salam..
bila aku dah balik kulim bulan 7 hari tu, bila aku nak cari kerja, abah ada bagi beberapa pesanan.. antaranya..
- mintak kerja yang boleh pergi sendiri, tanpa susahkan orang.
- time nak mintak kerja, jangan sesekali tanya gaji berapa sebulan dan cuti hari apa, atau berapa hari.
- ikut arahan bos.
- jangan malas.
- kalau kena marah, diamkan diri. jangan melawan.
- jangan bergado dengan customer atau rakan sekerja yang lain.
- jangan berat tulang, jangan bergerak kalau disuruh aje.
- jangan asyik2 mintak cuti.
- jangan asyik2 tanya pasal gaji.
- jangan meninggalkan waktu kerja tanpa sebab.
- rajin bertanya tentang apa tugas kita.
lagipun aku nak cari kerja sementara je. bukan kerja tetap sebab kalau kerja tetap, sudah tentu la aku nak cari yang berkaitan dengan kos aku masa belajar diploma dulu.
aku pulak tak de lesen motor atau kereta. dalam proses mengumpul wang ye. hik hik.
masa mula2 aku bertanya pasal pekerjaan di kedai kasut tu, tu pun sebab aku terbaca ada note yang tertulis : jawatan kosong (promoter), hubungi.. blablabla. aku pergi terus ke kedai tu. hee.
aku tanya, ada keja kosong tak? budak cina tu ( nama dia lee), dia cakap kami tengah nak confirm dengan pekerja melayu yang lagi sorang tuu, lepas raya je terus tak datang kerja. tak tau sama ada dia nak teruskan kerja atau berhenti.
oo okay2. hehe aku kata la, dia suruh tinggalkan num fon dan nama. sebab dia akan hubungi aku balik. aku pesan kalau boleh jangan la lama2 sangat, sebab kalau tak dapat kerja kat sini, aku boleh cari kerja tempat lain. dia kata dalam 2 hari lagi dia call, sebab dulu masa bulan puasa aku penah mintak jugak, lepas dua minggu baru dia call, masa tu aku dah kerja kat kedai nasi ayam tuuuuuuuu..
petang tu jugak, aku dapat panggilan dari dia, esoknya dah boleh start kerja, permulaan ni masuk pukul 2. masa tu dia cakap, esok awak datang pertang ye, pukul 2 sampai malam. gaji awak sejam RM 2.50. eh boleh tak kerja shift? ada pagi, ada petang sampai pukul 8 malam.
aku cakap boleh aje., tak kisah mana2. hehe. esoknya masa pergi kerja, dia terangkan tugas aku cuma layan customer, dia tunjuk jadual kerja aku, aku cuti hari khamis. 3 hari kerja pagi, 3 hari kerja petang. kalau kerja dari pagi sampai malam, ada rehat 2 jam.,,
dah 2 minggu aku kerja kat sini rupanya, kejap je rasanya :)
bila abah call dulu, dia ada pesan lagi, ingat jangan kerap sangat nak cuti atau malas nak datang kerja, atau jangan asyik2 mintak gaji, tanya pasal gaji ke apa ke, kerja dulu, buat yang terbaik, insyallah, bos sayangggggggg :P
ni duit gaji yang aku ambil kat google :P
lepas tu kan beberapa hari yang lepas, ada dua orang budak ni datang mintak kerja. sebab ada salah seorang pekerja kat kedai tu protesss kat supervisor sebab tak dapat cuti. macam2 la yang terjadi dan dia kata nak berhenti, itu nanti aku cerita di post lain yee~
dua orang budak perempuan ni muda lagi rasanya. mungkin lepas spm, paling tua pun aku rasa 18 tahun. kalau sebaya aku bukanlah, sebab muda sangat. diorang ni sama2 datang mintak kerja.
kebetulan aku yang ada kat situ bersama lee tu la.
lee cakap, tinggalkan num fon dan nama, nanti saya contact balik. salah sorang tu bertanya, berapa orang nak amik pekerja. lee kata seorang aje. dah berkerut muka masing2. diorang kata, la, kalau amik dua2 sekali boleh tak?? lee kata kami nak sorang je lagi..
terus dia tanya, gaji kat sini berapa banyak ek? sungguh aku terkejut. hakhak. lee pun kata la sejam rm 2.50. dia kata kerja pukul berapa? lee kata ada shift, kadang2 pagi, kadang2 petang. boleh ke? dia kata tengok la macam mana. hoho. aku senyum2 aje la. budak2 berdua tu tinggalkan num fon dan nama dengan harapan dua2 boleh kerja sekali..
lepas diorang pergi, lee cakap mudanya diorang ni. nak kerja sekali pulak tu, kang tak buat kerja pulak.. hoho aku senyum aje la~ hee..
masa aku kerja kat kedai nasi ayam dulu pun aku tak pernah tanya soal gaji, bos tu sendiri bagitau. sama jugak dengan kedai kasut ni.
sebab bagi aku, yang paling penting bukan jumlah gaji yang kita nak terima, asalkan ada kerja, boleh sara diri dan keluarga, itu sudah cukup. sebanyak mana jumlah pun aku terima. kerja teruk ke apa ke, aku tetap terima. sebabkan kedai tu paling dekat dengan rumah aku, aku pergi mintak kat situ la~ hee..
asalkan rezeki halal. :)
aku tak segan silu bila orang tanya, gaji kau berapa? haa sejam rm2.50. pandai2 la campur sendiri nak cukup sebulan, aku banyak jugak buat OT. boleh la tahan ;D nak malu apa, kita bukan buat kerja tak senonoh, jual dadah, kita buat kerja yang halal, atas usaha kita sendiri, kan?
campur dengan pesan abah + mama + + kawan2, aku dah boleh sesuaikan diri kerja kat sini. :)
alhamdulillah.
*panjang pulak entry ni, rajin pulak nak menaip ;p
14 comments:
duk tanam anggur sekarang...terasenye...
nk kene cr keje mcm ni..
ehhehhe
"Selamat Pengantin Baru Lan dan Fyda"
baguslah.
asalkan kerja halal.
betul tu. (:
salam BW
huhu..entry yang penuh dgn pglmn dan nasihat. admin setuju sangat2 dengan awk. asalkan kerja elok2..tu yang utama
jom singgah blog admin jgk yer. kongsi jer apa2 aje..mekasih (^_^)
salam..
betul apa yg ayah awak ckpkan tu..
saya sokong sangat2..tak akan kita yg akan tanya gaji..bos tulah yg akan bagitahu..
mesti ada hitam putih pasal ni kan?
xnk further study ke fatin?
biar gaji kecik..janji halal
betul betul. mama i pun pesan if btol btol nak keje, jgn tny pasal gaji. rude kot.
nak duit tue sikit boleh kalau cam ni nak minta uncle google jugak la hehe..
aku pun pernah kerja kilang biskut dulu.. gaji rm3 sejam...
ya betul... kalau sekadar nak keja sementara, jangan banyak songeh kan.. nanti x dapat plak.. lagipun sekadar part time je.. ambil pengalaman...
yang nomor 8 tu tak wat tapi selalu tnya sal cuti..negotiate ngan bos..=)
kalau tak tanya pasal gaji ni susah juga... sebab nak banding2 nak terima kerja yang mana...dan banyak faktor lain lagi yg nak kena fikir. hurmm.
PEMBANTU KIOSK di BANGI GATEWAY
1.Perempuan
2.Ada transport
3.Boleh membaca.mengira.menulis dengan baik
4.Fasih bertutur Bahasa Melayu(Bahasa English lebih diutamakan)
5.Rajin.jujur.amanah.kemas.sopan
6.Masa kerja 10pagi ke 10mlm( rehat 2jam mengikut kesesuaian)
7.Mahir menggunakan komputer
Tugas keja
1.Iron
2.Kemas stok/kiosk sapu mop lantai
3.Promote barang
4.Layan customer
5.Edar flyers
6.Urus barang poslaju
7.Kira stok
8.Urus kerja online di komputer
Gaji RM1000-RM1200
Berminat hubungi 0139201910
Cayalahhhh fatinnn Assistan supervisor ECO SHOP P.B... CAYOOKKKKK
Post a Comment