Friday, November 11, 2011

KERANA KAU ANJING

salam..

kerana kau anjing, aku dapat pengalaman ngeri gara-gara anjing.

pada satu hari, aku dimaklumkan oleh Lee yang aku boleh balik awal. berapa haribulan ek? oh ya, hari jumaat lepas sehari sebelum aku balik ke kampung. aku balik kampung hari sabtu lepas. pukul 6 petang aku dah boleh balik.

mama sms cakap 'datang le kat rumah mak lang ni, mama ada kat sana'. rumah mak lang tak la jauh dari rumah aku. sama satu taman cuma lain2 lorong la. kawasan lain2.

aku pun dengan confidentnya bawak basikal laju2 dengan hati yang tenang menuju ke destinasi. aku pun dah tak berapa ingat jalan nak ke rumah mak lang, lalu je la kat lorong mana pun asalkan sampai..

tetiba lalu di satu lorong, ada dua ekor anjing. confirm spesies rotweiler.. *betol ke ejaan ni*, tengah berehat depan salah sebuah rumah.. aku pun berpura2 tak nampak anjing2 tu.. pandang je kat depan dengan kayuhan yang semakin laju, dengan harapan anjing tu tak perasan aku lalu..

tetiba ja, salah seekor anjing tu menjerit, AUK AUK!! terus dua2 ekor bangun dan kejarrrrrrrrrrrrrr aku..

aku menjerittttttttttt ARGHHHHHHHHHH ARGHHHHHHHHHH ARGHHHHHHHHHHHH sekuat hati gila sampaikan lorong belah sana aku yakin orang boleh dengar. aku kayuh laju2, masa anjing2 tu kejar aku sempat toleh, mulut salah seekor anjing tu lagi seinci nak gigit kaki aku.. pehh..

lepas aku kayuh laju2 dan menjerit banyak kali dan panjang jeritan tu, anjing2 tu terus berhenti dan bila aku toleh lagi, anjing2 tu pergi rumah tu balik.. sepanjang perjalanan nak sampai ke rumah mak lang, badan aku menggigil2, seram sejuk sampaikan tak boleh cakap apa. aku berhenti dan kol mama aku, suruh mai kat aku. rupanya betol2 aku berhenti depan rumah mak lang.,

menggeletar badan :(((


basikal ni la yang menyelamatkan aku.kalau aku jalan kaki, tak dapat dibayangkan lagi..


lepas tu tangan aku menggigil sampai la nak balik ke rumah, kitorang lalu kat jalan besar. haha. sanggup dari kena kejar anjing. lepas ni aku takkan lalu ke lorong tu lagi dengan apa jua kenderaan.. kehkeh.

cerita kedua mengenai anjing..

tahun lepas aku ada beli sandal jenama BATA. aku rasa harga dia RM3O kot. rasanya. tapi mahal la bagi aku sebab sandal biasa aje kan. getah. tapi tu la, sedap pakai dan selesa. memang berbaloi la mahal..

beberapa hari yang lepas mama ada tegur, 'selipar hang ni buruk sangat dah, sekali tak tercabut, selagi tu la tak beli baru'. memang pun. kehkeh aku sayang gila selipar ni. sayang gila2 kot. pi la mana pun aku tetap akan pakai. haha.. sampai warna pink pun hilang.. kahkah..

tapi dah PUTUSSS.. GRRRRRRRRR..

kenapa putus??

malam tu sebelum tido aku dengar bunyi anjing. yeah, memang ada anak anjing kecik aje dok berkeliaran kat kawasan rumah aku sebelum tu. tetiba sebelum tido aku dengar suara dia dekat sangat, aku rasa macam dia dah masuk dalam pagar rumah tapi dah lewat malam kan, malas la nak jenguk ke luar.

bangun je pagi, celik je mata, mama kata mama bawak berita paling sadis untuk aku..dan aku sungguh tak sangka, sadis sungguh selipar aku kena gigit sampai putus.. :(

tengok, dah putus :((

dah tak boleh pakai la sebab anak anjing kan yang gigit. waa siap ada gigitan dan nampak bentuk gigi lagi. caiss. sudahnya aku kena la beli kasut baru.. HAHA...

biasalah aku ni nama je kerja kat kedai kasut, cerewet gila bab nak pilih kasut. nak kena sedap dipakai, boleh jalan jauh, tak sakit kaki. macam aku pakai sandal BATA tu la. sedap, lembut, tak rasa lenguh walau jalan jauh.

lepas beli satu, satu, dan satu, dah 3 pulak. ambikk

kiri : aku baru beli semalam. lembut jugak tapi sakit kaki weh jalan kaki sementara nak sampai ke kedai. arghh ( RM8.90)
tengah : melukakan kaki aku je kat depan. arghh. sakit., (RM6.90)
kanan : itu kasut beli untuk pakai kat luar. pergi kerja tak nak la pakai kasut tu. grr..(RM12.90)


tengok! dah 3 kasut dibeli dalam masa seminggu tapi satu pun aku rasa macam tak puas hati, aih.. nak kena cari sandal BATA jugak la :( tunggu pulak gaji bulan depan.. uwaa.. budget dah lari bulan ni.. waaa

mama kata ni dugaan. ya, dugaan :(


5 comments:

Ce'gu JAERA said...

ahahaha.. kesian Fatin... agaknya anjing2 ni berminat dngan Fatin kot.. ehehe..
Kalau anjing kejar saya, saya akan kejar mereka balik.. ekeke

Mila Ahmad said...

mila pun ada pengalamn bersama anjing. tapi masa 2 mila dgn anjing dua-dua tekejut haha..anjing menyalak mila menjerit panggil mak terus anjing tu lari

NasQ said...

aku fobia dengan anjing!

syahirooAhmad said...

Hahahahha. habis la.. pasni trauma ngan anjing.. aung aung aung~

Nur Farah said...

haha kejam betul anjaing terhadap fatin.. hehe.. btw fara pu tak suke anjaing.. takut sebab time pagi nak g kampus emsti dia ader kat tengah jalan.. uhuhu

ARTIKEL RAKAN BLOGGER