Monday, September 24, 2012

KULIM CUPCAKE BY YAYA ;)

Assalamualaikum ;)

aku baru sedar yang bulan ni aku cuma update 3entry je setakat ni. ni dah 23hb dah. huahua peh pecah rekod. asyik bersawang je blog aku ni. apa cer entah =__=

haritu aku ada janji kat kawan aku sorang ni.. nak promote blog dia.. tangguh punya tangguh, haha sampai ke harini baru nak buat. dah lama ada dalam draft gambar2 nya cuma belum publish. ekeke

zahidah mydin. seorang pengusaha kek yang semakin dikenali di area kulim dan penang. semakin hari tak menang tangan menyiapkan tempahan! ;) walaupun kerjaya sebagai pengusaha kek ini hanya la separuh masa, ia tidak pernah menghalang beliau untuk menghasilkan yang terbaik untuk para pelanggan ;)

perniagaan yang diberi nama kulim cupcake jugak telah didaftarkan di ssm ;)

k k k. tanpa membuang masa, mari mari lihat gambar yang menarik dan menyelerakan ini! ;)

semua ni hasil tangan zahidah yang lebih dikenali sebagi yaya. berumur 23 tahun ;)

antara design cupcake yang pernah dihasilkan. pelbagai perisa serta mengikut kuantiti yang diinginkan pelanggan!

birthday, pertunangan, anniversary, perkahwinan, semua boleh ;))






dan bermacam lagi design yang anda boleh lihat di fanpage dan blog beliau ;)

antara design kek yang pernah dihasilkan ;) 

birthday, pertunangan, perkahwinan, anniversary pun bolehh ;))


























pavlova ;)



cake in jar



selain tu, yaya juga ambil tempahan muffin, kuih talam. aum best kan? hehe

kepada pelanggan2 area kulim dan penang yang masih tercari2 kek atau cupcake yang best, aku suggestkan ini la tempatnya! serius berbaloi!

btw aku pernah je order cupcake untuk 'kitorang' satu masa dulu dan pavlova dan ia memuaskan hati! tu yang aku nak promote tu! hehehe

nak tau lebih lanjut dan lihat design cupcake/cake yang lain atau berhubung dengan yaya,

like fanpage KULIM CUPCAKE

follow blog KULIM CUPCAKE untuk ikuti pengembangan ;)

Thursday, September 20, 2012

SATU PENYAKIT BARU.

assalamualaikum ;)

rasa nak update blog. hehe.

hai kengkawan. sihat? ;) aku kat rumah ni. ahahha sekarang kan kelas cuma 2 hari je seminggu. isnin dan selasa. mak oii. lagi 5 hari tak da kelas. boleh mati kutu woo lepak dalam bilik je. haha aku tiap2 minggu balik rumah sekarang! tak sanggup aku lelama kat tati tu =P

subjek semua dah abis belajar. yang tinggal pro e je. sekarang tengah siapkan speaker. lepas ni mungkin mouse dan motor pulak. hehehe 

minggu ni dayah (rumate), langsung tak da. sebab dia balik kampung. mengejut. okay aku pun terkejut tetiba dia call dah sampai kampung. seminggu tanpa beliau. sigh.

aku pernah je tido kat bilik sorang2. walaupun tak lelap nak tido, fikir macam2, tapi berjaya jugak la aku lalui malam2 tersebut dengan penuh tenang.

tapi sebabkan sekarang tengah emo tak abis lagi.. (thank you awak), aku rasa sedih bila tido sorang. hurm.

satu penyakit baru. tetiba menyerang.

'bila sebelum tido dan selepas bangun dari tido, tiada kawan di sisi, rasa sedih, rasa nak nangis. ' :(

tak pernah rasa begini.

malam pertama tanpa dayah, aku langsung tak boleh nak tido. pukul 4 lebih masih memandang jam. last last terlelap entah bila aku pun tak sedar. mungkin terlalu mengantuk kot.

bangun pagi, tengok dayah tak de kat sisi, rasa sedih. sedih gila..

malam kedua, hampir tido sorang lagi.. tetiba farhana mesej ajak tido bilik dia, sambil layan cite SAM! aku pun pergi la. hehe

tido dengan farhana dan najwa. bangun pagi tak rasa sedih, rasa tenang je sebab bila celik mata ada farhana di sisi. 

malam ketiga pun tido bilik diorang. bangun pagi tak rasa sedih.

tapi kalau kat rumah tak apa pulak, adesss.. hahaha.. memang dah kena tido sorang. takkan nak tido dengan mama abah kot kan! hekhek

ini penyakit baru yang tak pernah aku alami sepanjang aku di mana2 hostel. aish. bahaya. 



aku pernah terjaga tengah2 malam lepas tu tercari2 teddy bear aku. meragau ragau aku cari merata katil tapi hampa. aku diam, mula rasa sedih..masa nak terlelap baru teringat teddy bear tu kan ada kat hostel. apa nak jadi. apa pun tak boleh.


ada nasihat untuk aku tak? terima kasih

Monday, September 17, 2012

BUAT BUAT BUSY

assalamualaikum!! ;)

wo wo wo dah berapa hari aku tak update blog. aum. kekadang usha jugak.singgah blog orang dah lama sangat aku tak buat. entah bila la nak start kan.

banyak sangat kejadian yang berlaku sejak akhir akhir ini.. banyak sangat. itu membuatkan aku rasa betol betol malas nak update blog. argh.

ujian Allah. lagi dan lagi. kekuatan hati sedang diuji.

11/9, perkara yang sama berlaku selepas 19/1 meninggalkan kita semua. paham kan? terima kasih. semoga Allah merahmati awak sekeluarga.

okay okay.

kali ni nak bercerita pasal suasana dalam kelas. almaklumlah kami baru je dapat jaket dari TATI. free lagi youu. kahkahkah kaler biru lagi. dah serupa jaket MSI sudahh..

kisahnya aku try jaket sebelum bulan puasa, boleh pakai. lepas raya dapat jaket, tak boleh nak boh butang semua.

nampak tak permainan kat situ? 

macam biasa, gambar akan menceritakan segalanya. kahkahkah


ececeh ni muka time senyum je time buat kerja. time stress aku tak payah tunjuk kot no. takot hangpa semua lari terus. percayalah. lebih dasyat dari segalanya2. wakaka.



ni la kelas kitorang. design center orang panggil. ni la tempat kami 7 orang berkongsi suka duka, perasaan, tangisan, jeritan, dan segala-galanya..

sinilah segala-galanya..

kelihatan : aku, dayah. sarah dan yang belakang farhana.



yana dan fizi. sarah dok dengan yana. ekekeke fizi je sorang2. 


ni ha yang rajin sangat amek gambar satu kelas ni. najwa choki choki. hahaha

kosong ow kosong oww. HAHA

hey untuk dia hey! XD


diberi pilihan autocad atau pro e, sudah pastinya aku memilih pro e sebab bagi aku autocad complicated nya la hai. 

aku selalu stress sebab autocad. tak tau kenapa. waaa


lukis scoop. bahaha ala yang sudu dalam susu tepung bayi tu. ekekke


aku panggil cawan telinga capang sebab tangkai tu besar sangat. agak2 kan. hahahahaha..





terlampau stress sebab tak boleh revolve, last2 aku tulis mcm ni.. hahahaha


oh ya. tajuk buat buat busy tu aku tak tau nak kaitan dengan ayat aku yang mana satu. anggap je la aku buat buat busy update blog padahal tengah emo ni. wahah!

sekian saja cerita aku pada entry kali ni. hahaha aku tak berapa nak okay lagi. dugaan. doakan aku okay! wink!

Wednesday, September 5, 2012

KEMBALI TERANG.

assalamualaikum ;)

ehem ehem kembali lagi. walaupun jarang sangat dah update entry, tapi tetap akan update jugak. muahaha. siapalah aku tanpa blog kan :P

ok. entry kali ni haaaaa memperkenalkan cermin mata aku yang baru. baru buat dan baru pakai. tu dia tu dia. siap ada entry lagi tuuu..

kahkah.

spek dulu tak de entry so aku nak perkenalkanlah serba sedikit kisah spek yang pernah aku ada.

aku start pakai spek form3 kot. masa tu buat. pakai time exam je. haha pandang kiri kanan, orang sibuk pandang kertas baru la kita pakai spek. malu lagi. kah2

lepas tu tak suka tak suka spek tu sebab bentuk dia macam mata belalang. kalau amek gambar pun, tak nampak mata. nampak cahaya je. caiss! i dont like. so pakai kejap kejap je.

akhirnya masa tahun 2007, masa tu baru nak masuk sem1 diploma, start pakai spek balik (buat baru) . pakai terus. tak buka buka dah. time tu kaler purple. kah3 i likeee!!


sem 1 , sem 2, sem 3 aku pakai spek ni. gambar ni masa sem 3. kot.


3 sem pakai, dah tak berapa nak nampak. so tukar lagi. buat lagi baru. yang kaler purple tu aku buat kat KL. lepas tu aku buat kat kulim pulak. masa tu sem 4. kaler biru pulak. ekkekkeke


awal tahun 2009 sampai la ogos 2012. gambar ni tahun 2009 kot. masa raya

spek ni la yang paling aku sayang, paling aku suka sebab yela, lama kan dengan aku. macam2 kisah pahit manis bersama. kalau la spek ni boleh record apa yang terjadi dalam hidup aku, auwww terlalu banyak kenangan! isk!

aku tukar sebab dah tak berapa nak nampak. kalau jalan-jalan okay lagi, time nak study, slide kat depan dah tak nampak sangat. so sebabkan dapat elaun kan, kumpul sikit-sikit dapat la spek baru.

tadaaaa!



kali ni aku amik pink! auw auw.

power aku naik tinggiiiiiii, dan aku pulak ada masalah silauuu tinggiii. aiyoyo. so masa mula2 pakai spek ni, memang aku nampak dunia ni jadi double. adess aku pergi balik kat kedai tu, mintak nak turunkan power sebab langsung tak boleh jalan, tapi dia suruh test dua minggu dulu, katanya mata aku ni terkejut sebab power naik banyak mendadak. T_T

ok sekarang dah okay. cuma err errr..


with my rumate. haa nampak tak pinkk tu? nampak takkkkkk?? :P

kanta spek kali ni besar sikit dari yang dulu. bila pakai baru perasan! aish! haha aku tak suka spek bingkai penuh. mesti nak yang separuh. hua3 okay mana tau lain kali nak pakai yang penuh pulak kan, sapa tahu? :P

ok dah target dah, lepas pink, nak kaler kuning pulak, lepas tu hijau.. lepas tu err err~

kadang-kadang aku ni tak de la nak obses kaler pink pun tapi kan kebanyakan barang2 aku mesti kaler pink! bila kumpul2 baru perasan. haiyaaa!

beg, kotak pensel, buku tulis, fail, handphone. itu kalau aku pakai baju kurung kaler pink, dengan tudung pink dengan sandalnya pink memang rare.

nasib dompet kaler merah. sigh.

kat bilik, cadar pink, selimut pink, tuala ada kaler pink, stokin pink. 

apsal entah?

sigh lagi.

buat pulak spek pink. aduh *tepuk dahi*

orang yang saya sayang tak suka pink. K. 


haa ni tempat duduk aku dalam kelas. eekkeke sempat amek gambar sebab nak tunjuk kat someone. so kaler pink semua? cis!

start minggu ni, kelas aku kan, 3 hari je seminggu. hanya belajar pro-e dan autocad. lain-lain subjek dah abis dah belajar. adoi. tunggu nak buat projek je la. ekekeke..

3 hari seminggu je! 4 hari lagi aku dok rumah. wah wah duit makan jimat, boleh tengok tv. dan macam-macam la benda yang boleh buat kat rumah tu! :P

so tu je la kot nak cerita untuk kali ni. so kembali terang sudah dunia ku. nak usha-usha ke hape dah terangkan dah. tu dia, niat salah dah. LOL

ok jangan jeles aku cuti 4 hari dalam seminggu. okay? bye.

ARTIKEL RAKAN BLOGGER