Thursday, May 3, 2012

PENGALAMAN PEMERIKSAAN JANTUNG

Assalamualaikum ;)

berbalik kepada entry pada hari selasa yang lalu, aku akan sambung cerita di entry ni. kalau semua letak satu entry, memang panjang sampai ke lantai la kan. hakhak kesian korang nak baca :P

awal bulan april, aku pergi hospital kemaman. rasanya lebih 10x kot kami pergi hospital ni. tapi semuanya pergi sebab nak melawat orang saja la, kawan-kawan abah atau isteri diorang masuk hospital. hospital kemaman ni tak jauh dari rumah aku. dekat je ;)

sebab 4 hari tu aku sakit dada sangat-sangat, paling ketara time nak sujud, pehh sampai nak menangis pun ada, punya sakit, sebab kan dah 4 hari sakit tanpa henti, abah bawak aku pergi check kat hospital. risau kan T_T

ok aku mengaku minggu tu memang aku makan tak teratur. makan ikut mood. kadang2 tak makan tengahari, kadang2 tak sarapan, ikut suka bila rasa nak makan, makan la. kalau tak, tak la. hehehe

dan aku pulak ada gastrik. aku start kena gastrik tahun 2009. lama dah tak kena. hehe



ni la hospital kemaman ;)

sampai sana, orang memang ramai la kan. setengah jam tunggu nak amik nombor, 2 jam tunggu nak masuk ke bilik. pehh mama teman. sampai tak larat nak tunggu dah. hakhak.

masuk je bilik tu, doktor tu punya hensemm!! hahahahha tu je aku nak cerita. hahahahah

ok serius balik. aku cakap aku sakit dada dah 4 hari, dia kata ada asma, aku cakap tak de, dia kata ada penyakit lain, tak de pun. gastrik je la ada. tapi selalu gastrik sakit kat perut kan. 

dia kata tak apa, kita buat pemeriksaan jantung. aku cakap okayy. pertama kali ni check ni. tak pernah selama ni. heheh

kenapa macam ngeri semacam je bilik nak check jantung tu ye? :P

pegawai kesihatan tu, perempuan. memang baik. dia cakap lembut je. dia kata adik, baring ek. buka baju. aku pun okayy.

baringg la.. 

jantung punya la berdetak kencang weh. hahaha!

sebenarnya aku tak tau macam mana dan apa prosedur untuk check jantung, memang tak tau, dan mula la aku bayangkan macam-macam.

dia kata kita guna cara manual. kot. sebab mesin yang sedia ada rosak, kena guna yang lama.  err entah. haha.

mula2 dia kepit kedua2 belah tangan. dan kedua2 belah kaki.

masa tu badan aku serta merta kejangg. hahhahahh sebab aku bayangkan macam ni, dia kepit tangan dan kaki sebab tak nak kita meronta-ronta, sebab nanti dia nak kepit dada kita, lepas tu tekan suis, akan keluar karenn..zzzzzzzzzzzz! lepas tu kita akan menggigil. 

ok ni aku bayangkan. sampai berpeluh2. hhahaha

kakak tu cakap. adikk, tenangkan fikiran ek, jangan stress2, jangan fikir bukan-bukan. hahahahah. dia tengok kaki dan tangan aku dah jadi keras kot, muka aku dah pucat kot. muahahaha


rupanya dia kepit kat dada, macam dalam gambar di atas ni, lepas tu ada kertas yang diprint keluar. tu je. sakit tak pun. tak rasa apa-apa T__T

kejap je pun benda tuuu. aku je yang fikir bukan-bukan. haha aku rasa kalau dapat pegawai kesihatan yang garang, marah-marah tengok aku takot, konfirm aku terkencing terusss. hahhahhaha..

doktor tu cakap, alhamdulillah jantung adik sihat, tak de apa-apa, ni sebab asid dah banyak dalam perut, gastrik dah naik ke dada, jaga kesihatan, jangan lupa makan k.

adik, mintak num fon boleh? <<< ni tipuu. hahahaha!

lepas tu dapat ubat. ubat air sebotol, dan pil. pehh ubat pil tu kan punya la kuat, makan je, ting tong 24jam. hahaha.. 5,6 hari makan ubat, semua dah okay, dah tak sakit dada. alhamdulillah ;)

syukur sangat jantung masih sihat ;D

dan sekarang aku tak boleh lewat makan, kalau lewat, perut aku akan bunyi bruuuuuuuuuu. hahahhaa sampai macam tu.. iskkkkk!

lepas kejadian tu, aku makan ikut waktu balik. dah tak berani dah nak makan ikut mood. kui3

jaga kesihatan, jaga makan!


Wednesday, May 2, 2012

WORDLESS WEDNESDAY : RONDA-RONDA DI KG SETOL

assalamualaikum ;)




















rumah tokwan. di sini la abah membesar. rindu sawah padi! eh gambar ni bulan julai 2011. 

;)





Tuesday, May 1, 2012

SELEPAS HILANG 10KG

Assalamualaikum ;)

selamat datang mei!! terima kasihh april sebab baik dengan aku. hik hik dan harap bulan mei lebih banyak rezeki, lebih tenang, lebih gembira, lebih tabah, lebih kuat, insyallah ;) semoga dipermudahkan segala urusan pada bulan mei ini.  amin ;)

bulan mei ni aku akan pulang ke tanah air! yeahh, tempat kelahiran daa.. hik hik sebab sekarang dok tempat orang kan :P

bulan jun tak lama lagi. can't wait!! 

start hujung bulan januari hari tu sampai ke sekarang, aku nekad nak diet. pehh selama ni pun nekad, tapi nekad tinggal nekad, sebab tak da usaha, tapi sekarang, nekad + usaha! 

alhamdulillah, aku berjaya turunkan 10 kg dalam masa 3bulan.

syukur sangat2. mesti la gembira! ^__^

sebelum ni aku rasa macam tak nak kurus sebab aku tak da apa2 penyakit, aku makan dah tak kawal, tapi tu la, berat makin naik, makin bertambah, kulit muka makin berminyak, resdung teruk jugak, aku risau.

risau. memang sekarang tiada penyakit tapi bila badan makin kembang, takot kena penyakit. orang kata sebelum rawat, baik cegah ;)


sebelah kiri : 1/1/2012. gambar ni kat muzium negara.
sebelah kanan. 25/4/2012. kat kemaman.

hilang 10kg sudah ;)

yang paling ketara aku rasa kat perut. kahkah perut dah tak sebesar dulu. dah makin mengecut. lepas tu paha. hahah lepas tu pipi pun dah kecik sikit.

resdung dah tak de macam dulu, kulit muka kadang2 je berminyak, bukan kerap macam dulu. ;)

rasa ringan. serius. 

aku tak de la diet teruk mana pun. aku cuma kurangkan makan nasi. nasi tak pernah lagi aku tinggalkan walaupun sehari. nasi tetap makan cuma kuantiti kurang. dulu makan banyak, sekarang dah separuh. kevin cakap segenggam nasi je kena makan, aku makan dua genggam :P

selain tu aku guna losyen pelangsing jenama yusmira. hari tu ada promosi dua botol RM30. harus la beli kan? tapi jarang guna la. kekadang je sapu. hahaha..

lepas tu senam sikit-sikit..banyak makan sayur, dulu2 aku tak suka sayur, sekarang kuat makan sayur. ratah je! nyum3 ;)

tapi tapi..

awal bulan april hari tu aku pergi hospital. sebab apa? tunggu entry aku hari khamis nanti. sekian terima kasihhhh!

doakan aku ye! insyallah sebelum hujung tahun nak dapatkan berat badan ideal! ^__^

bakal pulang ke kulim. entry seterusnya dan seterusnya adalah auto publish. sekiann~ hehe


ARTIKEL RAKAN BLOGGER