Tuesday, October 23, 2012

SEBELUM PULANG..

assalamualaikum ;)

sebelum aku pulang ke tempat asalku, aku ingin mengupdate sesuatu! yihhaaaa!

selasa dan rabu aku terpaksa ponteng kelas gara gara ingin kembali ke tempat asalku. wehuu! cayalah. hakhak dah lama tak pulang. rindu maaa..

so aku nak update sikit la apa yang berlaku pada hari isnin (22/10) iaitu tadi. ngeh3~

pagi2 baru abah antar balik tati. sebab kelas pro e start pukul 9 pagi sampai 5 petang. pukul 8.45 pagi sampai ke asrama, naik tingkat atas, jumpa kawan2. lepas tu kan hujan lebat. sepanjang pagi tu hujan turun tanpa henti.

lepas tu, masa nak turun bawah, nak keluar dari asrama blok C, lantai licin. sempat lagi mengusik farhana, 'farhana, pinjam kasut. takot jatuh. ' lepas je sebut perkataan jatuh, GEDEBUKKK!!!


lebih kurang macam ni. kakakakak

adoyai. bayangkanlah macam mana terhentak kemain kuat, najwa, farhana dan dayah terkedu. terkaku beberapa saat. masa tu langsung tak boleh nak bangun dah. hahaha habis la basah seluar, baju sebab lantai tu penuh dengan air dan lumut.

lantai licin + selipar dah haus. tapak dah tak da.

balik ke bilik, salin pakai baju kurung. pergi ke kelas seperti biasa. on the way, ada kereta lalu, tersimbah air ke baju. nasib nasib.

bagai jatuh ditimpa eskalator *bak kata aya*

kata orang, jatuh cinta memang sakit. sakit sangat2. tapi ia hanya melibatkan hati.

kata aku, jatuh terhentak kat lantai lagi sakit. sangat2 sakit sebab ia melibatkan keseluruhan anggota badan. sigh. dah lama agaknya aku tak jatuh2 ni. mau tak sakit badan. sakit semua okay. waa!

hari isnin merupakan kelas terakhir untuk aku. makanya ini last latihan yang aku berjaya selesaikan walaupun sebenarnya tak selesai lagi pun. kakaka tak da rezeki. tak apa la. ;)



chopper. aum aum. tantek x? kekekek

walaupun chopper ku tiada handle, tidak mengapalah. aku tetap sayang padamu. aum aum XD

pukul 5 petang, abah dan mama datang amik balik kat tati. surat cuti pun dah dihantar ke rnd. so bermulalah cuti aku selama seminggu lebih... agaknya? kekekeke

balik tu dapat makan nasi briyani kerteh! hahaha punyalah mengidam briyani. alahai..

nak cari briyani kat perda la pulak. depa kata sedap ;)


amik bau tak boleh. merasa pun tak boleh. makanya lihat sajalah :P

doakan perjalanan aku ke sana selamat pergi dan selamat pulang. hehe semoga percutian kali ni memberi seribuuuu makna untuk ku. 

amin! ;D

ketika menulis entry ini, aku sudah mula merindui kengkawan di tati. dayah, farhana, najwa, yana, sarah, sara, hana, aisyah, umi, shikin, ilah dan hafizi. eh eh.

bye!

Monday, October 22, 2012

ENTRY KHAS UNTUK PENGGEMAR KOPI



Assalamualaikum ;)

mari sini mari sini, sesiapa yang gemar minum kopi, aku nak perkenalkan satu produk berkaitan kopi, khabarnya masih baru bertapak di industri ini!

ni business member aku. aku tolong promotekan je. khas untuk orang yang suka minum kopi. aku tau mesti ramai pembaca kat sini yang suka minum kopi kan? kekekeke

kebanyakan rakyat malaysia memang gemar minum kopi. tadi adakah anda pasti kopi yang anda minum baik untuk kesihatan?

perkenalkan.. jeng jeng jeng *drum roll*

organo gold dan menggunakan tagline, it's easy, it's simple, it's coffee.

bukan sekadar kopi biasa,  ia datangnya 100% esktrak ganoderma!

sekarang semua orang boleh menggunakan kopi ini sebagai minuman harian di rumah anda!
semua!

memandangkan ia bisnes baru yang sedang berkembang, maklumat selanjutnya aku serahkan pada anda untuk terus membaca blog malaysia organo gold ini. kalau aku cerita semua kat sini, tak best la kan? kikiki






Banner


Logo 


Antara produk yang dikeluarkan oleh Organo Gold, 








































untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan aniff ye. nak beli ke, nak join bisnes ke apa, apa2 pun boleh rasanya. nak tau lagi banyak, sila berhubung dengan beliau!

blog beliau :  http://malaysiaorganogold.blogspot.com







kenal tak siapa di atas ni??? hahaha! ;D

Monday, October 15, 2012

'BUAT MOLEK SOKMO'


assalamualaikum! ;)

hai hai.bertemu lagi. ekekeek entry kali ni nak cerita pasal forum perdana ehwal islam yang disiarkan pada 4 oktober 2012 yang lalu!

seperti sedia maklum, forum perdana minggu tersebut diadakan di padang astaka, chukai kemaman.

dekat dengan rumah aku, so kitorang sekeluarga pun pergi la. haha!

tajuk forum hari tu ' buat molek sokmo ' dan pengerusi forum pada hari itu adalah prof dr. mohd ridhuan tee abdullah bersama ahli panel yb senator datuk dr mashitah ibrahim dan ygbhg. dr zaharuddin bin haji abd rahman! ;)
secara langsung ye kawan-kawan. hehe

meh lihat beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan. aum!




pentas forum perdana ehwal islam.. ;)


tempat sultan, sultanah, dan mb duduk. hehe sultanah sangat2 cantik bila tengok depan2 tau! ;D


banner! ;)



ada skrin besar depan kami. heee dari pentas nampak kecik je ha..

datuk dr mashitah ;)





tetamu mula mengambil tempat. ni sebelum forum bermula ye. sekitar pukul 8 malam!




menanti ketibaan yang terhormat ;)



orang memang ramai. yang berdiri di luar khemah pun ramai.



10 minit sebelum forum habis, hujan lebat. tersangat lebat. dan ribut.. apa yang diorang cakap pun dah tak dengar dah..

dan ramai yang tak boleh fokus hoho


ribut mengakibatkan yang dalam khemah pun basah lencun! haha aku pun kena. ni gambar abah yang amek. bahagian lelaki. bahagian perempuan pun sama. tak senang duduk. huhu

sampaikan skrin depan kami pun mula mengibar2kan dan tercabut hingga separuh. nasib la masa tu dah nak abis forum kan.. hehe


hujan dah berhenti. basah padang astaka haa ;D


tajuk buat molek sokmo ada kaitan la dengan negara kita. macam mana nak buat negara kita aman, lepas tu hubungan sama2 manusia, dan semuanya. macam2. banyak bagi manfaat kepada kita! ;)

ni 1st time aku pergi tengok forum perdana secara live. selalu tengok tv je.. hehe



ini mama saya. kami beza 24 tahun tapi berat kami beza sekilo saja. saya yang berbaju merah. kbai

Monday, October 8, 2012

1ST TIME MAKAN MEE IKAN!

assalamualaikum ;)

kehadapan semua pembaca blog ini. kehkeh terima kasih la kerana sudi meluangkan masa anda membaca entry2 kat blog ni walaupun tuan punya blog dah semakin malas nak update. i dont know why. jangan salahkan aku. salahkan kebizian aku.. salahkan masa. salahkan emosi. salahkan semua. kakakaka jangan salahkan aku k ;p

aku rasa selagi aku bergelar pelajar, masa untuk aku tumpu dalam dunia berblogging ni sangat terbatas. dengan masalah broadbandnya, korang tau kan? aku dah banyak kali cerita dah dalam entry2 yang lepas. dengan busy study, itu ini, belum masa stress lagi. haha!

oh, berita terkini kelas communication skills kembali lagi. sambungan yang dulu. makanya kelas isnin selasa hanya la sementara. sekarang ni kelas dah start ahad, isnin, selasa dan rabu. oh aku langsung tak boleh terima kenyataan itu >,<

permulaan oktober yang agak suram. dengan elaun tak masuknya ( dah 2bulan lebih tak masuk, semuanya ihsan pama skrg), dengan bilik mandinya tersumbat, habis la segala yang ada terkeluar menonjolkan diri, terpaksa tumpang mandi di rumah orang. dengan kelasnya start ahad. aahhhh macam-macam. dengan emosi nya dengan beliau belum abis. biasa biasa. kahkahkah

okay dalam entry ni kita tak mau stress2 okay. dah lama kan tak buat entry pasal makanan yang aku makan. kahkahkah! aku selalu je dengar komen kengkawan cakap fatin kalau tulis entry, mesti kena ada pic makanan! okay aku dengan makanan tak dapat dipisahkan. tengok badan ar. wakakaka!

dah dah! ;p

29 september kalau tak salah aku, abah bawak aku dan mama pergi ke kuala kemaman. haha! dah lama sangat tak datang sini. padahal tak de la jauh mana pun dari rumah aku ni ;p

abah ajak kitorang makan mee ikan! selalunya makan mee udang kan, tu pun mama yang buat! semestinya la sedap! aum aum XD 

pertama kali dalam hidup makan mee ikan. mee ada ikan. haa korang pernah makan? ke aku sorang je yang jakun tak pernah jumpa? ah pedulikan! ;p



kalau makan area kemaman ni, ni la menu utama bagi kitorang. aum. kepok. semestinya sedap. aum aum. 


sotong celup tepung. boleh tahan la! ni seekor je sotongnya. kekeekke


mee ikan! mee dengan ikan. ikan tu ikan kembung ye. haha sangat sedap, mungkin sebab isinya manis dan mee tu pun sedap, memang maveless. haha!

sebelum.


selepas. 

haa sesapa nak rasa mee ikan ni, boleh la cari kat kuala kemaman, berhadapan pantai ye. nak habaq tang mana tu aku tak berapa nak tau sangat la. tengok2 dah sampai depan kedai XD tapi depan pantai laaaaa. HAHA!



lepas makan mee ikan, santai sebentar. lepas tu balik! ekekeke

aku haritu try la buat donat. haha! nak belajar. tengok iceq buat macam sedap, so nak la try guna air tangan sendiri haa. tapi tak jadi. cis! mungkin sebab salah step kot, ke salah sukatan bahan entah, dan macam-macam la salah kemungkinan. haiyaa. kalau tak, aku dah buat dah tutorial macam mana nak buat donat! kahkahkah!

tak apa usaha tangga kejayaan ye dak? jangan putus asa je. wink wink.

so aku rasa sampai di sini sajalah kita ketemu ye. next entry maybe aku akan ceritakan pasal  forum perdana pada hari khamis lepas yang dibuat di padang astaka kemaman. yeah kalau rajin aku cerita okay!

salam sayang dari bahulu gebu yang telah bertukar menjadi cik puan muda fatin di twitter gara-gara dipanggil bahulu hangit! yeah!

bye! XD

ARTIKEL RAKAN BLOGGER