kutu woo lepak dalam bilik je. haha aku tiap2 minggu balik rumah sekarang! tak sanggup aku lelama kat tati tu =P
subjek semua dah abis belajar. yang tinggal pro e je. sekarang tengah siapkan speaker. lepas ni mungkin mouse dan motor pulak. hehehe
minggu ni dayah (rumate), langsung tak da. sebab dia balik kampung. mengejut. okay aku pun terkejut tetiba dia call dah sampai kampung. seminggu tanpa beliau. sigh.
aku pernah je tido kat bilik sorang2. walaupun tak lelap nak tido, fikir macam2, tapi berjaya jugak la aku lalui malam2 tersebut dengan penuh tenang.
tapi sebabkan sekarang tengah emo tak abis lagi.. (thank you awak), aku rasa sedih bila tido sorang. hurm.
satu penyakit baru. tetiba menyerang.
'bila sebelum tido dan selepas bangun dari tido, tiada kawan di sisi, rasa sedih, rasa nak nangis. ' :(
tak pernah rasa begini.
malam pertama tanpa dayah, aku langsung tak boleh nak tido. pukul 4 lebih masih memandang jam. last last terlelap entah bila aku pun tak sedar. mungkin terlalu mengantuk kot.
bangun pagi, tengok dayah tak de kat sisi, rasa sedih. sedih gila..
malam kedua, hampir tido sorang lagi.. tetiba farhana mesej ajak tido bilik dia, sambil layan cite SAM! aku pun pergi la. hehe
tido dengan farhana dan najwa. bangun pagi tak rasa sedih, rasa tenang je sebab bila celik mata ada farhana di sisi.
malam ketiga pun tido bilik diorang. bangun pagi tak rasa sedih.
tapi kalau kat rumah tak apa pulak, adesss.. hahaha.. memang dah kena tido sorang. takkan nak tido dengan mama abah kot kan! hekhek
ini penyakit baru yang tak pernah aku alami sepanjang aku di mana2 hostel. aish. bahaya.
aku pernah terjaga tengah2 malam lepas tu tercari2 teddy bear aku. meragau ragau aku cari merata katil tapi hampa. aku diam, mula rasa sedih..masa nak terlelap baru teringat teddy bear tu kan ada kat hostel. apa nak jadi. apa pun tak boleh.
ada nasihat untuk aku tak? terima kasih
5 comments:
kalau tinggal sorang2 dalam bilik tu biasanye aku marathon muvi n series.. haha
owh... ini sangat bahaya...
memang serius penyakit tu.. the only way untuk cure.. kne kawin cepat.. pasti ko tak sunyi dah =P
hehe..penyakit bahaya nie...hehe
penawar jgn layan sgt hati tu..makin layan, makin menjadi.. =)
Post a Comment