salam..
pagi semalam (2/10) 1st time dapat dugaan yang aku rasa macam tak boleh terima je. ntah la. keh3. gara2 seekor anak kucing yang tak berapa comel ni! grr!!
nak tau kenapa? pagi2 aku buka kedai, kebetulan lagi staff dua orang, sorang datang kerja pukul 10 lebih, sorang pukul 11 lebih. memang nasib la benda ni jadi kat aku. patut la aku rasa tak sedap hati je nak pergi kerja. beria-ia aku ajak mama temankan aku sampai ke kedai.. rupanya~
buka je pintu kedai, bau semacam je. yeah. bau tahi kucing. lepas tu masing2 pakat tengok tapak kasut, kot2 ada yang terpijak, padahal tak de. tapi bau busuk betol2 menusuk kalbu. aku terus punch card lepas tu baru perasan ada kotak2 yang sudah berterabur atas lantai. lepas tu ada pulak kasut yang senget benget, yang terjatuh pun ada. pelik pelik. kelmarinnya aku pasti sangat tak de sepah2 macam ni masa nak tutup kedai.
rupa2nya haa. lebih dari dua tompok tahi kucing di depan muka pintu kedai sebelah sana. arghhhhh. mesti dah terkurung kucing dalam kedai. kelmarin memang kawan ada nampak anak kucing masuk kedai, lepas tu hilang, kitorang cari2 tak de pun, tetiba nampak kucing ada depan kedai, kitorang bajet dia dah keluar la. rupanya yang masuk tu kucing lain! grr!
anak kucing putih belang hitam. panggil punya panggil baru dia nak keluar. tido dalam stor rupanya. bawah tangga. punyalah takot nak keluar. haha padan muka sapa suruh masuk stor tak nak bagitau, kan dah semalaman kelaparan. kehkeh *evil laugh*
busuk sangat2 satu kedai, kedai tak la besar mana pun kan. lepas tu mama pergi buang tahi kucing tu dalam toilet. jenuh lap2 alas kaki kat muka pintu. bau tak payah nak cakap semerbak bangat dong. dah basuh2 semua, kitorang try cari anak kucing tu.
akhirnya dia keluar. sorang staff dah sampai. dia pun tolong jugak kejar tapi bila dah ada depan mata, takot nak tangkap. agaga. mama dah dapat tangkap, dah dukung dah, tetiba dia gigit tangan, terlepas. anak kucing tu tak la kecik sangat, badan dah besar, lari laju dah. gilak!
last2 dia lari2 ikut kotak2 kasut lepas tu hilang macam tu je..zzzz~
bila staff sorang lagi pulak sampai, kitorang bertiga kemas stor num 2.. disyaki anak kucing tu dok balik dalam stor. buka satu2 kotak, tolak semua kotak, sapu2, tak jumpa pun! ohh mungkin anak kucing tu dah keluar!
dah nak pergi toilet pulak, rupanya toilet pun berbau tahi kucing. gila. aku ni terus pergi cuci bilik air tu. bayangkan dah nak dekat sebulan bilik air tak de air, air kalau nak kena pergi angkut kat tangki stor lain, jenuh jugak la weh nak tonyoh2 bilik air tu sampai hilang bau..
penat tak hilang lagi, diorang pergi beli air refreshner nak spray dalam kedai bagi hilang bau.harga rm6.90. spray banyak2 bau wangi kejap je dan hilang.. adoi. dalam toilet still bau tahi lagi. aku punyalah lapar nak makan tapi langsung tak de selera okeh >,<
ikutkan semalam aku balik pukul 4 petang, lepas sorang staff pergi rehat, mama cakap dia nak datang amik aku lepas tu pergi makan. aku cakap toilet tetap berbau pastu dia bawak pencuci daia. confirm wangi!! haha..
sebelum mama sampai, aku tetiba rasa nak pergi toilet, baru nak amik air, tetiba kakak tu panggil aku, dia cakap dia dengar suara kucing tu dalam stor. kitorang pergi usha senyap tetiba dengar suara kucing tu dok meow meow. haaa baru kau tahu kelaparan! ngada tak nak keluar tadi! grrrrrrrrr. rupanya belum keluar. dush2~
panggil punya panggil, tetiba dia tunjukkan muka dia, aku amik ikan (bekas makanan kawan) hulur kat dia, letak atas plastik. serbu la apa lagi anak kucing tu, aku menjerit pula sebab terkejut. haha. aku hulur tapi undur2 ke belakang suruh dia keluar ke muka pintu. sikit2 dia pun undur ke belakang macam dia tau je taktik aku suruh keluar~ huh!
dia pulak dok berlegar2 dalam kedai lagi. aku cuba nak tangkap tapi amboi bukan main garang. tadi gigit tangan mama, satgi nak gigit tangan aku pulak. last2 aku balut tangan aku dengan plastik (langkah keselamatan) lepas tu cuba nak tangkap dia dari belakang. kakak tu pulak hulur bulu ayam lepas tu anak kucing tu gesel2 leher dia, seronok la kot, aku terus tangkap dan dukung lepa tu bawak keluar, letak kat pintu kedai belah sana, pintu tu tertutup, kena tolak baru terbukak, kalau pintu depan, tak de pintu, sebab pintu semua angkat tarik ke atas, paham kan? keh3~
bagi ikan tadi pun dia tak makan. lepas tu aku nampak dia merayau2 pulak ke kedai yang lain..
pesanan untuk kucing : aku harap malam ni hang tak terkurung lagi dalam stor selama hampir 24 jam. kalau nak masuk jugak, sila berak di toilet dan angkut air sendiri dalam stor. terima kasih.
inilah kisah aku dan anak kucing putih yang boleh membuatkan mood staff2 dalam kedai menjadi kacau bilau. lepas toilet berbau wangi, aku singgah ke pizza hut bersama mama untuk menikmati makan tengahari tepat pukul 4.30 petang..
4 comments:
haha
dulu mak sedara pernah bukak kedai makan.
habis bersepah barang-barang dapur.
then tiba-tiba melintas benda.
ada ke mak sedara cakap tikus besar.
pdhal anak kucing.
tp kesian gak terkurung semalaman. huhu
sabar je lah.memang hectic sungguh kalau kucing yg tak berapa berbudi bahasa nih.huuuu sbb tu xnk bela kucing dkt umah.kalau tak memang habis lah.you are the hero fatin.teeheeee.
hahaha..kucin mmg ske gi sana sini lepas tu tinggalkan DNA dia tu sana sini..hahahhaah
hahaha...tahi kucing memang busuk beb...kahkah....;d
Post a Comment