Saturday, April 24, 2010
good luck!
salam..
kehadapan blog yang disayangi, setelah sekian lama aku tak melawati diri kamu ini, arini aku ingin meluahkan sesuatu kepada kamu, tak lama lagi aku akan mengambil peperiksaan akhir utk semester 6 di unikl msi kulim kedah, second last sem. dimana sem depan adalah sem yang terakhir bagi aku..iaitu sem 7. waaa, sudah nak dekat 3tahun setengah aku kat sini. hehe tapi nak buat macam na, tak de rezeki utk aku grad pada tahun ini. sedih memang sedih, tapi tak pe la, redha je la. mungkin skrg bukan rezeki aku lagi..
blog, banyak sangat dah kenangan manis dan pahit yang aku tempuhi kat msi ni, dari sem1 sampai sem6. banyak sgt2.tapi yang paling teruk dengan budak kelas aku sendiri. salah sorg darinya. dulu aku baik je ngan dia, walau aku macam dah dapat detect perangai dia yang suka burukkan2 orang, talam dua muka, tapi aku diamkan je. skrg dia fitnah kitorg satu kelas santau dia, sedih kan blog? aku pun tak tau la apa masalah dia. kitorang xde pun halau dia dari bilik. aku tau dia selalu baca blog aku~ kalau dia baca entry ni, aku harap dia hentikan fitnah2 itu semua. sebab ia akan memburukkan lagi keadaan bila aku mungkin amik keputusan utk membuat laporan polis. sebab ni kes fitnah dan memalukan. sedih sgt blog. selama aku hidup. 1st aku dapat kawan macam ni. aku tak nampak pun muka dia macam orang kena santau, ntah la blog. dunia duniaaa~~ satu hari dia akan dapat balasannya..
sem ni jugak last aku jumpa budak2 kelas aku.. mdd6a. aku sayang sgt2 kenangan bersama diorang terutama pada sem ni. sem ni kitorg semua budak perempuan sangat rapat. bilik pun sebelah2. tapi blog, hanya utk sem ni je, dah akan berkahir dalam masa 2minggu lagi. sedih sangat2. :(( dengan budak2 laki aku tak rapat. bila la agaknya akan jumpa diorang lagi bila masing2 dah membawa diri nti?
dan ada jugak yang sedih. sebab sem ni aku langsung tak penah jumpa mak dan abah aku. wuu~~ sejak diorang antar aku masa pendaftaran, sampai skrg aku tak penah jumpa diorang. sedih kan. hehe aku selalu call mama dan abah. selalu sangat2. walau jauh di mata tapi dekat di hati. tak sabar2 rasanya nak balik jumpa diorang. hehe~ aku berjaya akhirnya hidup berdikari tanpa bantuan abah dan mama lagi. kecuali kewangan la. hehe
sem ni aku akan amik 6 paper utk final. agak berat,. dan aku rasa 2subjek mungkin akan kantoi. wuu~ carry mark pun teruk, aku dah usaha tapi setakat tu je yang termampu. andainya ada subjek yang kantoi, aku akan berada di msi lagi satu sem. menjadikan diploma aku 4 tahun. hik hik. tapi tak pe la. mama selalu cakap, biar sekarang kita susah, nanti kita akan senang jugak. dengan usaha sendiri.
blog, boleh tolong aku x? aku langsung tak leh tggalkan laptop dan internet aku.. wuu.. final exam aku dah dekat. aku makin menjadi2 melekatkan diri kat depan laptop. hehe risau2, alahai~ ubatilah aku ini.huuu..
ok la setakat ni saja yang aku nak luahkan pada kamu. aku ngah study sebenarnya, lagi 4 hari aku akan melangkah ke dewan exam. huhu
kawan2 semua, doakan aku!! dan utk semua kawan2 aku, yang mengenali diri ini, budak2 kelas MDD6A, budak2 grup 1989 dan para blogger dan semua2 la, gudluck!! lakukan yang terbaik pada exam kali ini! ingat, usaha tangga kejayaan! usaha sendiri jangan melakukan taktik kotor utk lulus dalam exam~
terima kasih dan i love u all~ :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
gudluck paten~~
gudluck syg~
thanx syira dan b..:)
chaiyok2 fatin.. i know u can do it...
mira pon ngah final ni.. tp ari2 dok update n fbing je mmanjang...
bler la dri ni nk brtaubat!
ak da lwt.hehe
gudluck!!!
Post a Comment