Wednesday, November 13, 2013

VACATION AND CONFIRMATION (PART 1)

Assalamualaikum...

;)

aku ni, asal masuk ja, habaq kat hangpa, dah lama tak masuk blog ni. rindu rindu bagai tapi tak update update. kakakaka serius tak dak idea dan aku bukan lagi blogger macam dulu. gitu. ayat tak boleh blah.

sekali sekala masuk, rasa nak tulis panjang2 sampai ke lantai. ada orang baca lagi tak? peminat2 lama ke, kakakakak tak kisah la. sesiapa yang tersinggah sini, blog ni, klik klik nuffnang macam dulu, aku ucapkan jutaan terima kasih! kikikiki.

skill nak menulis gila tumpul. aku tak tau nak start dari mana. hahaahhahahahaha

kbai.

*idle for 1 hours*

okay sambung.  hari tu, pertengahan bulan sepuluh, aku pi melaka. ada program team building. company tempat kerja aku yang anjurkan. ni 1st time na aku pi team building, 1st time ikut aktiviti luar bersama staff2 kat company aku.

memula rasa tak mau pi sebab tak sihat. oh, aku sakit telinga bulan lepas. Ya Allah, kalau hangpa kata sakit gigi paling sakit, sakit telinga sangat sakit. tak henti2 air mata mengalir sebab menahan sakit. tu sebab salah aku sendiri, kakakaka sekarang dah okay, still ada appoinment dengan doktor. hahaa

konon2 acah2 tak mau pi, tapi dengar kata dok resort, pehh teruih packing baju bubuh dalam beg. kahkahkah lawak bila ingat balik. kami bertolak 3 petang jumaat dan sampai A'Famosa Resort dalam pukul 5 petang. 

peh suasana dia, bilik dia, mak ai, sumpah hangpa rasa macam pi honeymoon woo. padahal pi team building ja pun. ish ish. jakun sat :P tapi sampai la abis team building pun still rasa macam pi honeymoon sebab aktiviti tak berat sangat melainkan paintball ja. wakakaka

banyak aktiviti yang buat aku kenal lain2 staff dari department lain2, dan bercampur dengan diorang. heehe best3!

aku dari dulu idam nak main paintball tapi takot kena tembak, kali ni try jugak main, wahaha best sebab tak kena tembak tapi rasa tak syok pulak, macam mana rasanya sakit kena tembak dengan peluru paintball tu ye? rugi rugi. kakakaka

pi cowboy town, tengok persembahan. best jugak. macam-macam persembahan. 

yang paling best of course la pi mandi kat water park dia. mak ai. mula mula tak mau mandi tapi dah bawak baju bagai, apa lagi, terjun LOL. tak banyak main pun. aku naik family raft tu pun macam nak pengsan bila sampai bawah. cukup cukup la. kakakak

cerita sikit sikit sudah la, yang lain boleh tengok gambar dari kamera orang lain. kamera i tak cantek. kahkahkah



ni la hotel kami. best woo hekhek


A'Famosa Resort, Melaka


pandangan waktu malam. kihkih


cantik view kat sini bila malam. sangat cantik.


antara aktiviti yang mencabar minda. 

di manakah saya?


masa ni kami nak pi cowboy town!

di manakah saya?





antara persembahan kat sana. sebenarnya banyak gila persembahan malam tu, sampai tak tersebut aku satu persatu. hahaha

aku banyak rakam video ja. amik gambar tak pun. hikhik


scary tapi sexy yaww

itu bukan saya. saya kuruih sikit.

LOL



di waktu pagi. masa ni antara port dalam aktiviti explorace. hahah

eh kejap.


ada beberapa lagi keping gambar yang aku nak letak. tapi, oh masa tidak mengizinkan. insyaAllah berjumpa di lain entry. dengan cerita percutian aku ke tempat lain pulak..

melaka free, tempat lain kena bayar la. kekeekek

dan tau sambungannya, tunggu je la entry lain kalau aku tak update sebulan dua akan datang wahahahah

kbaiii













Wednesday, October 9, 2013

UNTITLED POST



Ya Allah,
Ampunkan aku..

Tolong.

Tuesday, July 9, 2013

RAMADHAN

Assalamualaikum =)

hampir 2 bulan rupanya aku tak menjenguk ke laman sesawang ini. yang dulu muka aku je yang selalu update! wakaka peh dah setahun lebih kot aku dah tinggalkan dunia blog ni sikit sikit. bukan la tinggal terus kan. cuma, tak aktif je. 

macam biasa, alasan, busy dengan kerja.

eh serius okay. sangat busy.. dulu masa aku aktif, aku menganggur. apa lagi nak buat selain update blog setiap hari jam 12 tengah malam? 30 entry sebulan. haa  bila dah kerja ni, masa terhad. semua rasa terhad dan aku rasa masa berjalan tersangat la pantas. 

masih terasa lagi bulan ramadhan tahun lepas. masa tu aku berpuasa di TATI, di asrama. hehe tengok, sekarang? eh cepatnya la hai masa berlalu. alhamdulillah, masih diberi kesempatan menikmati bulan ramadhan pada tahun ini =)

apa eh nak diceritakan? aish. oh ye, bulan mei dan jun berjalan seperti biasa. bohong la kalau tiadanya konflik. mesti ada. aish. dan aku rasa 3 bulan yang dulu aku rasa lama gila, sekarang aku rasa macam 3 hari. heh? cepatnya. dan okay dia akan pulang. 

kan start bulan mei aku dah buat list perbelanjaan aku. dan aku dapati duit gaji aku habis banyak untuk makan. maklumlah sehari mesti lebih rm10. tengahari lagi, malam lagi. tolak tambah darab bahagi puratanya mestilah rm10 sehari dan lauk yang sama hari-hari buat aku rasa muak gila.

sampai satu tahap, aku jadi tak tau nak makan apa lagi. 

dan masa tu entah macam mana, aku terus rasa nak memasak! aku pergi mydin beli barang2 dapur, haha banyakk duit habis kat situ jugak. ye la mula2 kan, beras takde, minyak, bawang la dan semua2nya la untuk memasak.

start 18 june aku dah start memasak. aku ni sebenarnya tak pandai memasak pun tapi usaha tu ada. terpercik minyak perkara biasa. memula dulu masak nasi guna dapur okay. peh payah betoi. biasa hidup dengan rice cooker. kadang hangit la apa la. kakaka lawak bila ingat balik dan sekarang dah ada rice cooker! abah dah belikan! semangat dia tengok anak dia hari2 masak. ekekke

setakat ni, aku dah belajar buat sup ayam, ayam masak kicap dan tomyam campur! hikhik! 1st time, biasalah. ada je la yang kurang kan. tapi tu la, pengalaman tu. dah la tanpa bantuan sesiapa. aku sorang2 je tu. kejap kejap tepon mama, tanya mama itu ini. kakakka!

nasi goreng, spiral carbonara tu makanan biasa la yang aku selalu masak. bosan dah. ekeeke tu masakan paling simple dan senang aku rasa. asalkan ada ayam dalam peti ais, jalannn!! ;D

hari hari bawak bekal pergi keja, malam masak sendiri, berhari2 tak guna langsung duit belanja dan aku rasa sangat jimat!! hahah boleh la dapatkan lesen kereta secepat mungkin kalau aku maintain dan tak bosan memasak! wakaka!

alhamdulillah, dulu aku tak nak memasak, tak nak punya tak nak tapi see, perasaan nak memasak tu datang sendiri. mama sendiri tak penah paksa paksa aku. orang lain pulak yang selalu paksa paksa aku. kahkah katanya tak kawin la kau kalau tak reti masak. see, akhirnya, aku boleh memasak. bukan tak pandai, bukan tak sedap. kan. cuma entah. dulu rasa macam mana entah. syukurlah Allah dah bukakan pintu hati. hehe.

dan buat pertama kalinya aku akan berpuasa di subang jaya. pejam celik dah masuk 8 bulan aku kat sini. masuk bulan ke 4 aku bekerja di kilang ni. dan aku semakin hari semakin sayangkan pekerjaan aku.  

dan aku rasa homesick sangat. maklumlah selalu bangun sahur, mama yang masak, mama yang kejutkan, kita bangun makan je. sekarang berpuasa tanpa family, kena masak sendiri. kena atur semuanya sendiri. tak apa la, kita kan dah besar. bukan budak kecik lagi. 

dan sebenarnya aku suka dengan peringkat kehidupan aku pada tahap ini. serius. banyak belajar benda baru. banyak sangat. hanya Allah saja yang tahu apa ada dalam hati ini =)

akhir sekali, selamat menyambut ramadhan al mubarak kepada semua rakan2 yang membaca entry ini. tak kira siapa pun anda, di mana pun anda berada, anda kenal saya secara peribadi atau pun tidak, selamat bersahur, selamat berbuka puasa, selamat berpuasa, selamat menunaikan solat tarawikh, selamat beribadah di bulan puasa.

maafkan semua orang yang pernah menyakitkan hati kita. sama-sama kita bersihkan hati dari rasa dengki, dendam, menyampah, tak suka, jelik, dan sebagainya. semoga diberikan kesempatan dalam bulan ramadhan untuk menambah pahala, meninggalkan larangan Allah. 

selagi nyawa masih ada, selagi tu masih ada peluang untuk bertaubat. ayuh! nasihat untuk diri sendiri juga yang sering terbabas dari landasan, yang tidak henti henti berharap semoga iman bertambah kuat, semoga Allah tidak pernah sesekali meninggalkan diri ini, yang mengejar syurgaNya.. =)

dan akhir sekali *berapa banyak akhir daa* persembahkan! jeng jeng jeng


die plate rack. yang aku design sendiri! ahaks! walaupun nampak simple, tapi aku bersyukur usaha aku untuk menyiapkan benda alah ni berhasil. puas hati tengok. hiks! 


selamat bersahur korang!!

*masih berfikir nak masak apa untuk sahur kejap lagi*

:P


24 tahun, aku datang :D

ARTIKEL RAKAN BLOGGER