Assalamualaikum =)
harini merupakan hari terakhir dalam bulan februari. cepatnya masa berlalu. lagi seminggu aku nak habis praktikal!! wohoooooo. hangpa rasa macam mana? cepat sangat dak. aku rasa macam baru semalam sampai kat subang tau dak. wakakaka
tu dia pasai apa punyalah cepat masa berlalu. dan macam2 ye terjadi dalam hidup aku sepanjang februari ni. termasuklah sambungan entry yang lepas. pasal KLCC tu. aaaa sambungan dia kalau aku nak cerita kat sini, bersiri siri tau dak. mengalahkan sinetron punya kisah. so aku ambil keputusan tak nak cerita. mohon jangan kecewa. cuma aku boleh katakan, bahagia sekejap saja. wkwkwkw
its okay its okay. im strong bebeh.
pada 16 februari 2013, nenek aku iaitu mak kepada mama aku telah pun kembali ke rahmatullah pada jam 10.15 pagi. mama memang ada kat kampung dah, nak jaga tok (kami panggil nenek tu tok sebab kami orang kedah), satu malam ja mama sempat jaga tok, esoknya tok meninggal dunia. ketika itu, tok berusia 87 tahun.
pagi tu aku memang keluar dengan iceq. terus bergegas balik ke rumah, kemas barang, siap semua, nak balik ke kampung. abah datang dari kemaman, ambik aku kat tol gombak dan seterusnya kami pulang ke kampung, di butterworth. kami sampai sana pun dalam pukul 8 malam dan arwah telah pun selamat dikebumikan pada jam 5.30 petang. tak sempat nak tengok arwah buat kali terakhir. =(
rasanya last sekali aku jumpa dia, masa hari raya haji hari tu. tu la last ktorang balik kampung.
sedih sangat2. tak tau nak cakap macam mana. dah biasa dengan dia kan. terasa sangat kehilangannya kalau balik kampung =(
Wahai Allah..ampunilah Saerah bt Awang, naikkanlah darjatnya di antara orang orang yang mendapat hidayah,lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup,ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekalian alam,luaskanlah kuburnya dan berikanlah cahaya di dalam kuburnya.. amin..
Al-Fatihah.. semoga rohnya dicucuri rahmat..
=(
arwah tok
29 februari birthday abah. tapi bulan ni kan 28hb je. hewhew so... happy birthday abah!!
3 comments:
4 tahun sekali abah sambut birthday ye
Al-Fatihah....semoga tuan blog n keluarga bertabah lah yea...
alfatihah semoga roh nye dicucuri rahmat..
Post a Comment