Sunday, April 11, 2010

SEMERAH CINTA STILLETO



SINOPSIS FILEM SEMERAH CINTA STILLETO
Semerah Cinta Stilleto mengisahkan kehidupan bahagia Siti Laila atau Stila (Lisa Surihani). Stila dilahirkan dan dibesarkan dalam kemewahan dan segala yang dihajati akan ditunaikan oleh kedua-dua ibu bapanya. Dia juga seorang remaja perempuan yang cantik, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka di ibu kota.
Leto (Farid Kamil) pula seorang pemuda yang hidup dalam keadaan serba sederhana. Bekerja sebagai penjual ikan di pasar borong dan tinggal di flat murah berhadapan kawasan banglo mewah keluarga Stila.
Pertemuan Stila dan Leto bermula apabila ibu Stila iaitu Datin Fairuz ke pasar membeli ikan untuk dimasak bagi menyambut kedatangan teman lelaki Stila iaitu Raymond ke rumah. Kejadian tidak disangka berlaku. Pergaduhan besar tercetus antara penjual ikan di pasar sehingga memaksa Datin Fairuz membatalkan niat untuk membeli ikan.
Di situlah, Leto terpandang dan tertawan dengan keayuan Stila. Dalam kejadian itu juga, Leto dibuang kerja. Pada malam pertemuan Stila dan Raymond, Stila telah cuba digoda dan dinodai Raymond. Stila lari dan berjalan seorang diri sehingga bertemu Leto dan kawannya Yani (Cat Farish).
Yani sebelum ini setiap hari mengganggu Stila untuk membalas dendam, tetapi mangsanya adalah Leto. Stila menendang punggung Leto sehingga berdarah dengan menggunakan stilletonya. Yani yang terkenal dengan sikap nakalnya telah membawa Leto mencuri kasut untuk dijual.
Kebetulan semula, rumah yang dicuri itu adalah rumah banglo keluarga Stila. Kehilangan stiletto telah mengundang rasa sedih Datin Fairuz dan membuatkan Stila berasa bersalah dan berusaha untuk mendapatkan sepasang lagi stiletto.
Pertemuan semula dengan Leto telah membantu Stila untuk mendapatkan semula kasutnya. Dalam tempoh pencarian stilletto itu, Stila terserempak ibunya bermesra bersama dengan lelaki lain tanpa rasa malu. Melihat sikap acuh tak acuh bapanya, Datuk Azahar akan tinggah laku isterinya, Stila mengikut Leto pulang.
Stila tidak tinggal di rumah kerana berasa kecewa dan sedih. Di rumah Leto, Stila telah bertemu dengan erti kesempurnaan hidup. Namun, hubungan Stila dan Leto mendapat tentangan dari keluarga Stila dan keraguan kedua ibu bapa Leto.
Dapatkah Stila mendapatkan stilettonya semula? Apakah reaksi Stila terhadap segala tindakan keluarganya? Dan bagaimanakah kesudahan perhubungan antara Stila dan Leto? Segalanya terjawab dalam filem “Semerah Cinta Stiletto” terbitan ke-37 MIG production arahan Ahmad Idham.



ok. sekarang dah pukul 1.20 a.m. aku tak tido2 ag. hehe ntah la~ badan letih tapi xnak tido ag. sok nak pegi umah..err..errr.. haha nanti la aku cite k. haha tgk2 xjadi macam ari tuuu.. haha~ tadi kitoran g kulim landmark central, kulim. mula2 makan nasi kandar. pastu g tgk wayang. tgk la cite yang baru kuar ni~ kat atas tu sinopsis cite tu. semerah cinta stilleto.
aku bagi 5 bintang la filem ni. sebab apa, sebab filem ni ada mesej tersendiri. iaitu, walau pun orang tu susah, tak sempurna, tapi mereka bahagia. berbanding dengan orang yang senang, punya segalanya tapi banyak masalah, tidak bersatu, tidak bahagia.~ huhu sebab tu la tagline dia, *kerana ketidaksempurnaan itu, kebahagiaan baginyaa*
lawak ayat cat farish dalam tu. asyik sebut perkataaan *lekk luuuuuuuuu* jee.. haha adessss.. 
bagi aku, kesenangan hidup tak menjamin kebahagiaan. yela, walau kita ada duit banyak mana sekali pun, tapi kalau hidup kita xbahagia, tak tenang, asyik moody je, tak best la kan~ tapi tak semua la orang yang senang tu tak bahagiaa. ada yang merendah diri. yang baik. segelintir je yang tak ok. heheh..
ok la.tu je nak cite. pada sesapa yang belum tgk lagi cite ni, tgk la~ lisa surihani sangat cantik. farid kamil ensem~ hahaa tapi aku suka lakonan cat farishh.lalalala~~

gudniteeeee...

6 comments:

►içéq◄ said...

aku nk tgk cite nie!!!!!

~ miErA ~ said...

aku nk tgk jgk....
waaaaa....
exam dlu...
hahahahaha...

ILA HonEyBuNNy said...

best eh cita neh? ila xtgk lg pun...hehhe

ada aku kesah said...

xajk pon

jue said...

hmm..mybe ak tgk next week...wee

insta: lea_na_nur_ said...

beb..best ke cite nih??ak nk tgk la..hihhihi

ARTIKEL RAKAN BLOGGER