Assalamualaikum!
wahai para pembaca sekalian, masihkah ada yang setia membaca blog ini? hahaha hamboi ayat. aih. lama kot aku tak jenguk blog ni. sorry im busy. LOL asyik asyik alasan busy, bukan busy dengan kerja tapi sebenarnya malas nak taip. ekekeke
ahh kali ni bagi aku membebel panjang berjela dalam entry ni okay! sebulan dah tak update kan. nak kurangkan upload gambar kat sini sebab nak taip panjang2. kakaka!
oh ye, rupanya sebulan dah aku kerja kat kilang tu. fuyoo aku baru sedar sebulan masa aku sembang2 dengan iceq hari tu. aah kan dah sebulan dah aku bergelar seorang pekerja. cewah. dan pada 1 mei yang lalu iaitu hari pekerja, dapat la aku rasa nikmat cuti sebagai seorang pekerja. wkwkwkwkw wohoo hari pekerja tu la kitorang berjimba jimba kat subang jaya. hekhek aku, nana, iceq dan fazlan! makan sushi king, window shopping!hee
gaji pertama pun dah dapat. alhamdulillah =) aku berpuas hati sebab dapat gaji yang aku mintak. berbaloi dan standard la untuk lepasan diploma dan yang tak pernah ada pengalaman kerja macam aku ni.. hahaha aku mintak sendiri nak gaji banyak tu dan aku syukur sebab kilang approve! wohoo. bagi aku tu dah agak tinggi sebab aku langsung tak de pengalaman kerja. kerja kedai nasi ayam pernah la! hakhak!
aku dah ada satu buku dan setiap hari dalam buku tu aku akan catat segala perbelanjaan duit yang keluar dan yang masuk. hari hari dan setakat ni belum miss. sebenarnya aku dari dulu ada masalah peribadi tak pandai uruskan kewangan sendiri. kadangkala aku sendiri tak tau mana pergi duit duit aku. hahahaha so mama cadangkan bila dapat je gaji pertama, buat macam ni. supaya kita tau banyak mana duit masuk, banyak mana duit keluar. mana duit untuk keperluan, mana duit untuk kehendak. hahah!
ya ianya baru bulan pertama dan aku masih lagi usaha perbaiki kedudukan kewangan aku. bulan pertama budget dah lari sebab broadband je rm200. sewa rumah lagi. makan lagi. haiyaa. hahah
syukurlah aku ada mama dan abah yang setiap hari tak putus2 nak call, nak sms nasihat itu ini, pesan itu ini. alhamdulillah =)
kalau di tanya kenapa aku suka kerja kat sini, kenapa aku nak sangat kerja kat sini, aku ada jawapanku sendiri. walaupun ada desas desus mengatakan aku sambung kerja kat sini sebab ada adik kesayangan kat sini (eh?), oh aku buat keputusan sebelum aku kenal rapat dengan dia okay. hahaha!
dulu masa aku kat tati, sambung kursus lepasan diploma dalam jurusan industrial design, aku dah letakkan matlamat aku nak buat latihan praktikal kat kilang. yeah kilang. ramai orang memilih syarikat tapi aku pilih kilang. wohoo lepas tu iceq pulak kebetulan kerja kat area subang dan terus aku mintak area subang jaya! haha! aku rasa dalam 30 permohonan kot aku hantar, ada yang balas cakap tak de amik budak praktikal kat sini la, ada yang tawar masuk logistik la. dan masa tu serius aku tak tau apa itu logistik! haha! dan banyak yang tak replyy.
dan masa kilang aku yang sekarang ni, call dan aku serius langsung tak duga yang aku akan dapat praktikal kat sini. dan masa tu la baru aku nak google bagai nak cari rumah sewa la apa la semua2 la. ekekek
pejam celik, masuk bulan 5 ni dah 6 bulan aku kat sini. dah 6 bulan aku menetap di subang jaya ni =)
sebenarnya aku suka dengan kerja aku. suka.. masa mula2 aku dapat tau aku dapat production department, aku pun eh, biar betol? haha! aku datang kat kilang dengan 0 pengalaman, zero knowledge. aku kutip sikit2 dan aku mula rasa aku semakin selesa dengan kilang ni!
dan macam-macam aku belajar. semuanya benda baru dan aku gunakan ilmu yang aku dapat masa kat unikl dulu, untuk kerja di sini. akhirnya rezeki aku kat sini. ya, aku dapat tau aku dapat kerja kat sini pun masa hari terakhir aku praktikal. haha kalau tak dapat? tak apa, Allah dah susun atur semuanya. =)
aku masuk kerja 3.4.2013, masa tu tak silap aku PM umum pembubaran parlimen, kan? ke bukan? eh lupa lupa. hihi!
dan sampai sekarang aku suka sangat dengan kerja aku. aku suka dengan jawatan yang diberikan, segala kerja yang diberikan, aku suka. bayangkan kita suka dengan kerja kita, kita mesti boleh buat dengan senang hati, ye dak? kita mesti ada rasa semangat nak belajar lagi dan lagi kan? bayangkan kalau kita rasa kerja ni tak best, semua yang nak dibuat, semua tak suka.
dan aku suka. terima kasih Allah. walaupun aku sendiri tak menduga aku dapat kerja ni yang akhirnya ada related dengan diploma aku, aku bersyukur. dulu masa mula mula aku masuk dip, aku pernah tertanya, kenapa aku amik engineering?padahal masa spm aku amik kos akaun kot. kahkah. aku tertanya. masa aku fail dalam exam, masa pointer aku teruk, masa mara aku kena sekat, aku sering tertanya, kenapa aku amik engineering? kenapa?
dan ya, inilah sebabnya. kita tak tau apa yang akan jadi selepas 6 tahun dari tahun 2007. dan sekarang baru aku paham, baru aku mengerti dan aku dah boleh jawab dah kenapa aku amik engineering dulu tu.
Allah dah susun atur elok elok. usaha, doa dan tawakal, insya Allah, nak senang mintak pada Allah, nak apa saja mintak pada Allah, Allah always with us.
dah sebulan kerja, maknanya ada lagi 5 bulan utk confirm. kat sini 6 bulan tau utk confirmation. ahah dan aku rasa sebulan tu kejap sangat so aku rasa 6 bulan tu mesti jadi sekejap sangat! hakhak!
dan aku rasa masa aku start praktikal dan sampai kerja ni la, aku banyak la belajar speaking! wakaka! dulu2 mana ada! kekok kot. tapi kat sini ye la, budak2 nepal ada yang tak pandai cakap melayu, beruntunglah diorang tau jugak english sikit2 so english jadi pengantaraan, kalau yang tak tau langsung, guna bahasa isyarat je la! kakakakaa! lepas ni kalau aku jumpa omputih, tak la aku rasa nak lari lagi! muahaha!
oh ye, menyentuh pasal pru13, tahniah lah pada yang menang. haha kepada yang belum, insyaAllah, Allah tahu yang terbaik. dont worry. doa banyak2! usaha!
ini kali pertama aku mengundi. yee dan budak2 1989 pun semuanya kali pertama boleh pergi mengundi kan. aku dengan senang hatinya mintak cuti pada hari isnin sebab nak balik kulim nak mengundi! kakkakaka
aku mengundi kat dewan bandaran kulim. aku sampai pun dah tengahari. so suasana agak lengang sampaikan aku sorang je masa nak buang undi kat saluran 4 tu. eh mana pergi yang lain? mana pergi anak anak muda lain? akkakaka
aku balik kampung hari sabtu tu. naik bas kat puduraya. boleh dianggap perjalanan cik kiah jugak lah sebab keluar dari rumah pukul 6 pagi semata mata takot tak dapat sampai ke puduraya sebelum pukul 10. hahaa! semangat!
dari rumah aku naik bas ke ktm subang jaya, pastu ke kl sentral, pastu masjid jamek, pastu plaza rakyat. pastu baru sampai puduraya. *pengsan*
dah sampai jeti ( penang sentral), naik pulak bas ke kampung aku. esoknya hari mengundi, naik bas dari kampung ke jeti, pastu amik pulak bas ke kulim. haaa tu diaaa. tak nak lepaskan peluang ni sebab kali pertama!
dan yang bestnya aku dapat jumpa yuhana! haha terima kasih banyak2 kepada yuhana sebab datang jumpa aku. wohoo kenal bertahun2 tapi baru tahun ni dapat bersua muka! hehe tak apa, ada rezeki kita jumpa lagi okay! ;D
hari mengundi tu aku keluar makan dengan cik puan muda aya dan seterusnya jumpa mak angkat aku. serius dia cantik woo dan nampak muda dan aku memang sayangkan dia. bertuah dapat kenal dia =)
dah dah aku nak lekatkan gambar jari aku kat sini walaupun pru13 sudah lama berlalu. ekekek
kenangan woi!
saya sudah, anda??
*caption paling lambat*
aku pun tak tau aku ni dah banyak sangat membebel ke hape kat entry kali ni. lama kot tak update. sapa la yang baca entry aku lagi kan. haha maklumlah dah tak aktif! =P baca tak baca, aku tetap nak taip lagi! wakaka!
so sekarang aku dah jadi orang subang jaya dan sesapa nak jumpa aku, boleh dah roger2! hakhak! sini senang pengangkutan awam, so tiada masalah bagi aku untuk keluar. dan kat sini jugak senang nak jumpa artis sebab kat mydin usj tu selalu je ada artis datang buat show. kalau bosan bosan duduk rumah, aku pergi la tengok! hiks!
aku anak tunggal. mama dan abah tak pernah ajar aku erti senang, erti kemewahan dan aku bersyukur. kalau dari dulu agaknya aku dilimpahi dengan kemewahan, mungkin aku tidak jadi seperti sekarang. sungguh bahagianya dapat memiliki mama dan abah seperti ini.
aku akan buktikan pada mama dan abah dan jugak pada orang lain, walaupun aku penah gagal dalam exam, pointer aku dulu sangat rendah tapi aku masih boleh berjaya. insyaAllah mungkin bukan sekarang tapi satu hari. matlamat dan impian tu ada. tengah berusaha untuk merealisasikannya. apa saja dugaan, ujian, semua datang dari Allah.
orang nak cakap apa pun, cakap la. bagi aku, Allah ada. =)
...sitting and waiting is one of the most miserable occupations known to man - not that it usually is known to men; women do it much more often..
..walaupun kehidupan memberi seribu alasan untuk kita bersedih, carilah sejuta alasan untuk buat kita tersenyum..
=)
salam sayang,
fatin vroom vroom.
eh?
3 comments:
bgusnya wt buku catat duit masuk kuar
alhamdulillah fatin dh kja..hehe..kt subang eh..ayu dk serdang tp tmpt nk jln pn xlpas2 lg ni..hihi..wahh blog dh lain..mkin cntiklah..hihi
gagal sekali bukan gagal selame nye kan.. yang penting jangan pernah putus asa.. so tahniah!
Post a Comment