Friday, January 25, 2013

TRIP TO SEREMBAN WITH FAMILY 1989

Assalamualaikum!! =)

akhirnya kita bertemu lagi! yeah! hewhew entry ni aku nak update sesiap sebab aku takot jadi basi karang macam tak best pulak. tak apa la sekurang2nya ada jugak kenangan nanti lagi 10 tahun anak amin boleh baca. eh XD

pada hari ahad yg lepas, 20 januari, kami bebudak 1989 beramai2 pergi ke seremban untuk menghadiri majlis perkahwinan salah sorang ahli grup 1989 jugak, iaitu amin mohamad!

aku kenal amin dari 2008 kot, ke 2009. sangat lama tapi tak pernah jumpa. haha dan akhirnya kitorang semua jumpa dengan dia time dia kahwin je. kakaka

pukul 8 pagi aku dah keluar dari rumah, sampai kl sentral, yul dah tunggu kat sana. pastu ada satu kejadian pulak berlaku di mana skirt yul tersangkut kat eskalator. kesian dia =( nasib kaki tak kena apa2 cuma skirt tu la terkoyak. huhu bertolak ke ktm kajang bersama yul dan akhirnya ketemu lynna di sana.

lynna, budak tembam (eh?) yang pertama kali aku jumpa pada tahun 2010, setelah 3 tahun kitorang dipertemukan sekali lagi. hahaha pink lagi gittew. abil dan azin dan fadh datang amek kitorang kat ktm kajang. dan seterusnya pergi amek nina pulak. nina adalah kawan yang pertama kali aku jumpa padahal dah kenal lama. wkwkwkww

aku, lynna, abil dan azin naik satu kereta. fadh, yul dan nina naik satu kereta. manakala iceq, nana dan nabila pulak dah bertolak dan sampai dulu. nasib tak makan dulu je eh. ekekekk

boleh kata ni rombongan bebudak 1989 ni. hahaha..


dah sampai seremban!

*actually ni gambar masa dah balik. hewhew*


jatuh cinta dengan pelamin ni! sedap mata memandang. so sweeet. i like this! kakakka


dalam banyak2 benda, part udang berdiri tu yang sangat menarik perhatian aku.


amin dan maz, tengah potong kek! hehe

tahniah sahabatku! =)



wah wah siap bergambar kat atas pelamin lagi dengan pengantin. haa penuh pelamin. ekekeke

belakang : dari kiri, yul, nana, amin, maz, aku, nabila.
duduk : para, iceq, abil, nina, lynna, fadh.

para memang dah tunggu kat sana jugak! haha 1st time jugak jumpa dia.


selamat pengantin baru amin dan pasangan. semoga berbahagia hingga ke syurga =) terima kasih kerana menjadi sahabat aku dan segala jasamu hanya Allah saja yg mampu balas! =)

lepas dah kenyang semua, eh gambar makanan lupa amek sebab masa tu sangat lapar. hahaha dah abis nasi, makan cendol pulak. lynna la ni XD



menuju ke putrajaya lepas balik dari seremban!! hehe. plan nak photoshoot kat taman botani .. sekali hujan lebat daa. ribut.. tak jadi..



akhirnya kami singgah ke masjid putrajaya. untuk solat asar kat sana. 1st time aku singgah solat kat sini dan masjid ni sangat cantik. suasana dalam tu sangat tenang.. =)

lagi satu kejadian bila abil disengat tebuan masa kat masjid ni. =( dugaan lagi. sampai bengkak2 balik tu kena pergi klinik, injection. adei. tak sangka. benda nak jadi. sabar je la. huhu..


lepas tu singgah makan kat alamanda! jenjalan!

suka gambar ni! =)




aku makan chicken chop ja. haha nampak banyak, balik tu lapaq lagi woi. kakakaka


sampai rumah dalam pukul 12. eh. hahha keluar rumah pukul 8 pagi tu. sampai kul 12 tengah malam. kakakaa

penat. esoknya kan isnin, kerja. pengsan.

lepas ni kalau sesiapa bebudak 1989 kahwin lagi, best kalau ada trip macam ni. kehkeh nanti kalau aku kawin, aku nak satu bas datang na =P

oh ya, ada orang asyik komplen, status/tweet/entry aku kdg2 berunsur islamik dan sebut nama Allah padahal orgnya bukan baik sangat. hehe tak apa la, aku sebut nama Maha Pencipta =) aku memang bukan orang baik tapi skrg2nya aku tak tulis benda yg tak baik.

akhir kata saya berpegang pada kata-kata ini,

lebih rela aku dipandang hina oleh manusia dan dirahmati Allah daripada disanjung manusia namun hina disisiNya =)


bertemu kali di lain entry! bersama fatin kebaboom pulak. wkwkwkwk kbai!!


2 comments:

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

lepas ni mohon dak2 89 kawen ari sabtu je..sbb konfem akn blek lambat punye..haha

p/s:xpe fatin, selain dr tweet, make sure irl, diri ko turut berubah seiring dgn tweet ko ok.. :)

kay_are said...

ade pulak group 1989.. semoga kekal hingga ke akhir hayat ye untuk amin yang berkahwin tu.. =)

ARTIKEL RAKAN BLOGGER