Wednesday, May 16, 2012

WORDLESS WEDNESDAY : PEMAAF

assalamualaikum ;)


sedang cuba menjadi orang yang pemaaf itu. usaha! ^__^

Tuesday, May 15, 2012

PROGRAM KPN TURUN PADANG DI KULIM (PART 1)

assalamualaikum ;)

entry-entry berikutnya akan ku ceritakan mengenai apa yang terjadi di kulim dan kampung.  pertama kali dalam tahun ni aku balik ke sana, rasanya nak curahkan segala kenangan yang ada di sini. untuk tatapan pembaca blog ni. hehe ;)

oh ya, aku balik ke kulim 1 mei 2012 hingga 10 mei 2012. 10 hari ;)

5 mei kan aku keluar dengan aya. 6 mei sepatutnya pergi ipoh. tapi tak jadi. dan baru la aku tau rupanya 6 mei tu Ketua Polis Negara (KPN) datang melawat ke kulim. baru cheqqq tauuu. ahaks.

pagi2 mama dan abah pergi pasar, sempat la tengok KPN lawat pekan kulim. masa tu aku tak ikut sebab err masih zzzzz XD

dalam pukul 2.30 petang kitorang pergi kat mini stadium keladi di kulim kedah. hehe tak la jauh pun dari rumah aku. dekat je ;)

gambar terlampau banyak ++++++. rasa nak masukkan semua gambar dalam satu entryyy tapi nanti kan berpinar mata koranggg nak tengokk pulakk. dengan mata aku sekali berpinar time nak uploadd. wakaka

makanya aku ambil keputusan untuk asing-asingkan gambar mengikut entry. lain entry lain gambar. ni baru part 1. akan ada part 2, 3 dan seterusnya. kekekeke

jom layan gambar2 di bawahh~ setiap gambar ada kisahnya tersendiri..


yang tu mama, yang tuu abah.. yang baju kuning tu farhan, adik alisya. alisya tu adik angkat aku, anak yang mama pernah mengasuh dulu. hik hik. alisya tak de, dia sekolah kat perak, adiknya je la yang ikutttt~ tapi kejap je, lepas tu dia balikkk.


orang mula membanjiri mini stadium ni. kelihatan si baju merah, kawan dari sekolah rendah, mizan ;) 


macam-macam warna!! lawaaaaaa, sapa punya la kannnn XD



banyak khemah, banyak pameran. macam-macam la kiranya. ;) cuaca petang tu alhamdulillah okay ;)


dengan farhan ;)


abah dan mama ;)


masa ni acara payung terjun. haha okk gambar2 payung terjun akan ku tempek di lain entryy. sebab banyakkk sangatttt XD


penuh kat atas tuu. kitorang duduk kat padang jee. tak naikk pun atas tuu. hehehe


sempat mengabadikan kenangan di sini ;)


ada helikopter! whoaa. punya la ramai nak bergambar sampai kena beratur =,=


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.


pertama kali tengok KPN depan mata :)


ada persembahan tarian..


persembahan lagiii!! XD

kesimpulannya memang best la. seronok kat sini. aku dengan mama ke sana ke sini. siap ada makan-makan lagi. yela, tengah panas kan, dengan dahaga lagi. aumm~ ngeh3~

entry seterusnya dan seterusnya mengenai payung terjun, persembahan tatu pdrm, dan persembahan artisss. nantikan!! XD

Monday, May 14, 2012

SEHARI BERSAMA CIK AYA - THE AVENGERS

assalamualaikum ;)

5 mei 2012!! hari yang ku tunggu-tunggu, dengan debarnya. dengan rasa terujanya. mahu bertemu aya. malam tu rasa berdebar macam nak pi dating XD lama dah kenal aya, cuma baru pertama kali nak jumpa, setiap hari contact, boleh kata dia bestfriend aku sampai sekarang. selalu berkongsi hal peribadi, setiap hari, ada saja benda yang nak diborakkan. aku seronok kawan dengan dia ;)

dia ambil aku kat rumah, dalam pukul 10.45 pagi.. kitorang terus ke jusco perda. memang plan nak tengok the avengers kat sana. beli tiket, RM11 seorang, tayangan pukul 3.30 petang.

lepas tu kitorang terus ke rumah kak ida, kakak kepada aya. yang jugak seorang blogger. hehe ingat tak dulu aku pernah buat entry pasal kak ida ni kat blog aku? KLIK SINI untuk baca kembali entry tersebut. hehehe bestnya sebab dapat makan tengahari kat rumah dia sekaligus merasa masakan dari air tangan dia sendiri! ;D


aku dan aya. apsal entah aku buat muka macam tu.. ekekeke masa ni dah habis wayang kot. lemau dah :P 

kak ida masak tomyam tulang, udang garing daun kesum, sayur brokoli + cendawan, budu, sambal belacan! memang sedapppppp!! ^__^


tomyam tulang.nyum2~



udang garing daun kesum


brokoli cendawan.

lepas makan tengahari, makan pulak puding koktail!! lagi sedappppp. hakhak kak ida siap kirimkan bekal lagi untuk aku, untuk diberikan kepada mama, mama pun puji sedapp tauu. ;)


puding koktail ;)

lepas makan pakat semua kuyu dah mata.. kekekek alhamdulillah kenyang sangat ;) 

kitorang pergi tengok wayang. dengan sejuknya, lagi la mata berat. tapi sebabkan cerita ni best, menghiburkan, terus segar mata kitorang. cuba bayangkan kalau kitorang tengok filem yang boring, mendatar, konfirm tidor terus. seriusss. hak3







the avengers sangat best! aku jarang sangat2 tengok filem english kat pawagam. selalu tengok filem melayu je. ha3 tapi selama yang aku pernah tengok filem english, ni la filem yang paling best. memang gamat pawagam okayyy. tapi ada orang bawak bayi. terkejut jugak aku. tak terkejut ke bayi dia tu dengan sound yang agak kuat. hakhak. aduhai.. 

aku bagi 10 bintang untuk the avengers. nasib baik tak da 3D. kalau tak, memang nak tengok 3D dah. mesti lagi best ye dak? tengok biasa-biasa pun dah rasa best sangat. weeee sesiapa yang belum tengok, cepat2 pergi tengokk k!! ;D

lepas tu kitorang cuci mata kat jusco kan. beli set rantai dan anting-anting, sama macam aya.  lepas tu beli hadiah untuk hari ibu. dan beli novel sebenarnya saya isteri dia. hehehehe seronok kan sebab tinggal satu je lagi dan akhirnya aku dapat memiliki novel tu.. hoyehhh!! XD itu nanti aku cerita di lain entry ye., sekali dengan review..

balik tu, kitorang pergi rumah kak ida lagi sekali. kali ni kak ida buat cheezy wedges. nyum3!! aku tengok gambar pun dah cukup terliur dah. dan nak rasa sendiri. heheh tepung cheezy dan tepung magik tu anda boleh order kat EMANZ HOMESHOPPE ONLINE. aku dah order dahh. hehe sebab puas hati rasa dia masa makan kat rumah kak ida ;)


sedap kan? kan? tak perlu susah2 pergi kfc lagi. selalu diorang letak cheezy sikit sangat. ni boleh makan banyak2 :P :P

lepas tu balik ke rumah. dah malam dah time tu.. hik hik. lepas tu aku pegi makan charkoeytiew pulak dengan mama dan abah XD

sepatutnya hari ahad tu kitorang (aku dan aya) nak pergi ipoh. ada kenduri. tapi aya tak sihat. huhu kesian kat dia. panas sangat hari tu.. dengan terlampau sejuk dalam pawagam, minum ais lagi. hoho.. demam teruss. 

apa2 pun happy dapat jumpa aya. aku hadiahkan dia teddy bear yang dah beberapa bulan aku dapat ^__^ kak ida pulak bagi macam2 barang kat aku. serius terharu sangat kak ida. terima kasih sangat2 ;')

** aku cuma update blog pada hari ahad hingga jumaat saja. sabtu cuti. kekeke rabu untuk wordless wednesday, jumaat untuk renungan hari jumaat. kalau anda perasan la~ hik hik

ARTIKEL RAKAN BLOGGER