Monday, April 16, 2012

REZEKI BULAN APRIL

assalamualaikum! :)

alhamdulillah, semua barang yang aku tunggu selamat sampai ke rumah, jadinya aku nak buat satu entry khas sebagai tanda penghargaan kepada si pemberi yang baik hati dan promote sekali blog diorang. kehkeh.

semua ni aku terima dalam bulan april. syukur, atas usaha sendiri, berbaloi :)

mula-mula sekali aku dapat hadiah dari iceq. KLIK SINI untuk ke blog beliau.. salah seorang BFF kesayangan aku. :)

sebenarnya terkejut sangat sebab dia tak inform pun nak kasi apa2 hadiah, ni la betol2 orang panggil surprise, ye dak? kekekeke terharu sangat rasanya. ;')


buku yang bagus. isi yang lengkap, padat, seronok la masa baca, rasa macam ada kekuatan, ada semangat, tak nak rasa sedih. untuk menjadi wanita paling bahagia, tak susah sebenarnya.. tapi tu la, aku tak mencapai tahap tu lagi :)

antara yang aku pelajari dalam buku ni..

seorang wanita hidup di pondok, hanya makan sepotong roti, beribadah kepada Allah, adalah orang yang bahagia dan hatinya sentiasa tenang kalau nak dibandingkan dengan seorang wanita yang hidup dalam rumah mewah, menikmati hidangan-hidangan yang lazat, mempunyai harta benda yang lengkap tetapi hatinya tidak tenang kerana tidak beribadah kepada Allah.

terima kasih sayang ^__^ kita sama-sama jadi wanita yang tabah okay? ;D


ok. lepas tu aku dapat pulak hadiah dari yadz! KLIK SINI untuk ke blog beliau.

ingat tak aku pernah join segmen sentap bersama yadz? alhamdulillah, aku antara pemenangnya ;D

dapat hadiah jam tangan! yeay!. kali kedua dapat hadiah jam tangan dari yadz, dulu pernah jugak dapat sebab masuk contest dia, aku pernah cerita kat blog. KLIK SINI  untuk melihat jam tangan yang dihadiahkan dulu. kui3.

bagus jugak. sebab aku memang tak de jam. lepas jam yang yadz bagi dulu putus talinya (jam masih elok, nanti nak ganti tali ja), ada seseorang bagi aku jam tapi kan jam tu sudah tiada! sudah berada di tempat pelupusan sampah. mungkin dah hancur berkecai kot kena lenyek. kah3! 



ini la jam yang aku dapat. cantik! cantik! cantik! pehh XD

terima kasih yadz! 


lepas tu, aku menang giveaway dari sweety beauty shoppe. KLIK SINI untuk ke blog beliau.

hadiah menjadi rahsia sebenarnya. aku pun tak tau apa aku dapat, bila hadiah dah sampai ke rumah baru tau dapat apa. kikikiki.



shawl pashmina. pashmina kan? ke bukan? err err tak tau la orang panggil apa. kah3 tapi serius kain lembut gila! memang sesuai la dengan aku, shawl tu panjang dan lebar pulak tu, boleh lilit berkali-kali, tutup dada pun boleh. suka-suka. warna pun lawa! peh. aku pakai shawl ni time keluar makan kfc dengan mama hari tu.. kui3~

terima kasih sweety beauty shoppe! ^__^


lepas tu menang pulak teka teki dari blog yui! KLIK SINI untuk ke blog beliau.

ni pun tak sangka sebenarnya boleh menang. kekeke dia suruh teka yang mana satu dia dalam gambar masa sekolah. belek punya belek, lepas tu teka, rupanya betol! yahoo. suka-suka. hehehe

dapat hadiah hasil tangan dia sendiri, dia kreatif! dia memang ada buat bisnes craft ni. cantik2 hasil tangan dia sendiri. heheh KLIK SINI untuk ke blog craft beliau.



cantik kan? sampai empat! hik3! kerongsang ni. ;D

terima kasih yui! ^__^


aku menang jugak giveaway dari cik chemist! KLIK SINI untuk ke blog beliau.

nama pun giveaway, mestilah cabutan bertuah, ye dak? keh3 aku bertuah sebab menang button long skirt, dari miss qi closet. salah satu sponsor giveaway beliau!


ada 3 warna yang ditawarkan, biru, mustard dan pink. hehe biru milikku! sampai sudahhh XD sama tinggi dengan aku. best sangat! ;D

kaler tak nampak sangat, kan? 



ha macam ni warna dia. hehehe harga dia RM50. saiz fit S-L.

sesiapa yang nak beli skirt ni, atau apa saja, yang best2, semua ada jual kat miss qi closet, KLIK SINI untuk ke facebook beliau.

terima kasih cik chemist dan miss qi closet! ^__^


dan akhir sekali, hadiah yang memang aku nanti-nanti dan akhirnya sampai, hehehe..

hari tu aku masuk satu peraduan kat facebook anugerah bintang popular berita harian. sapa yang komen post tu yang ke 200 akan menang t-shirt abpbh yang telah ditandatangani oleh zizan. kebetulan aku tengah online, aku try la masuk. komen dan komen berkali-kali. lepas tu offline.  sebab ramai yang masuk, aku tak kisah sangat la pasal keputusan =,=

2 jam lepas tu aku online balik, saja-saja la check sapa pemenang dia, haa dia tulis pemenang t-shirt edisi terhad ini adalah fatin vavavoom! peh! peh! punya la suka kan. tak sangka. siap aku check balik komen-komen yang lain, kot2 ada fatin vavavoom lain kan, rupanya aku je! haha! alhamdulillah, rezeki! ;D

 

hai zizan! :P

dah habis abpbh, aaron aziz pun dah menang. hadiah pun sampai. kemain lawa bungkusan dia, hamboi2. :P


cantik kan t-shirt ni?tak tau la pulak lengan dia tu kaler merah. kah3 sebab dalam gambar yang zizan pegang tak nampak pun.  hehehe saiz L ni :)



tak sangka dapat fridge magnet sekali. terkejut aku. sebab dia cakap baju aje, tak cakap pun dapat fridge magnet sekali. haaa memang bertuah la kan XD


time giliran baju aaron aziz dan shaheizy sam, aku terlambat! hahaha so tak dapat la :P dapat yang zizan pun jadi la. heheheh suka dia ni ^__^

terima kasih abpbh! ^_^


terima kasih kepada para penganjur contest/giveaway yang menunaikan janji. ada jugak hadiah yang aku tak dapat. ada yang aku tanya, tak de balasan, sepi terus. ada satu hadiah patah balik ke tuannya masa aku kat kulim dulu, tak tau dari sapa, tak de sapa pulak inform aku, heheh ada yang aku tak tanya pun, buat tak tau je la. hehe anggap je la tak de rezeki nak dapat hadiah yang diorang tawarkan walau aku menang. ;D

suka dengan kehidupan sekarang, dapat lihat banyak perbezaan kehidupan yang dulu dan sekarang :) 

Sunday, April 15, 2012

TANDA-TANDA ANDA MENGHADAPI MASALAH..............MENTAL??

assalamualaikum..

jangan lupa singgah ke blog kawan yang comel tu. iaitu usagi kechik. hakhak. usagi kechik dan nana adalah orang yang sama. sekian.

entry kali ni pasal tanda-tanda anda menghadapi masalah... masalah apa? masalah mental. yeah. tapi rasanya bukan untuk anda yang yang membaca entry ini. yang membaca entry ini konfirm la manusia, kan? hakhak mungkin untuk kucing-kucing kesayangan anda, errr atau.. mungkin juga untuk anda. err err

mari kita mulakan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tanda-tanda tersebut!

PERTAMA : ANDA SENTIASA MENGHADAPI MASALAH UNTUK BANGUN TIDUR.


'hiyarkkkk.. baru pukul 6.30, 5 minit. 5 minit. zzzzzzzzzz'

KEDUA : TENGKUK ANDA SENTIASA MERASA SAKIT DAN SUSAH UNTUK MEMUSINGKAN KEPALA...


kiri.... kanan...


KETIGA : RAMBUT ANDA SENTIASA KUSUT MASAI SETELAH MANDI DAN MENGGUNAKAN SYAMPU TERBAIK..


'tensionnya den.'

KEEMPAT : KEPALA ANDA SENTIASA MERASA PENING DAN SEPERTI BERADA DI AWANG-AWANGAN..


'nak suruh sapa picit la kan..'

KELIMA : BERAT BADAN ANDA TERUS MENINGKAT DENGAN MENDADAK WALAUPUN TELAH BERUSAHA KERAS UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN..


'lepas 3 minggu jogging, berat badan masih 113kg?? pfftttt.'

KEENAM : ANDA SENTIASA MERASA LETIH YANG AMAT SANGAT DAN SENTIASA MENGELIAT.


'hiyarkkkk. bos tak de, tido jap ar'

KETUJUH : ANDA SENTIASA MERASA FIKIRAN TERLALU SEMPIT.


' macam mana tak sempit, tengok apa diorang letak atas kepala aku ni.. hurm.'

KELAPAN : ANDA SENTIASA MERASA DIRI ANDA TERLALU KECIL DAN SELALU DIPERMAINKAN.


' tak apa tak apa, bagi can, nanti aku ngap terus! grr'

KESEMBILAN : BOS SENTIASA MARAH DENGAN ANDA.


'uwaaaaa kena lagi!'

KESEPULUH : ANDA SENTIASA BASAH KUYUP KETIKA KELUAR MAKAN TENGAHARI WALAUPUN BERPAYUNG


'basah jugak. grrr.'

KSEBELAS : ANDA SENTIASA DAN SELALU MERASA PENAT YANG AMAT SANGAT..


'lepas tu rasa nak marah orang je.. grrrr'

KEDUA BELAS : ANDA SENTIASA MERASA DIRI TERSEPIT.


' tak da sapa ke nak tolong keluarkan aku dari sini?'

KETIGA BELAS : ANDA SENTIASA MERASA KEHADIRAN TETAMU ASING.


'errr..'

KEEMPAT BELAS : ANDA SENTIASA MERASA SEPERTI HENDAK DEMAM DAN SELESEMA SERTA KEPALA MERASA PANAS..


'peningnya. hurm. hurm.'

'
'
'
'
'
'
'
'

KELIMA BELAS : 


ANDA SENTIASA MERASA.... KESEORANGAN DAN MERASA AMAT TAKUT... SEPERTI ADA SESEORANG BERADA DI DALAM RUMAH.. HE HE HE HE..



anda bagaimana? adakah anda pernah mengalami tanda-tanda seperti di atas? aku pernah. err yang ke lima belas ni. selalu sangat. adakah anda jugak menghadapi masalah tersebut? err jawapannya tidak kerana lagi 14 belas aku masih tak lalui. ngeh3!!

kucing2 tu comel ar!! meowwwww~

Saturday, April 14, 2012

Contest: Aku Sebuah Blog by Kamil Kahar

assalamualaikum..

tertarik nak join dari kamil kahar, dapat jemputan yang dia tinggalkan di chatbox. baca syarat, baca isi kandungan, terus tertarik! ngeh3~

contest dari kamil kahar.


banner contest.


tajuk : aku sebuah blog

anakmama89.blogspot.com. itulah namaku. aku dilahirkan pada 4 februari 2009 ketika usia mama ku mencecah 20 tahun. kini usiaku sudah melebihi 3 tahun. alhamdulillah, aku masih di sini.

selama 3 tahun aku menemani mama, bermacam perasaan telah mama luahkan kepada ku. perasaan sedih, gembira, marah, menyampah, sakit hati dan sebagainya. ketika itu aku belum dikenali ramai. kebanyakan yang mengenali aku adalah dari kalangan kawan-kawan mama sendiri.

kemudian, mama kenalkan aku kepada syarikat pengiklanan yang terkenal iaitu nuffnang. sejak itulah, kehadiran aku dalam hidup mama makin diketahui umum. kawanku makin bertambah, mama semakin rajin menghiasi ku, dengan warna yang ceria, cantik dan lembut. 
aku semakin dikenali. sudah dua kali mama menerima bonus dari syarikat nuffnang. 

mama semakin pandai menjagaku. dihiasinya aku dengan kata-kata indah, disalutinya aku dengan kata-kata hikmah, dan dibalutinya badan aku dengan perasaan kasih sayangnya. di saat aku dilahirkan sehinggalah usiaku melebihi 3 tahun, tak pernah kurang sekali pun kasih sayang mama terhadapku. sampai ke saat ini..

ya, mama pernah menerima dugaan. dugaan orang tak suka dengan kehadiran mama ku di industri ini, digunanya aku untuk memarahi mamaku. kelihatan mama rasa sedih sangat. tapi lama-lama alhamdulillah aku berbangga dengan mama ku. beliau sering menasihatkan dirinya dan juga aku, bersabarlah, tak semua orang suka akan kita, kita tau apa kita buat, kita tulis baik-baik, bukan bererti kita baik tapi sekurang-kurangnya kita tak buat jahat. dan mama juga cakap sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.

walaupun sudah melebihi 3 tahun usiaku, mama tak pernah merasa jemu melayanku. biasalah, kadang-kadang aku demam, sakit, mama usaha mengubatiku, bertanya pada kawan-kawan untuk merawatku. mama juga sering menukar-nukar pakaianku, mencantikkan aku, supaya sentiasa kemas, menarik di mata mama mahupun orang lain.

aku tak tau sampai bila mama akan terus bersamaku. mungkin suatu hari bila mama ada komitmen yang lebih penting, mama akan punya masa yang terhad untuk bersama aku. tapi aku yakin, kasih sayang mama takkan pernah berubah. bukan senang untuk menjagaku sebenarnya, dugaan demi dugaan, mama seorang yang cekal dan tabah untuk meneruskan coretannya bersamaku. 

aku akan terus berbakti kepada mama selagi diperlukan. insyallah..

--------------------------------------------------------------------------------------


jawab soalan ni dengan jujur :

apakah impian anda sebagai seorang blogger?

impian saya sebagai seorang blogger adalah, saya nak berkongsi ilmu yang saya tahu kepada pembaca, saya mahu dikenali atas karya yang saya curahkan, saya mahu pembaca menilai saya dari diri saya sendiri, bukan atas cakap-cakap orang.  ;)

hadiah-hadiah gempak menanti anda :

karangan terbaik pertama 
-cash/topup RM30.
-colourful notebook by EM shop

karangan terbaik kedua
-cash/topup RM20.
-Colourful notebook by EM shop

karangan terbaik ketiga
-cash/topup RM10.
-colourful notebook by EM shop

5 peserta bertuah by random :
-bloglist
-penanda buku + 2 pen hitam stabilo performer = setiap seorang.
-special entry : komen kamil tentang karangan mereka.

5 peserta terakhir
-smart header by rochelle_secret

update tentang hadiah :

kategori karangan blog paling bahagia
-novel kacaknya cikgu by fazlan iskandar


kategori  karangan blog paling malang
-novel  hidup penuh cinta by bahrudin bekri

komen entry contest paling terbanyak

pemenang pertama
-headphone, usb hub dan lan cable


pemenang kedua
-keyboard skin, laptop skinguard, mouse pad


pemenang ketiga
-mini laptop fan,hard disk bag,nice stuff


2 top reffering url

-color pen (setiap sorang)



tarikh tutup: 30/4/2012

apa lagi kawan-kawanku, jom join! hik3 ni la masanya untuk anda mencurahkan rasa hati mengenai blog anda, bila lagi kan~ ngeee




kamil, saya dah vote ye~ ;D


komen korang tentang karanganku?? ;)

ARTIKEL RAKAN BLOGGER