Monday, September 24, 2012

KULIM CUPCAKE BY YAYA ;)

Assalamualaikum ;)

aku baru sedar yang bulan ni aku cuma update 3entry je setakat ni. ni dah 23hb dah. huahua peh pecah rekod. asyik bersawang je blog aku ni. apa cer entah =__=

haritu aku ada janji kat kawan aku sorang ni.. nak promote blog dia.. tangguh punya tangguh, haha sampai ke harini baru nak buat. dah lama ada dalam draft gambar2 nya cuma belum publish. ekeke

zahidah mydin. seorang pengusaha kek yang semakin dikenali di area kulim dan penang. semakin hari tak menang tangan menyiapkan tempahan! ;) walaupun kerjaya sebagai pengusaha kek ini hanya la separuh masa, ia tidak pernah menghalang beliau untuk menghasilkan yang terbaik untuk para pelanggan ;)

perniagaan yang diberi nama kulim cupcake jugak telah didaftarkan di ssm ;)

k k k. tanpa membuang masa, mari mari lihat gambar yang menarik dan menyelerakan ini! ;)

semua ni hasil tangan zahidah yang lebih dikenali sebagi yaya. berumur 23 tahun ;)

antara design cupcake yang pernah dihasilkan. pelbagai perisa serta mengikut kuantiti yang diinginkan pelanggan!

birthday, pertunangan, anniversary, perkahwinan, semua boleh ;))






dan bermacam lagi design yang anda boleh lihat di fanpage dan blog beliau ;)

antara design kek yang pernah dihasilkan ;) 

birthday, pertunangan, perkahwinan, anniversary pun bolehh ;))


























pavlova ;)



cake in jar



selain tu, yaya juga ambil tempahan muffin, kuih talam. aum best kan? hehe

kepada pelanggan2 area kulim dan penang yang masih tercari2 kek atau cupcake yang best, aku suggestkan ini la tempatnya! serius berbaloi!

btw aku pernah je order cupcake untuk 'kitorang' satu masa dulu dan pavlova dan ia memuaskan hati! tu yang aku nak promote tu! hehehe

nak tau lebih lanjut dan lihat design cupcake/cake yang lain atau berhubung dengan yaya,

like fanpage KULIM CUPCAKE

follow blog KULIM CUPCAKE untuk ikuti pengembangan ;)

Thursday, September 20, 2012

SATU PENYAKIT BARU.

assalamualaikum ;)

rasa nak update blog. hehe.

hai kengkawan. sihat? ;) aku kat rumah ni. ahahha sekarang kan kelas cuma 2 hari je seminggu. isnin dan selasa. mak oii. lagi 5 hari tak da kelas. boleh mati kutu woo lepak dalam bilik je. haha aku tiap2 minggu balik rumah sekarang! tak sanggup aku lelama kat tati tu =P

subjek semua dah abis belajar. yang tinggal pro e je. sekarang tengah siapkan speaker. lepas ni mungkin mouse dan motor pulak. hehehe 

minggu ni dayah (rumate), langsung tak da. sebab dia balik kampung. mengejut. okay aku pun terkejut tetiba dia call dah sampai kampung. seminggu tanpa beliau. sigh.

aku pernah je tido kat bilik sorang2. walaupun tak lelap nak tido, fikir macam2, tapi berjaya jugak la aku lalui malam2 tersebut dengan penuh tenang.

tapi sebabkan sekarang tengah emo tak abis lagi.. (thank you awak), aku rasa sedih bila tido sorang. hurm.

satu penyakit baru. tetiba menyerang.

'bila sebelum tido dan selepas bangun dari tido, tiada kawan di sisi, rasa sedih, rasa nak nangis. ' :(

tak pernah rasa begini.

malam pertama tanpa dayah, aku langsung tak boleh nak tido. pukul 4 lebih masih memandang jam. last last terlelap entah bila aku pun tak sedar. mungkin terlalu mengantuk kot.

bangun pagi, tengok dayah tak de kat sisi, rasa sedih. sedih gila..

malam kedua, hampir tido sorang lagi.. tetiba farhana mesej ajak tido bilik dia, sambil layan cite SAM! aku pun pergi la. hehe

tido dengan farhana dan najwa. bangun pagi tak rasa sedih, rasa tenang je sebab bila celik mata ada farhana di sisi. 

malam ketiga pun tido bilik diorang. bangun pagi tak rasa sedih.

tapi kalau kat rumah tak apa pulak, adesss.. hahaha.. memang dah kena tido sorang. takkan nak tido dengan mama abah kot kan! hekhek

ini penyakit baru yang tak pernah aku alami sepanjang aku di mana2 hostel. aish. bahaya. 



aku pernah terjaga tengah2 malam lepas tu tercari2 teddy bear aku. meragau ragau aku cari merata katil tapi hampa. aku diam, mula rasa sedih..masa nak terlelap baru teringat teddy bear tu kan ada kat hostel. apa nak jadi. apa pun tak boleh.


ada nasihat untuk aku tak? terima kasih

Monday, September 17, 2012

BUAT BUAT BUSY

assalamualaikum!! ;)

wo wo wo dah berapa hari aku tak update blog. aum. kekadang usha jugak.singgah blog orang dah lama sangat aku tak buat. entah bila la nak start kan.

banyak sangat kejadian yang berlaku sejak akhir akhir ini.. banyak sangat. itu membuatkan aku rasa betol betol malas nak update blog. argh.

ujian Allah. lagi dan lagi. kekuatan hati sedang diuji.

11/9, perkara yang sama berlaku selepas 19/1 meninggalkan kita semua. paham kan? terima kasih. semoga Allah merahmati awak sekeluarga.

okay okay.

kali ni nak bercerita pasal suasana dalam kelas. almaklumlah kami baru je dapat jaket dari TATI. free lagi youu. kahkahkah kaler biru lagi. dah serupa jaket MSI sudahh..

kisahnya aku try jaket sebelum bulan puasa, boleh pakai. lepas raya dapat jaket, tak boleh nak boh butang semua.

nampak tak permainan kat situ? 

macam biasa, gambar akan menceritakan segalanya. kahkahkah


ececeh ni muka time senyum je time buat kerja. time stress aku tak payah tunjuk kot no. takot hangpa semua lari terus. percayalah. lebih dasyat dari segalanya2. wakaka.



ni la kelas kitorang. design center orang panggil. ni la tempat kami 7 orang berkongsi suka duka, perasaan, tangisan, jeritan, dan segala-galanya..

sinilah segala-galanya..

kelihatan : aku, dayah. sarah dan yang belakang farhana.



yana dan fizi. sarah dok dengan yana. ekekeke fizi je sorang2. 


ni ha yang rajin sangat amek gambar satu kelas ni. najwa choki choki. hahaha

kosong ow kosong oww. HAHA

hey untuk dia hey! XD


diberi pilihan autocad atau pro e, sudah pastinya aku memilih pro e sebab bagi aku autocad complicated nya la hai. 

aku selalu stress sebab autocad. tak tau kenapa. waaa


lukis scoop. bahaha ala yang sudu dalam susu tepung bayi tu. ekekke


aku panggil cawan telinga capang sebab tangkai tu besar sangat. agak2 kan. hahahahaha..





terlampau stress sebab tak boleh revolve, last2 aku tulis mcm ni.. hahahaha


oh ya. tajuk buat buat busy tu aku tak tau nak kaitan dengan ayat aku yang mana satu. anggap je la aku buat buat busy update blog padahal tengah emo ni. wahah!

sekian saja cerita aku pada entry kali ni. hahaha aku tak berapa nak okay lagi. dugaan. doakan aku okay! wink!

ARTIKEL RAKAN BLOGGER