Friday, June 1, 2012

HOMEMADE CHEEZY WEDGES

assalamualaikum.

buka tirai jun 2012 dengan entry makanan! aum2! cheezy wedges idaman hatiku! agagagaga..

bukan aku je, korang pun kan kan. sapa tak suka makan cheezy wedges kan. tambah-tambah kalau kat kfc tu. kalau nak makan kfc pun, bukan nak makan ayam sangat tapi nak makan cheezy wedges je. kan kan. hehehe 

sebab hari tu aku dah makan cheezy wedges kat rumah kak ida, aku pun order la tepung cheezy dan tepung magik kat kawan kak ida. hehehe sebab dah rasa sedap dan berpuas hati, aku terus order. kalau tak rasa lagi, mungkin belum order. hehehe..

sebelum entry ini ditulis, dah 3x aku buat cheezy wedges sendiri. dan yang pastinya sedapppp. puas hati dapat makann okayy. tak perlu ke kfc lagi :P masa mula2 buat tu ada yang salah step dan tak berapa nak jadi, haha kali ketiga baru okay.

jom tengok cara nak buat homemade cheezy wedges. ada yang aku salah buat. meh aku terangkan satu persatu. kikikiki



nak order sila KLIK SINI.

beli dua tepung, tepung cheezy dan tepung magik = RM30 termasuk kos penghantaran.  kalau beli tepung cheezy saja RM20 termasuk kos penghantaran. aku beli dua tepung, hanya RM30. ok puas hati :)) sepeket 200gram.


mula-mula harus la potong ubi kentang mengikut citarasa anda sendiri. memula buat kan, ubi tu tebal. waaaa. hahaha so rasa macam tak best sangat, aku nasihatkan potong la nipis2, jangan terlalu nipis ye, kali ketiga aku buat terlalu nipis sebab nak bagi nampak banyak, mama kata ni dah boleh panggil sehelai-sehelai. ubi kentang seperti gambar rajah ni adalah kali kedua aku buat XD

banyak kan? untuk dua hari. sekian XD


ni la kesilapan aku yang pertama. sebab pergi bancuh tepung magik tu lepas tu celup kat ubi tu. salah sebenarnya. >,< kalau korang buat macam ni, masa goreng kan, korang rasa macam korang tengah goreng pisang. seriuss. hahha aku pun heran masa nak menggoreng, kenapa jadi macam goreng pisang je? wuu rupanya salah buat. haha :P


ini yang sepatutnya korang buat. guna tepung magik, tak perlu bancuh, hanya perlu salutkan tepung tu saja kat ubi kentang tu. okayy, yang ni benar-benar jadi macam kak ida buat hari tu. dan rasanya lebih umphh sebab tepung tu betol2 menyerap ke dalam ubi!! ;D


bukak api, tuang minyak, goreng saja la ubi tu. goreng goreng gorengg. kekekeke


sambil menggoreng, sediakan tepung cheezy pulak. bancuh dengan air suam. kena selalu kacau sebab nanti kalau biarkan, dia jadi ketul-ketul. kacau betol-betol la yeee. sikit je aku letak. sebab jimat. kikikikiki ;p

macam kak ida, ada macam botol yang ada muncung tu, senang la nak letak cheezy atas ubi kentang tu. macam aku yang tak de, aku guna sudu kecik je. pandai2 la korang sapu atas kentang tu kan. haha.



siap! taraa! ni percubaan kali pertama! ngeee


ubi kentang tebal. salah bubuh tepung magik. kesilapan kali pertama. kekekeke tapi boleh la makan. nyum3! puas hati XD


kali kedua buat! ;)



kali ketiga buat! ;) nampak banyak padahal guna ubi kentang sikit je sebab potong nipis-nipis., nampak la ramai dalam pinggan ye dak? hehehe


tu semua hidangan untuk berbuka puasa ;)


sejujurnya, bagi aku yang dah guna tepung cheezy ni, aku rasa puas hati la. sedap. berbaloi. dan tak rugi pun kalau beli. cuma yang tak de mayonis je. nanti baru nak beli mayonis. makan dengan cheezy je pun dah rasa sedap, tambah2 la kalau ada mayonis *telan air liur* kekekekeke

korang try la beli k! nanti aku nak beli lagi beberapa peket untuk simpanan. haha nanti la, tak boleh la nak makan selalu. aishhhh XD

Thursday, May 31, 2012

BERAKHIRNYA BULAN MEI DENGAN PENUH SENYUMAN ;)

assalamualaikum ;)

ooh harini 31 mei 2012 ye. maknanya esok dah masuk bulan 6! hehe kejap je rasanya. dan aku pun tak sabar-sabar nak pergi tempat tu. tarikh belum confirm. dah confirm nanti dah kurang la aku muncul di laman sosial. ye la tu :P

tak sangka jugak ini la post terakhir pasal aku kat kulim hari tu. kan kan. tak sangka. hahaha kiranya penuh bulan 5 dengan entry pasal aku kat kulim.

bulan 5 ni banyak kenangan manis. ye la dapat balik ke tempat sendiri. dapat benda yang diidamkan selama ni, dapat ganti puasa sampai habis (alhamdulillah), dan macam2 la. terima kasih Ya Allah ;)

aku balik ke kemaman 10 mei yang lalu. kiranya 10 hari aku ada kat kulim. dan masa kitorang bertolak ke kemaman dari kulim tu, macam dah malas gila nak snap gambar. lesu je. haha tapi tak la sedih. aku selalu pujuk hati, jangan sedih tinggalkan kulim, nanti bukan tak boleh balik lagi. hehehehe. dan aku balik ke kemaman dengan senyuman. masa kat KL baru aku start amik gambar banyak-banyak.

jom tengok gambar yang aku nak kongsi kat sini! ;)


teddybear ni aku beli tahun 2008. masa mula-mula dapat elaun. kikiki RM60. beli kat bukit mertajam, usung naik bas okay. terkepit celah bangku. hahaha dan aku sayangggg sangat teddy bear ni. hari tu tinggal kat kulim, sekarang bawak balik ke kemaman! tengok dah comot sebab lama tak mandikan. ngeeee


on the way balik kemaman. 


kat gombak dahhh..







singgah RNR kat sini. err mana ek, lupa dah. area pahang la jugak XD


dah sampai terengganu!


jalan masuk ke rumah kuuuu. chukai..


dah sampai rumah! horreyyy! hehehehe

 bertolak pukul 7.30 pagi dari kulim dan sampai ke kemaman pukul 6 petang. ye la, banyak berhenti rehat. hihihi. 

balik je, buka pintu je, seekor ikan sepat ronggeng ada depan pintu rumahh.. errr ingat tak dulu abah ada bawak balik ikan sepat ronggeng? bela kat rumah. KLIK SINI kalau nak tengok gambar ikan tu, ngee

10 hari tu memang kitorang tinggalkan ikan2 di dalam baldi. lepas tu bubuh makanan banyak2. hahah tapi tu la, dua ekor ikan tersebut disahkan mati. sebab apa mati? sebab lompat dari baldi. seekor kat pintu rumah (macam mana boleh sampai kat depan pintu pun tak tau sedangkan baldi dok dekat dengan bilik air), kedua, mati dekat sebelah baldi. 

ikan-ikan tu lesu habis okay. basuh balik bekas la semua. dua hari lepas tu diorang tak nak makan tauuuuuuuuuu. hahaha macam buat derkkk je dengan kitorang. ciss! merajuk ke apa ikan2 ni kan. grrr! 

sekarang dah ok la. hehehe dah tinggal 10 ekor. huuu sabar je la..

bye kulim, panjang umur kita jumpa lagi ^__^

Wednesday, May 30, 2012

PAVLOVA AKHIRNYA. YUMMY2!!

assalamualaikum ;)

4bulan lalu, aku teringin sangat nak makan pavlova. aku luahkan di entry pada 19 jan 2012 yang lalu. heheh KLIK SINI untuk baca.

aku tunggu dari bulan januari.

januari.
februari.
mac.
april

hinggalah mei. aku dapat balik ke kulim. dan aku harap sangat aku boleh makan pavlova ni! horreyyy ;D

lepas tu 8 mei yang lalu, yaya, tunaikan permintaan aku. kikikiki


ni permulaannyaa!


inilah pavlova! idaman ku sekian lama. hehehe

aku punya la risau tak dapat nak makan pavlova sebab entah bila la pulak nak beli pavlova kan. bukan tak nak try kat sini punya tapi nak jugak rasa air tangan yaya sebab kita dah tau, memang confirm sedapp, nyum2. konfirm berpuas hati!

harga RM35. dan aku rasa RM35 tu sangat la berbaloi. sebab semuanya sedappp. buah2nya segar dan sedapp. aishhh. haha 

dah la besarr. banyak pulak tu. aku bagi kat jiran sikit. heheh bagi dia rasa. selebihnya aku dan mama makan. sat ja habiss =__________= makan masa lapaq kan memang sat je la habis. hahah. dah la sedapp!

sesiapa yang ada kat kulim, area penang ke atau yang berdekatan dengan kulim la, kalau anda dah lama cari pavlova kat mana, dan sedapp, aku rekemenkan order la pada yaya ni. dia buat bisnes kek, cupcake, pavlova pun ada, dan macam2 la. sebab aku dah rasa, aku dah makan, aku memang berpuas hati dan aku nak ajak semua yang baca entry ni, jom2 order pavlova kat yaya! gerenti puas hatiii! ;D

nak contact yaya.


selamat membeli ;D

nak tunang ke nak kahwin ke, time birthday ke, nak tempah kek ke cupcake ke, dah ada orang dekat yang nak buat. senang dah, kikikiki. sekian

ARTIKEL RAKAN BLOGGER