LIZA NUR
Pernahkah kau mendongak ke langit, melihat camar putih sesuci salju bebas berterbangan di udara dan lantas kau menjerit keghairahan, meminta ia membawamu terbang bersamanya?
Aku pernah.
Penahkah kau berlari di gigi air sambil mendengar nyanyian ombak yang tak pernah jemu memuluk pantai, lalu kau tersenyum dan mengibaratkan cinta kekasihmu adalah ombak dan hatimu adalah pantainya?
Aku pernah.
Pernahkah kau mengecapi rasa cinta dan kasih yang kau rasakan luhur dan tiada noktahnya sampaikan kau terlupa tentang erti sebuah kehilangan?
Aku pernah.
Aku pernah memiliki segalanya, lebih dari yang ku pinta, lebih dari yang ku dambakan.
Dalam sekelip mata, aku kehilangan segala yang aku kasihi sepenuh jiwaku. hidupku yang bersih jernih kini berjelaga dengan noda hitam. Aku kehilangan saudara, cinta dan sahabat yang pernah aku bangga-banggakan dulu. Impianku yang dahulunya tinggi mencakar langit setinggi Menara Kuala Lumpur, kini terkubur di perut bumi..
" .... Saya pernah jumpa tapi saya tak pernah nampak dan tak pernah kenal siapa gerangannya atau dari mana datangnya dan mengapa dia hukum saya sebegitu rupa. Sampai sekarang saya hidup dengan tanda tanya.." - Alissa
Cinta hanya kiasan sajak. Cinta hanya pelaris filem. Cinta hanya cerita dongeng di dalam novel. Cinta adalah kebodohan manusia yang tidak mahu menerima kenyataan bahawa ia sebenarnya tidak wujud. hakikatnya, cinta hanyalah kekeliruan dalam pemikiran manusia, ketakutan untuk hidup sendiri ataupun rembesan hormon tubuh yang melahirkan daya tarikan sementara - Zaquan Zachery
" Sebelum kau kata 'tidak', aku nak beritahu yang perasaan ini dah lama bersarang dalam hati aku, aku tau kau mungkin tak suka aku, tapi tiap kali aku pandang mata jernih kau, senyuman manis kau dan gaya percakapan kau yang comel, aku jadi separuh gila. jadi sebelum aku betul2 merengm aku tau aku patut berterus terang- Izani
" Aku cemburu, Lis. sebab selama ni aku sayangkan kau. tapi ego nak mengaku. aku layan kau macam aku layan teman-teman wanita aku yang lain. padahal tempat kau di hati aku. sebenarnya kau lebih dari mereka, Lis. aku sayangkan kau lebih dari semua perempuan yang aku pernah jumpa sebelum ni, walaupun dah terlambat, aku tetap nak beritahu kau, aku sayangkan kau, dan kalau Zaq tak layan kau dengan baik, aku sumpah akan rampas kau dari dia semula. -Badry
sebuah novel yang baru aku beli dengan harga RM 19.90 di kedai buku di kulim landmark central sangat menyentuh hatiku. walaupun novel ni dah lama berada di pasaran, tapi aura yang terdapat di kulit buku ni buat aku tertarik untuk membelinya.
aku ni dah lama sangat tak beli novel. last aku beli tahun 2008 agaknya. lama sangat dah tak baca novel sendiri. kekadang pinjam je masa kat asrama dulu. ni kat rumah nak pinjam kat sapa pulak? huahua masa aku nak pilih novel tu, punyala lama gila. sebab aku cakap kat mama, aku nak cari novel yang boleh buat aku nangis.
kalau novel tu tak buat aku nangis, memang rugi la aku beli~ agaga. aku ingat lagi novel andai itu takdirnya, aku pinjam kat kawan dulu, punyala sedih tahap gaban sampai menangis teresak-esak macam orang baru lepas putus cinta. serius. hahaha aku rindu gila dengan jalan cerita dalam novel tu. murah sungguh air mata aku masa tu~ hee
kesimpulannya, novel biarkan ia pergi memang best sangat. memang buat aku sedih dan nangis~ hiyahh,. berbaloi-baloi. si penulis cuba membayangkan rapuhnya kehidupan seorang gadis yang diberi nama alissa othman tapi bila aku baca je, bukan setakat rapuh, hancur berderai tinggal debu lagi dah~ paling sedih masa ibu bapa dia halau dia keluar rumah, kawan baik dia fitnah dia, kekasih dia hina dia didepan orang ramai, saudara mara caci maki dia setiap hari sedangkan dia pun tak tau siapa ayah kepada anaknya itu..
tapi aku tabik la dengan watak zaquan dalam novel ni, sebab dia dah rogol gadis tu tanpa sedar sebab ada orang masukkan dadah dalam minuman dia (minuman orang lain punya tapi dia terminum), tapi dia sangatlah bertanggungjawab sampai sanggup mencari siapa gadis tu, family dan segala2nya la pasal gadis tu..
persoalannya, ada lagi ke lelaki sangat sempurna seperti tu? haha. tu yang aku tengah fikir. punyalah rasa bertanggungjawabnya dengan gadis tu..
endingnya happy la, last2 diorang bersama~ tapi sebelum nak bersama tu bermacam dugaan la harus diorang tempuh. hihi..
jangan lupa dapatkan di pasaran sekarang! memang berbaloi~ kehkeh
jangan kata kamu sedang menderita sedangkan kamu tengah bahagia :)
2 comments:
kredit untuk anda kat entry nih
http://89shah.blogspot.com/2011/10/hapuskan-duri-yang-menghambat-dirimu.html
wah, novel.
lama dah tak baca novel. huhu
Post a Comment