Friday, December 7, 2012

SEGUMPAL MEMORI TERIKAT

assalamualaikum!

selesai sudah segalanya. untuk pengetahuan anda semua, aku sudah tidak lagi bergelar pelajar di tati. alhamdulillah. selesai sudah pembelajaran 6 bulan di tati. 10 hb ni insyaAllah aku akan start menjalani latihan industri di subang selama 3 bulan! :D 

entry kali ni mungkin entry terakhir yang aku taip ketika berada di kemaman. entry seterusnya insyaAllah akan diupdate di subang kalau ada kelapangan masa. huehue. biasalah, aku sentiasa busy. kakakaka

dah dah, aku nak cerita serba sedikit (aku tak rasa sikit) tentang apa yang berlaku di minggu-minggu terakhir sebelum kitorang abis belajar kat tati!

yeah!

mari kita mulakan!

24 november yang lalu, aku, dayah, ilah, najwa, dan farhana berjalan-jalan. mula-mula lepak kat mesra mall, shopping, cuci mata, lepas tu pusing2 bandar chukai then malam tu pergi ke majlis ilmu di dewan berlian, mpk! sebab ada ustaz don!! hehehe best! lama rasanya tak hadiri majlis ilmu sebegini. banyak sangat ilmu yang aku dapat pada hari itu.

dapat tengok wajah ustaz don dekat-dekat, subhanallah, manisnya. indahnya ciptaan Allah, sejuk ja rasa =)


pentas. 

tajuk ceramah pada hari itu adalah mencipta aset syurga. 

antara kata-kata ustaz don yang aku sempat rakam :

antara tanda-tanda kiamat adalah ibu dan ayah melahirkan tuannya. ibu dan bapa jadi khadam pada anak-anak. kena ikut cakap anak-anak. jangan tuan-tuan. jadi tanda akhir zaman.jangan.

kita dengan kawan-kawan, 'jangan mak oii. satgi kawan nampak woo, mak kalau nak cium saya cium dalam rumah ja, kat luar rumah jangan..malu'. kita jaga hati kawan, hati mak kita tak mau jaga.

tuan-tuan, sepanjang saya pergi ke tanah haram, ada dalam 3 kali, insyaAllah bulan 4 yang tedekat ni, kalau diizinkan Allah saya akan pergi, sehari hampir ke 25 hingga 30 kali saya minum air zam-zam. setiap kali saya minum doa yang saya tak pernah tinggal, ya Allah, jangan bagi aku.. ya tuan2, ikut niat.. kita niat.. niat minum.. contohnya niat.. minum.. niat saya Ya Allah, jangan mulut ini mengeluarkan kata-kata kesat dan melawan kedua ibu bapa. tak pernah lagi saya tinggal doa tum sampai la ni (sekarang), air zam-zam kat rumah pun minum, Ya Allah, bagi aku jangan lawan mak bapak aku, jangan lawan kata-kata depa.

semoga memberi manfaat kepada pembaca :D

seterusnya pada 25 november.. kitorang buat jamuan perpisahan. bila lagi nak berkumpul macam ni, sepatutnya miss ju dapat join tapi cancel last minute, sedihnya! :( terima kasih miss ju sebab belanja kitorang semua makan kfc. lagi best kalau miss ju ada sebenarnya tapi tak da. wuwuwuw tinggal la kami bertujuh saja.. 

kitorang buat kat taman rekreasi tati je.muahaha cantik tempat dia. dingin. nyaman. tenang rasa.



so dah boleh hidang sekarang. keh keh


umpama perkelahan. dengan tikar bagai. 


mengambil tempat selepas kekenyangan!


seterusnya main kotak beracun! hahaha! aku yang buat denda-denda dalam tu. so biasalah orang kata, akan makan tuan kan. so memang banyak benda yang aku tak nak kena, aku dapat. kakakaka


serius happy sangat! lepas tu sesi bertukar hadiah!! :D 

Ya Allah, aku sangat rindukan mereka ;( walaupun 6 bulan, aku rasa rapatnya kitorang lebih dari adik beradik sendiri. berkongsi suka duka, gelak tawa. diceriakan dengan seekor kumbang, dikelilingi 6 kuntum bunga. hekhek.

semoga satu hari kitorang dapat berkumpul balik macam ni! amin~!!

sepatutnya minggu tu minggu terakhir kitorang ada di tati. mengikut jadual la kan, last minute, kitorang tetap kena producekan design yang kitorang buat. jadikan ia bentuk nyata.
nak tak nak, minggu ni la last kitorang kat tati. haha!

okayyy alhamdulillah, projek pun dah settle! kikiki.

antara gambar2 proses projek yang dirakamkan.



ni projek farhana. speaker bentuk bunga. hehehehe

produk tu kitorang buat guna powder. guna satu mesin ni. satu2 produk amik masa lebih kurang 8-9 jam. ikut berapa banyak layer la nak guna. dia akan buat satu layer satu layer, sampai la terhasilnya produk ni.

aku guna mesin ni buat kali kedua. ingat tak dulu 2009 aku pernah praktikal kat sini? haaa dulu aku buat mechanical torchlight. kui kui sekarang aku buat speaker. 


guna pc ni. untuk print produk tu. huehue


nampak dahh bunga farhana dan decorative cover najwa!



selepas 9 jam....


ok tepung ok. tepung. powder. nak buang tepung tu bukan senang. nak kena sapu dengan berhati-hati. kesimpulannya produk yang besar besar pasti akan patah sebab tepung tu kan lembut. rapuh. tangan bukannya nak lembut sangat time sapu kan. hikhik


aku tengah membersihkan sisa-sisa tepung kat produk tu. 

tepung apa?

gandum.

percaya? *gelak tutup mulut*

hikhik!

tepung khas untuk buat benda ni la. mahal woo. =_=

hari tu semua pakat mandi tepung. kahkahkah


lepas dah tinggal sisa-sisa sikit2 dah boleh angkat letak atas dulang. lepas tu teruskan proses pembersihan.


dah penat sapu, boleh guna mesin ni untuk sedut buang tepung-tepung tu. tepung yang sikit-sikit tu. kakakakak


buang sampai bersih naa. sampai dah hilang putih2 tu. ni masa ni tak hilang lagi. snap dulu. wakakaka. jenuh woii nak bagi hilang. degil kekadang tak nak hilang. hewhew


tak nak bagi speaker tu hancur, kena la lekat guna gam. gam ni bukan gam biasa. gam ni kalau melekat kat tangan, sakit =_= satu hari aku kena makan nasi guna sudu. sebab sakit punya pasal dan gam tu susah nak buang. hiyark!! kalau pakai sarung tangan getah pun, kalau dah gam tu melekat-lekat kat sarung tu, terkoyak jugak ;p

tak boleh lari mana la, mesti kena tangan. kakakaka


gam gam gam. guna cotton bud ja. tak boleh guna berus. nanti berus tu jadi keras dan rosak. dalam dok guna cotton bud pun, berpuluh-puluh cotton bud guna. muahhaaha

kalau guna berus, jenuh beli!


renyah jugak buat benda ni. memerlukan kesabaran yang tinggi. dengan stressnya melekat kat tangan. sarung tangan getah terkoyak. kui kui pastu jemur la tunggu dia kering!


jeng jeng. dah siap. putih2 tu still ada lagi kan. grr abaikan! :P



ni la mesin untuk buang sisa-sisa tepung tu. untuk sedut.



mesin ni pulak untuk print produk tu.



5 orang punya produk. najwa, aku, dayah, farhana dan fizi. masa ni yana dan sara punya produk tengah print. so tiadalah dalam gambar. kakakaka maap2!

kitorang kena print badan speaker tu je. front panel, back panel, decorative cover (kalau ada), power button dan control button. loudspeaker dan pc board tu tak payah print! hoyeh. hahaaha

yang aku heran, dalam design aku, epal aku tu ada tangkai. tapi bila print, tak dak. heran. mana pi tak tau. musykil musykil. kahkah okay abaikan.

so kisahnya sekarang speaker tu aku buat tabung ja ;p

okayy berakhirlah sudahh. tamatlah sudah. bebas sudah. huahua hanya menanti saat-saat untuk praktikal je la! :D

tak lama dah. lagi beberapa hari je lagi! kekekek

oh ya, dayah baru je upload gambar masa mula2 kitorang masuk sini. masa hari pendaftaran! hahahaha wahh teruja aku tengok! 

kisahnya, ini gambar 6 bulan lalu. di mana, aku tak kenal langsung diorang. di mana selepas 6 bulan, mereka sudah menjadi kesayangan aku ;')





permandangan dari hostel pertama kami. sebelum berpindah ke hostel kedua. kui kui


yang jadi chairman tu aku. muahaha tu encik yamin dan kak faizah, yang uruskan pasal kitorang. sebelah tu dayah, sarah, ila dan najwa.

masa tu aku tak kenal sapa-sapa langsung.


belakang tu umi dan shikin. peh aku langsung tak kenal diorang masa ni tau. haha oo rupanya kitorang pernah jumpa rupanya masa hari pendaftaran. kui2

ayat pertama dayah sebagai tanda perkenalan

'awak, pinjam pemadam'

huehue

la ni kalau nak pinjam, aku suruh dia pi beli sendiri. wkwkwkwkwkkw


kelihatan, mama aku tengah bersembang dengan mak najwa. mak dayah pun ada. kahkah


oh kenangan. 6 bulan. terlalu banyak kenangan. nak kata duka tu sepanjang berada di sini, boleh dibilang dengan jari, biasalah kehidupan mana yang tak da dugaan kan. biasa tu. tapi tu la, indahnya persahabatan, indahnya kenangan tidak dapat digambarkan! ;)

di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada housematess tersayang, dayah, sarah, hana, aisyah, umi, shikin dan ilah sebab banyak membantu aku, menceriakan hidup aku, selalu bersama dengan aku, dan macam-macam la. mengenali korang selama 6 bulan cukup membahagiakan aku. aku harap sangat kita semua takkan terpisah jauh-jauh. haha tak apa, doa tetap di hati =)

terima kasih jugak kepada classmatess tersayang, dayah, najwa, farhana, yana, sara dan hafizi atas segalanya. segalanya ilmu, perkongsian, kasih sayang, keprihatinan, kerjasama dan semuanya la! hingga 6 bulan tu terasa cepat berlalu. 

dayah untung sebab dia la classmate, dia la rumate, dia la housemate aku. kui kui.

mohon maaf andai pernah terkasar bahasa, menyinggung perasaan atau apa saja yang mengguris hati, kosong2 okay ;)

semoga kita semua terpelihara oleh Allah, berjaya di dunia dan akhirat, mendapat pekerjaan yang baik-baik dan semoga apa yang kita lakukan diredhai Allah =)

insyaAllah, panjang umur, ada jodoh, dapat keizinan olehNya, Allah akan menemukan kita kembali. bila, di mana, masih menjadi rahsia.

semoga persahabatan ini hingga ke syurga. amin..

sayang ketat-ketat. ikat kuat-kuat. semoga tidak terlerai =)

okay la, panjang pulak entry kali ni. kahkah 

semoga kita bertemu di lain kali, di lain hari, di lain entry, bersamaaa fatin vavavoom! xoxo

bye!

doakan aku praktikal bebaik nanti! ;D

ARTIKEL RAKAN BLOGGER