salam..
kadang2 aku terasa jugak la dengan mulut orang ni. tambah2 yang ada kat sekeliling. yela, aku pun ada hati. bila beberapa orang cakap benda yang sama, mestilah terasa ye tak?
dah elok diorang tanya aku kerja mana, aku cakap kerja kedai kasut tutt tuttt kat kulim tu,orang mesti akan tanya gaji banyak ke dapat? bila aku cakap.. tutt tutt sejam. orang tu mesti akan.......
' banyak tu je?? pehh tak berbaloi!!'
heh? aku pelik la dengan kata2 orang macam tu. gaji tak sampai rm500 pakat nak cebik mulut masing2, apa hal? haha. diorang kata apa kelas kerja kat situ, apsal tak mintak kerja kat supermarket ke, kfc ke, mc donald ke, ke hape2 la..
masalahnya bukan aku tak nak mintak, semuanya balik sampai pukul 10 malam ke atas. mak aku tak bagi tau x! haha bahaya. nak pergi jalan kaki. balik pukul 8malam aku boleh tahan lagi tapi kalau 10 malam? err! ish~
banyak kerja kat kulim ni, kat giant tu berlambak2, tapi masalahnya aku tak de transport nak pergi sana. naik teksi?? jangan mimpi lagi, habis gaji korang bayar kat teksi je. adess..
dah elok2 aku dapat kerja dekat, boleh pergi sendiri, balik dalam pukul 8 malam, rehat 2 jam, sebabkan gaji sikit (bagi pandangan orang lain), macam tu pun nak cebik ke apa?
gaji aku sebenarnya sama je dengan aku kerja kat kedai nasi ayam tu sebenarnya. sama je. tutt tutt sejam. ha.. normal la kot.
tak apa la, aku yang kerja, cari rezeki yang halal, bukan mintak duit orang, bukan mencuri hak orang, bukan buat kerja tak senonoh. kadang2 kalau kita nak ikut sangat pasal mulut orang ni, memang payah. mulut orang tetap akan berbunyi.
aku bersyukur dapat jugak gaji dan aku rasa sangat cukup untuk aku, boleh belanja mak lagi.. bukan aku tak nak kerja ikut kos aku dulu masa diploma tapi aku tak de transport nak pergi. aku nak kumpul duit, buat lesen moto dulu atau kereta, ada moto dulu, insyallah,. aku akan cari. usaha tangga kejayaan.
heran, mak dan abah tak penah bising pun, orang lain pulak nak kecoh2 =p
tolonglah, jangan memperlekehkan rezeki orang lain :)
senyumlah walaupun dirimu disakiti :)
mungkin anda berminat??
13 comments:
I love this entry really much. Tayah risau. Kadang2 org yg tanye tu dy tak pk keadaan kite. Kite sush snng bukan dy tau. Dy tau nak komplain je. Keje leklok tau fatin
biasalah tu manusia.. tidak pernah ade kepuasan. asek mahu mengata orang..sabar ya
hurm..betul tu...jangan m'perlekehkan rezeki masing2..manusiakan..memang takkan puas hati.
orang tu x belikan kita beras pun patin...bersyukurlah ye...pedulikan kata2 orang k...caiyukcaiyuk!!
Salam fatin. Untung fatin dpt kerja dekat dgn rumah. Tak payah bayar sewa, tambang dan yg paling melegakan, tinggal bersama keluarga. Hati mak dan bapa pun lega tengok fatin ada bersama mereka setiap hari.....:)
Sedikit2 lama2 jadi bukit.....:)
takyah pikir cakap orang fatin..kalau difikir sangat..memang takkan kerja lah kita..mulot orang kan..haih..
rezeki masing2... yang penting halal...
rezeki masing2 Alllah yg tentukan.. terimalah seadanya
org yg ckp tu jeles sebenarnya.ada penyakit hati.
orang skang x jaga hati perasaan org lain....
pedulikan mereka tu..biarkan je mulut mereka bersuara,kalau dilayan takkan habis tu..
xpe sikit pun asal berkt..hee
sumbat mulut diorang dengan kasut...=P
Post a Comment