Wednesday, January 30, 2013

CRAVINGS FOR KENNY ROGERS

Assalamualaikum!! =)

wohoooo sapa2 yang rapat dengan aku mesti tahu aku ni suka sangat makan kenny rogers! walaupun harganya agak mahal berbanding makanan yang lain tapi semestinya aku merasa kepuasan yang tak terhingga kalau dapat makan. lolololo ayat.

baru2 ni aku makan kenny rogers lagi. okay. aku pun tak tau kenapa aku suka sangat makan kenny rogers dan kalau la satu hari nanti kenny rogers adakan pertandingan mencipta ayat kenapa anda suka makan kenny rogers tak lebih 15 patah perkataan, aku mesti tak boleh buat sebab aku akan tulis lebih dari satu muka surat. kakakaka.

suka suka jugak. baru 4 kali aku makan kenny rogers ye kengkawan. dan setiap kali aku makan, gambarnya aku akan snap untuk tatapan anak cucu nanti, bahaha!

4 hidangan aku pernah makan. ala semua sama je. dishes je kot yang berubah. air sentiasa sama. ice lemon tea. aum!


LOKASI : JUSCO PERDA
TARIKH : 11/11/2011
PARTNER : MR F



LOKASI : QUEENSBAY, PENANG
TARIKH : 24/10/2012
PARTNER : MR S


LOKASI : BERJAYA TIMES SQUARE, KL
TARIKH : 23/12/2012
PARTNER : MISS SYAZWANI


LOKASI : THE PARADIGM MALL
TARIKH : 26/1/2013
PARTNER : MISS NANA USAGI KECHIK DAN MISS SADELINE VATERIA

macaroni and cheese tu sangat sedapp!! anda patut rasa!

yang 3 kali tu aku makan quarter meal di mana 1/4 ayam je. tapi yang latest ni, aku makan half meal di mana separuh ayam! hahaha lepas tu ditambah dengan black pepper. malam tu tak boleh tido sebab panas badan. ahahhaha

suka makan tap tu la, baru 4 kali. tak boleh makan selalu woi. kopak la. sekali makan rm55 kalau dua orang. tu ha aku makan sorang pun rm36. sebulan dua bulan sekali boleh la. kalau tiap2 minggu, tokey balak pun boleh bankrap. kakakaka

kalau aku merajuk, tak payah susah-susah, belanja makan kenny rogers pun dah cukup. i mean cukup kenyang. merajuk tetap merajuk. kbai

xoxo

Friday, January 25, 2013

TRIP TO SEREMBAN WITH FAMILY 1989

Assalamualaikum!! =)

akhirnya kita bertemu lagi! yeah! hewhew entry ni aku nak update sesiap sebab aku takot jadi basi karang macam tak best pulak. tak apa la sekurang2nya ada jugak kenangan nanti lagi 10 tahun anak amin boleh baca. eh XD

pada hari ahad yg lepas, 20 januari, kami bebudak 1989 beramai2 pergi ke seremban untuk menghadiri majlis perkahwinan salah sorang ahli grup 1989 jugak, iaitu amin mohamad!

aku kenal amin dari 2008 kot, ke 2009. sangat lama tapi tak pernah jumpa. haha dan akhirnya kitorang semua jumpa dengan dia time dia kahwin je. kakaka

pukul 8 pagi aku dah keluar dari rumah, sampai kl sentral, yul dah tunggu kat sana. pastu ada satu kejadian pulak berlaku di mana skirt yul tersangkut kat eskalator. kesian dia =( nasib kaki tak kena apa2 cuma skirt tu la terkoyak. huhu bertolak ke ktm kajang bersama yul dan akhirnya ketemu lynna di sana.

lynna, budak tembam (eh?) yang pertama kali aku jumpa pada tahun 2010, setelah 3 tahun kitorang dipertemukan sekali lagi. hahaha pink lagi gittew. abil dan azin dan fadh datang amek kitorang kat ktm kajang. dan seterusnya pergi amek nina pulak. nina adalah kawan yang pertama kali aku jumpa padahal dah kenal lama. wkwkwkww

aku, lynna, abil dan azin naik satu kereta. fadh, yul dan nina naik satu kereta. manakala iceq, nana dan nabila pulak dah bertolak dan sampai dulu. nasib tak makan dulu je eh. ekekekk

boleh kata ni rombongan bebudak 1989 ni. hahaha..


dah sampai seremban!

*actually ni gambar masa dah balik. hewhew*


jatuh cinta dengan pelamin ni! sedap mata memandang. so sweeet. i like this! kakakka


dalam banyak2 benda, part udang berdiri tu yang sangat menarik perhatian aku.


amin dan maz, tengah potong kek! hehe

tahniah sahabatku! =)



wah wah siap bergambar kat atas pelamin lagi dengan pengantin. haa penuh pelamin. ekekeke

belakang : dari kiri, yul, nana, amin, maz, aku, nabila.
duduk : para, iceq, abil, nina, lynna, fadh.

para memang dah tunggu kat sana jugak! haha 1st time jugak jumpa dia.


selamat pengantin baru amin dan pasangan. semoga berbahagia hingga ke syurga =) terima kasih kerana menjadi sahabat aku dan segala jasamu hanya Allah saja yg mampu balas! =)

lepas dah kenyang semua, eh gambar makanan lupa amek sebab masa tu sangat lapar. hahaha dah abis nasi, makan cendol pulak. lynna la ni XD



menuju ke putrajaya lepas balik dari seremban!! hehe. plan nak photoshoot kat taman botani .. sekali hujan lebat daa. ribut.. tak jadi..



akhirnya kami singgah ke masjid putrajaya. untuk solat asar kat sana. 1st time aku singgah solat kat sini dan masjid ni sangat cantik. suasana dalam tu sangat tenang.. =)

lagi satu kejadian bila abil disengat tebuan masa kat masjid ni. =( dugaan lagi. sampai bengkak2 balik tu kena pergi klinik, injection. adei. tak sangka. benda nak jadi. sabar je la. huhu..


lepas tu singgah makan kat alamanda! jenjalan!

suka gambar ni! =)




aku makan chicken chop ja. haha nampak banyak, balik tu lapaq lagi woi. kakakaka


sampai rumah dalam pukul 12. eh. hahha keluar rumah pukul 8 pagi tu. sampai kul 12 tengah malam. kakakaa

penat. esoknya kan isnin, kerja. pengsan.

lepas ni kalau sesiapa bebudak 1989 kahwin lagi, best kalau ada trip macam ni. kehkeh nanti kalau aku kawin, aku nak satu bas datang na =P

oh ya, ada orang asyik komplen, status/tweet/entry aku kdg2 berunsur islamik dan sebut nama Allah padahal orgnya bukan baik sangat. hehe tak apa la, aku sebut nama Maha Pencipta =) aku memang bukan orang baik tapi skrg2nya aku tak tulis benda yg tak baik.

akhir kata saya berpegang pada kata-kata ini,

lebih rela aku dipandang hina oleh manusia dan dirahmati Allah daripada disanjung manusia namun hina disisiNya =)


bertemu kali di lain entry! bersama fatin kebaboom pulak. wkwkwkwk kbai!!


Saturday, January 19, 2013

SETAHUN.

assalamualaikum =)

19 januari 2012.
malam.
kemaman, terengganu.

*berhenti menaip*

*termenung, cuba mengingati apa yang terjadi pada malam itu*

setahun.
aku tidak pernah lupa.
macam mana rebahnya aku, jatuhnya aku.
macam mana teruknya aku kecewa.

setahun.
aku tidak pernah lupa.
sakitnya hati. sakitnya diri. sakitnya mengingati.

setahun.
aku tidak pernah lupa.
aku tidak akan lupa.
sampai bila-bila.


*genggam kuat tangan kesayangan*


bagi kamu, bagi kamu semua, seharusnya aku patut melupakan. kejadian tersebut. tapi bagi aku, aku tidak akan lupa. aku tidak pernah berusaha untuk melupakan. aku tidak pernah cuba untuk melupakan. dan aku tidak akan melupakan. setiap detik, setiap saat, setiap ketika.

sesungguhnya aku sudah mengerti. ketika usia 23, aku baru mengerti. sesungguhnya cinta yang sebenar adalah cinta yang membawa kita ke syurga. apa-apa saja cinta yang menolak kita ke neraka, itu bukan cinta namanya. 


*tetiba terputar lagu romance-ku ingin kamu* eh.


apa yang mengotorkan cinta? maksiat.

Allah, aku bersyukur. alhamdulillah. aku diberikan peluang untuk kembali ke jalanMu ketika usia aku masih muda. masih sempat, kembali....

memang benar. cinta yang membawa kita ke neraka, itu bukan cinta namanya.

tekad aku, sejak malam itu, aku tidak akan pernah mengikat cinta dengan sesiapa pun. dan kini sudah setahun, aku masih bersama, berpegang teguh dengan pendirian ku..

hati aku tenang. sebab aku sudah memaafkan. pada malam itu lagi. dan pada sapa-sapa yang terlibat sekali aku dah lama maafkan. jangan risau. hutang sudah langsai. 

yang aku harapkan.. aku mencintai lelaki yang sudah halal buatku.. aku tidak akan mensia-siakan cinta aku ini untuk lelaki yang tidak halal untukku.. aku tidak akan.. aku berusaha.. usaha.. usaha..

Allah ada =)

dalam setahun ni, terlalu banyak hikmah yang aku dapat, aku lalui. dugaan demi dugaan tapi semuanya berjaya aku tempuh. Allah ada, kan? =)

sesungguhnya banyak kebaikan yang aku dapat dari kejadian itu.. ada yang anda telah diketahui, ada yang hanya aku dan Allah saja yang tahu. =)

terima kasih tuhan.. kerana telah detikkan hati dia untuk membuat keputusan sebegitu. segala yang terjadi dengan izinMu.. tanpa izinMu, ia takkan terjadi =)

kalau kamu tidak meninggalkan aku malam tu.. mungkin aku masih lalai berdiri di muka bumi.. terlalu mendambakan cinta.. hingga lupa segalanya..

kalau kamu tidak meninggalkan aku malam tu.. mungkin aku masih membongkak diri.. menggenggam perhubungan tanpa batasan..

kalau kamu tidak meninggalkan aku malam tu.. aku tidak akan kenal cinta Ilahi seperti hari ini.. saat ini..

terima kasih AWAK dan SI GADIS!!!!! wkwkwkw


terima kasih mama.
terima kasih abah.
terima kasih BFF (lynna, abil, iceq, aya)
terima kasih family 1989
terima kasih rumate dan housematesss
terima kasih kawan2 alam maya.
terima kasih kawan2 realiti.

TERIMA KASIH. TERIMA KASIH.

HANYA ALLAH SAJA YANG MAMPU BALAS JASA KALIAN SEMUA.


2013, mohon dikuatkan iman! mohon dikuatkan iman! =)

cinta seterusnya..insyaAllah untuk suamiku =)


#MFH


Ya Allah, izinkan aku jatuh cinta... pada yang layak aku cinta.. yang telah diredhai dan diizinkan olehMu!



katalah apa saja, simpulkanlah setiap patah perkataan yang aku taipkan ini..aku tetap bersama Allah =)

tersenyumnya kamu di hadapan saya di dunia ini wahai perempuan, akan disambut dengan senyuman saya di hadapan kamu di akhirat nanti =)

Sunday, January 13, 2013

SEBULAN DI SUBANG JAYA. EH

Assalamualaikum!!

wowowowow apa khabar semua pembaca? masih ingat aku? kahkah aku sebenarnya kan dah terlupa aku ada blog sebenarnya. hahahahhahaha. dah lebih sebulan aku tak update gara-gara kekangan masa, kepenatan, keletihan, ketiadaan mood dan sebagainya...

sebulan sudahh aku berada di subang! ya Allah kejap sangat aku rasa, korang rasa kejap ke lama? wkwkwkwkw masa mula-mula datang sini abah cakap ' hang rasa 3bulan tu macam 3 tahun tapi sebenarnya 3 bulan tu macam 3 hari ja.' ada betoi ka? ;p

selama sebulan ni, so far, alhamdulillah, everything is okay. semuanya berjalan dengan lancar. bersyukur pada Allah. setiap pagi tak henti berdoa semoga Allah permudahkan urusan selama berada di sini, belum campur doa kedua ibu bapa lagi.. sebab tu terasa kejapnya berada di sini.

10 disember 2012 aku telah memulakan latihan industri di salah sebuah kilang di subang. aku ditempatkan di bahagian production dan jawatan aku mestilah trainee. ai ai ai takkan manager ye dak? kakakaka..

setakat ni ok je praktikal kat sini. kawan-kawan pun best. staff2 kat sini pun okay.rakan2 nepal pun okay. err. tak da masalah lagi dengan persekitaran, kengkawan, pekerjaan dan sebagainya di sini. alhamdulillah. 

begitu juga dengan tempat tinggal. aku menyewa dengan sebuah keluarga yang aku dah anggap macam keluarga aku sendiri di sini. tak jauh la dari tempat kerja aku. aku pergi kerja dengan rakan sekerja jugak. kalau jalan kaki tu tak de la jauh mana pun tapi agak letih la dan ditambah dengan anjing yang banyak. kakakaka..

kemanisan yang aku rasai, aku tak pernah rasa terpinggir samada di tempat kerja atau di rumah walaupun aku ni baru je datang sini. kui kui kui

ada beberapa keping gambar ingin aku kongsikan kepada pembaca yang mungkin tidak menjadi rakan aku di facebook. 100+ gambar sudah ku kongsikan di facebook dan kalau anda tersenarai di friendlist saya, anda boleh tengok! ekekeke


di sebelah kanan anda, bahagian logistik.
di sebelah kiri anda, production office. naik tangga dulu na :P

*sebahagian kecil kawasan kilang, nak tengok keseluruhan mai la lawat :P *


permandangan dari rumah aku, tingkat 10. gayattt makkkkkkkkkkk~

bawah tu ada swimming pool dan aku belum penah mandi di situ. isk isk :P



(fazlan, fatin, balqis, iceq) 

(taman tasik perdana, 2012)

1st time jumpa balqis! sedangkan kitorang kenal dari tahun 2008 lagi! hahaha! akhirnya jumpa jugak kitorang. ekekke



berbaju ungu, aizam. jeng jeng.


minggu tersebut 14, 15 dan 16 hb, di mana aku bersama kengkawan yang tersayang. 14hb malam, lepak kat seksyen dua makan nasi lemak dengan aizam, nana, iceq dan fazlan. buat pertama kalinya bersua muka dengan fazlan dan aizam. 

seterusnya keesokan harinya, 15hb, pergi makan meatball kat ikea! dengan iceq, balqis, fazlan, aizam dan zaffran. 


ni diaaa meatball. sedappp. hangpa kena terai ni! ngeh ngeh

lepas tu aku, iceq, balqis, aizam dan fazlan bergerak ke taman tasik perdana. untuk photoshoot. eh eh. saja jalan-jalan amik angin petang. dan seterusnya kami bergerak ke sunway pyramid untuk menikmati sushi king! buat pertama kali aku rasa. kahkah. not bad. belum kena dengan selera aku. ekekekek

malam tu.. makan lagi!! kat burger bakar abang burn, shah alam. kali ni zaffran, syaira, yul dan wan jugak turut serta! aum!

balikkk dan bermalam di rumah iceq bersama balqis dan keesokan lagi, selepas makan terus pulang ke rumah ;p



18hb disember birthday mama, aku kirimkan jambangan cupcake dan bunga dari kejauhan. maaf tak dapat bersama. sob sob *kesat air mata*

19hb disember, company lunch. sesi bertukar hadiah. aku dapat hadiah tupperware. tak tau dari siapa. misteri sungguh. wkwkwkw


22hb dan 23hb, habiskan masa bersama syazwani. pertama kali berjumpa. perkenalan kami tidak disangka. persahabatan tiada noktahnya. hehe.

22hb, jalan2 kat times square, shopping!!, makan kenny rogers, secret recipe dan dan sushi king! tu dia. makan ka apa ni. wawawawa

23hb, disertai oleh fazlan, bercanda di summit, makan + karok bersama. wehuu. thank you wani! wkwkwkwkw



tembam itu comel :P



aku akhiri tahun 2012 dengan berdating bersama housematesssss masa kat tati dulu. haha! menumpang kasih di rumah dayah, najwa dan farhana di selayang, aku, hana dan sarah bermalam di sana. menghabiskan masa bersama. auwww rindu sangat kat korang. walau baru sebulan berpisah, rindu tak payah nak cakap la kan =(

6 bulan bagi korang sangat lama, bagi aku sangat singkat, 6 bulan tapi rapatnya kita lebih dari adik beradik! sayang korang!!



 tahun baru 2013. menyambutnya di RNR dengkil, minum kopi bersama nana, syaira dan iceq. sampai ke pagi. hewhew menyambut kepulangan iceq dari sarawak dan seterusnya malam tu aku bermalam di puncak perdana, teratak indah syaira dan sasa :P aum. hehe 

oh ya, dah 24 dah kitorang. aaaa dah dua puluh empat. lek lek. baru dua puluh empat *sedapkan hati sendiri*

5hb, annual dinner kat rovski!! untunglah kan aku yang tak sampai sebulan berpraktikal ni, dapat join sekali dinner diorang. kehkeh buat kat kilang jeee. meriahh. dan makanan memang sedapp. aku overdose makan kambing ni aku rasa tu pasal demam. wkwkwkwkw




merasa la semua benda baru ye dak. untunglah single sebab duit tak payah abis kat boifren lagi dah. wakakaka

eh lupa, caption. 'im not adele, i dont want to find someone like you' HAHA!!


malam tu bertuah sebab aku menang lucky draw dan hadiahnya berupa jam tangan jenama casio! mak oii. 1st time merasa pakai jam mahal mak oii :P sebelum ni tak penah pun. rezeki rezeki. alhamdulillah~ ;D


6hb yang lalu, aku ke mid valley. bersama iceq. plannya lain, jadinya lain. haha tak apa la, asalkan dapat jugak jumpa kawan sepermainan aku ni, napi namanya. dah 2 tahun berkawan di alam maya, baru berkesempatan bersua muka. kakakaka dibawanya sekali rakan sepermainan nya jua, hazim namanya, kacak dan masih single, sapa nak kenai? wakakak

makan domino's pizza + menonton wayang cz 12 bersama-sama =)



di kiri anda, hazim.
di kanan anda, napi.

dua2 bukan aku punya. sekian.


*lap air peluh, peh punyalah banyak aku bercerita, tu pun banyak cerita aku skip tau dak =_= *



baru sebulan kat sini, dah 4 buah buku aku beli tapi hakikatnya satu pun aku belum berjaya abiskan. gara-gara kekangan masa. satu hari nanti. satu hari nanti. kumpul dulu. hiks!


minggu ni aku mc 2 hari sebab aku demam. homesick. haha ketika menulis entry ni pun demam aku belum baik! demam rindu kat mama dan abah =(

weekend yang pertama aku tak keluar pergi mana-mana sebab demam punya pasal. kalau tak, asal hujung minggu tak pernah melekat kat rumah. tak patut tak patut. hahaha!

minggu depan pergi seremban, kenduri rumah amin. semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar.

dan akhir kata dari saya,

2013.. dan masih single.. dan bercita-cita mahu menamatkan 2013 dengan suami. eh.

HAHA

bye~~

fatin vavavoom, xoxo

ARTIKEL RAKAN BLOGGER