Sunday, August 12, 2012

KUALA LUMPUR 4 HARI ( PART 2)

assalamualaikum ;)

sambung bercerita lagi. kikiki

malam tu dari damansara kitorang pergi ke bangi. untuk kali ni, aku akan tinggal bersama nadiah ;) kawan aku jugak. budak grup jugak. wink wink. pertama kali jugak jumpa. walau kawan dah lama. sama-sama orang kedah. dia bakal cikgu, insyaAllah.

rumah dia area bangi. dia datang amik kitorang naik skuter kat mcd bandar baru bangi. hehe thank youu nad!

dah sampai ke rumah, lepas tu aku ikut dia pulak naik skuter, antar ain dan addin ke stesen minyak. 

bestt woo naik skuter. haha tak penah-penah aku naik. ni pertama kali! memang best la nadiah bawak. vrooomm vrooom!



sempat lagi bergambar ha.. hahah..

malam tu kitorang berdua je ada. housmate dia semua tak de. rumah besarr. hehe malam tu kitorang lepak-lepak, borak-borak, gosip-gosip sampai pukul 3 pagi baru terlelap. haha..

nadiah masak spageti malam tu. memang sedap! makan sampai dah tak boleh nak makan dah. kenyang sangat mungkin sebab makan kat ikea tadi tak hingat kot kan. haha!

seronok jumpa nadiah. ada sesi luahkan perasaan malam tu. auww =P

lepas tu layan korea kejap. big bang ke apa entah nama grup tu. nadiah ni peminat kpop. aku tak. tapi aku layan je, tak kisah mana-mana pun. kakaka 

malam tu aku tido dengan kepenatan dan kekenyangan dan menanti hari esok..

to be continued ;))

Saturday, August 11, 2012

KUALA LUMPUR 4 HARI (PART 1)

assalamualaikum ;)

mak oiiiiii. lamanya tak update blog. haha busy. letih. serabut. semua ada. haha rindunya kat blog ni. aum aum. ada yang rindu aku tak? :P

ni minggu lepas punya stori. aku baru ada masa nak bercerita. tu pun sebab hujung minggu. kalau tak, payah la nak dengar aku bercerita ni. maklumlah, busy. kakaka

oh ya, tajuk entry memang tak boleh blah. dah macam tajuk mc 5 hari pulak.. tapi aku 4 hari je dan bukan mc :P siap ada part2 bagai. 4 hari punya stori kan? mana muat satu entry. gambar berjuta lemon. stori berbillion-billion. tu belum termasuk gosip lagi. hahaha

aku tak tau sampai part berapa. apa-apa pun aku akan bercerita mengikut turutan okay. dont worry bebeh.

hari jumaat yang lepas ( 3/8/2012) aku dan dayah (rumate) bertolak ke KL dengan menaiki bas utama express. bertolak jam 11 pagi dari stesen bas geliga kemaman. 

motif nak pergi KL sebab 4/8/2012, ada majlis berbuka puasa bersama bebudak grup 89. kebetulan dayah pun nak pergi KL. so aku ikut je la dia. heee best2! malam tu tak tido lena dah sebab tak sabar sangat nak jumpa kengkawan! rindu!

pertama kali aku nak pergi tempat jauh tanpa family. mama memang tak bagi dah. mujurlah abah bagi. haha lagipun dah besar kan. asalkan pandai jaga diri cukup la. terima kasih abah. kikiki.

bebudak 89 yang baru aku jumpa tu time birthday aku tu la. ingat tak? KLIK SINI untuk baca entry tersebut ;)


ambil gambar tiket buat kenangan :P

perjalanan ke KL agak slow dan aku rasa macam tengah naik roller coaster. wawawawa 

aku sampai kat KL rasanya pukul 4 petang kot. aku turun kat greenwood. kawan aku, ain dan boifren dia, addin akan datang ambil aku kat greenwood. woot woot.

pasal greenwood pun dah jadi salah faham. pakcik tu kata kat bus stop tepi highway tu la greenwood. sedangkan ain dan addin tunggu aku kat greenwood yang lain. aku yang tak tau apa-apa ni hanya turun sajalah. kakaka adoyai! dah la turun sorang-sorang. sebab dayah turun kat hentian putra.

ini la kali pertama aku nak jumpa ain. kawan dari april 2010 lagi. setelah beberapa tahun, akhirnya aku dapat jumpa dia. wee seronok tak terkata. terima kasih ain dan addin sebab sudi ambil aku kat greenwood dan petang tu kitorang berbuka puasa bersama-sama di ikea!

pertama kali sampai di ikea. whoa.baru aku tau macam mana rupa ikea. kakaka


sebelum berbuka puasa! hehe inilah ain! cantik kan? :)


hidangan kami bertiga. yummy2! ain belanja. terima kasihh! ;)


yang ni memang sedapp. ok dah terliur. rindu nak makan lagi =__=


pertama kali jugak makan meatball ikea. selalu dengar orang cerita je. ni dapat rasa sendiri.. mak ooii apsal sedap sangat ni? serius sedappp! haha..

amik 20 biji. 2 biji je ain makan, lagi 18 aku dan addin abiskan. wawawawawa eating contest! :P


makan sampai fengsan~ :P

ain, aku tak boleh lupa lagi wajah lelaki yang duduk sebelah meja kita tu. wawawawa :P

lepas tu kitorang berjalan-jalan di dalam ikea tu. besarr gila tempat tu dan yang paling best banyak cermin. huahua boleh ambik gambar :P


bertiga ;)

aku tak beli apa-apa pun. cuci mata saja. dan punyalah ramai jejaka kacak kat sini. senang la hai nak jumpa. adoyai. rambang mata den. haha!

mungkin sebab pertama kali jumpa aku masih malu-malu lagi. ain risau la kot2 aku tak happy ke apa dengan diorang. aku happy la cuma aku tak pandai nak tunjuk je! haha

serius, best dapat jumpa korang, keluar dengan korang. happening. dan tak bosan. ;)


ain, moga kita dapat berjumpa lagi!! ;)

lepas tu boleh pergi ikea lagi. makan meatball lagi. lawan makan lagi. wehuuu~

kitorang lepak bersama sampai pukul 10 lebih la.

malam tu.. aku... 

jumpa di entry seterusnya. hik hik

bai.

Thursday, August 2, 2012

HAI OGOS!!

 assalamualaikum ;)

sudah masuk hari kedua dalam bulan ogos!! kejap je kan rasa. pejam celik pejam celik masuk bulan kedua aku kat tati ni. alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. cuma nak update blog selalu tu tak boleh ar, ekekeke asal balik kelas je stress, asal stress je balik kelas. so nak update pun tak da mood. malam2 je boleh online dengan tenang, pagi petang busy dengan kelas. weekend balik rumah, abiskan masa dengan family. tiap2 minggu balik rumahhh okay. untung rumah dekat. hihi.

ok itu baru intro.

minggu ni berjalan seperti biasa. setiap hari berbuka puasa bersama housemate tersayang. samada memasak, atau makan di kedai atau kafe. mana-mana pun boleh. sekali je la merasa pergi bazar naik bas tati haritu. lepas tu pakat dah malas dah nak pergi. kekeek


aku, shikin, dayah dan hana.

maaf, sarah sebagai photographer.

manakala umi dan aisyah tidak dapat dikesan ketika ini :P



menu berbuka puasa kitorang. kekeke

best best. aku suka sangat makan nasi goreng cendawan kalau makan kat kedai makan kak long ni. rm6 sepinggan tapi sedapp. masa ni aku makan koeytiew goreng. esoknya aku makan nasi + tomyam campur + telur dadar. 

yummy2!



permandangan dari asrama kami.. hehehe

indah permandangannya kan.. tambah2 petang2 :P :P




hari jumaat ini aku akan bertolak ke kuala lumpur. bakal menginap di rumah kawan aku, nadiah di bangi. sabtu tu ada majlis berbuka puasa bersama budak-budak grup 1989.  grup yang paling aku sayang walau banyak kisah suka duka bersama. kekeke tak sangka dah lebih 4 tahun kitorang bersama. 4 hari aku kat sana. sampai isnin. maklumlah, isnin cuti. kehkeh.

jumaat bertolak, sampai sana, dating dengan ain. malam tido rumah nadiah. sabtu pagi dating dengan fadh dan nadiah, petang majlis berbuka puasa bersama diorang, ahad ronda-ronda kuala lumpur. isnin balik! ;D

ada sapa-sapa nak belanja aku berbuka puasa? mohon roger cepat sebelum hari jumaat. sekian! ;p

julai berlalu membawa banyak kenangan indah. alhamdulillah.. ;)

belum dapat kad raya lagi tahun ni. sob sob.

baju raya dah beli. 5 pasang sudah. kemain shopping. amboi. lepas ni tak da dahh, tak da dahhhhh. hahaha..

sampai di sini saja bebelan aku pada harini. jumpa lagi minggu depan! assalamualaikum!

ARTIKEL RAKAN BLOGGER