salam..
bila aku tengok page INI, pasal ada satu grup mana ntah tawarkan khidmat seks kepada sesiapa yang mahukannya. siap dengan harga sekali dan num fon! gila woi. 1st time aku tengok diorang buat tawaran secara besar-besaran dan terang-terangan. selalunya bukan main cover takot kena tangkap. aku tau pun sesudah kena tangkap dan masuk tv.. kui3~
cuba baca komen2 kat page tu, mesti ada tersesat lelaki melayu dan islam yang tanya pasal area mana boleh dapat, berapa harga. entah apa2~ aduhai. kalau rasa sangap sangat pergi cepat2 kahwin la weh. kerja malas tapi gatal sangat nak main.
tetiba aku teringat pasal kisah num fon aku pernah kena 'lelong' kat friendster dulu. rasanya aku tak pernah cerita lagi dalam blog. hehe dah lama sebenarnya tapi entah macam mana teringat balik. saja nak berkongsi dengan korang betapa ngerinya kejadian tu.
masa tu sem 3. sem 3 aku pakai 3 handphone. satu handphone abah beli, nokia, RM100 aje, itu untuk digi, sms dengan mama sahaja. satu handphone untuk maxis, RM375, ni aku baru beli je masa sem3 tu. yang oren tu.. kui2. w200i kot. err err yang ketiga satu handphone motorola, second hand jugak, abah beli. rm200++ sebab hp nokia dulu tu rosak, tak tau kenapa lepas beli motorola punya, yang nokia boleh pakai balik. ekekek. itu untuk celcom. dengan bf dan lalalala~ :P
tabiat aku, dari mula2 aku pakai hp, aku akan silentkan hp aku. sebab aku nak tido. time tido je la. time tak tido, on la volumenya. entah macam mana satu hari tu, hp maxis aku tu, aku letak vibrate, tapi sound tetap off la. pagi2 buta ada orang kol, mau bergegar bantal aku. kol tanpa henti. aku ingatkan kawan2 la kan. aku malas nak buka mata dengan harapan nanti aku akan kol balik la lepas aku bangun. bila asyik dok bergetar je aku tengok hp, entah berapa belas miscall dari beberapa num yang tak kenal, yang satu tu banyak sangat misscall.
aku sms dia, tanya ni sapa, apsal kol pepagi buta, orang nak tido la. lepas tu dia balas, 'ok hana, tido la dulu ye. nanti i kol balik. muah muah'. pehhh terbuka mata luas2 aku. lepas tu aku cakap aku ni fatin, bukan hana. dia tak percaya dan ada la beberapa sms lepas tu dia kata aku sendiri yang bagi num fon lepas chat dengan dia. adoi. memang gila~
lepas aku terangkan aku bukan hana dan aku tak pernah kasi num fon kat orang yang tak kenal, dia paham. dan lepas tu bermula la kebizian handphone sony aku berbunyi tanpa henti. kejap kejap ada orang kol, soalan yang sama, ni hana ke? arghh. aku cakap lagi, ni bukan hana, ni fatin. ni kat kedah, bukan kat KL. sampai la aku rasa dah malas sangat nak jawab kol, aku silent hp terus dan biarkan aje. arghh. sungguh aku rasa resah gelisah, sakit hati bila num fon aku tak habis2 kena kacau ni.
esoknya pun sama. 20 num yang tak kenal ada dalam hp aku. pehh terkejut gila. yang sms pun ramai. do you like sex? pfffttt~ aku rasa ni mesti ada sapa2 tulis num fon aku kat mana2 ni cakap aku tawarkan khidmat seks. bodoh.
dan lepas tu setiap kali orang kol, aku akan marah2. memang nasib le. yang aku paling menyampah, yang kol boleh kata semua lelaki melayu, yang sms.. aku angkat, dengar suara lepas tu letak. bayangkan dah dua hari hidup aku jadi huru-hara sebab banyak sangat panggilan. nak ignore pun dah tak larat sebab banyak sangat. menyampah weh. bateri hp asyik kong aje. arghh. kang aku off kang, kawan2 kol ke sms ke tak dapat.
yang tak boleh blah pukul 3 pagi pun kol lagi, aku jawab apahal dok kacau anak aku ni? dia nak tido la wehh. ni mak dia!! lepas tu aku tutup mulut aku dengan tangan sebab nak tergelak, yela tetiba marah,rumate2 aku pun gelak. kedengaran suara lelaki itu sedang melayan kestiman yang melampau. siot!
masuk hari ketiga, aku plan nak tanya salah sorang yang akan kol aku nanti dan nak tanya mana diorang dapat num aku. bila ada orang kol, aku tanya dia macam2 soalan. dan dia dok kata aku ni hana, tak ingat dia ke, yang dia pernah chatting dengan aku.
lepas tu dia bagitau aku, dia dapat num fon aku dari frienster. ada satu friendster ni, profile picnya gambar perempuan separuh bogel, nama profile tu hana88. dia suruh aku cari dan stop garang dengan dia. hahahahah lepas aku letak aku terus cari kat friendster tapi tak de pun. aku kol dia balik, dia tipu aku ekkkk. dia kata tak, betol la, dia dapat dari situ. bila aku search HaNa88 baru jumpa.
profile picture nampak buah dada, dok menonggeng, aku ingat lagi gambar tu, tagline dia, i want sex. dalam album dia banyak gila gambar lucah. aku baca komen2 dia. salah satu komen tu dia tulis, ni num saya 017-37*****. eh tu num aku!!!!!
patutlah, si hana88 yang menyebarkan num aku tu memang layan setiap lelaki yang komen dia. dari situ la aku check2 komen dia dan semuanya dia bagi num yang sama. patutlah ramai lelaki sangap kol num aku. pfftt~
tipulah kalau aku rasa tak tertekan, sakit hati semuanya aku rasa. aih. aku kol mama, mama kata tak apa, nanti kita tukar num lain. sebabkan aku dah tak tahan la asyik kena kacau je. hp aku ni kan tak sampai satu minit pun senyap.
lepas tu cuti sem. yeah. aku tukar num baru, alhamdulillah tak de yang kacau. num baru maxis aku tu aku bagi pada yang tertentu aje. eh num baru maxis tu la kot yang aku guna sampai sekarang. entah tak ingat, berlambak2 dah num maxis aku selalu tukar. kui3. dan aku selalu jugak usha profile hana88 tu. genap 2 bulan cuti sem, 2 bulan tu jugaklah hana88 tu tak online. dan memang aku syak sangat yang semua tu hasil kerja budak2 tempat aku belajar.
bila start sem baru, aik, online balik. haa. tengok. aku nak je msj kat hana88 tu kat friendster, bahaya pulak, kang dia amik gambar2 aku letak kat sana, lagi satu masalah. lega, lepas tukar num fon. hidup aku kembali tenang.
dari situ la aku tau yang banyak lelaki melayu islam memang berminat nak kol dan tanya pasal seks, yang tengah stim pun ada, memang ngeri. ngeri gila. aku takot benda tu berlaku lagi. dan kalau jadi lagi, aku akan pastikan sehari je aku kena kacau, esoknya aku nak tukar num fon. tak nak biar sampai dua tiga hari. boleh sakit jiwa woo~
dan sampai sekarang aku tak tau sapa yang menyamar sebagai hana88 dan menyebarkan num fon aku. hanya Allah yang tahu....
4 comments:
aduiii, macam2 kan.. tak baik orang tu dedahkan nombor telefon orang sembarang.. tak pasal2 jadi mangsa keadaan..
saya pun dah bersilih ganti tukar no hp... huhu
ish. bahaya ni.
teroknya..melayu2..huhu
diaorang nak kahwin takder duit babtu jadi cam tuh.. bile iman lemah.. ini la akibatnya.. huhuh! gua paling anti lelaki melayu islam yang suke buat cakap memikirkan yang bukan2.. errr.. tak patut la meeka ni.. erh emo lak.. heee.. :D
Post a Comment