Saturday, May 28, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU!!

salam..

ini entry auto publish. ketika entry ini dipublish, aku berada di jengka pahang :)

harini hari persandingan sepupu aku, kak shaliza di pahang. hehe yeah, aku berada di sana ketika ini. mungkin tengah makan nasi :P

dan hari ni jugak majlis perkahwinan kawan lama aku masa sekolah kat SK KULIM 1996-2001 dulu. hehe


kenangan kami tahun 2001. :)

( aku sebelah kiri, dia sebelah kanan (pegang belon) )

bila tengok gambar tu, aku betol2 tak sangka yang dia nak kahwin dulu dari aku :P serius. hehe. tapi tu la, jodoh di tangan Allah. hehe sangat comel + comot kita dulu kan. sekarang dia cantik woo.. :)

dia kahwin dengan orang terengganu. hehe aku? insyallah, orang kulim jugak :P

selamat pengantin baru untuk siti sarah mustafa. maaf sangat tak dapat pergi sebab tak balik kulim lagi. kalau la aku ada kat kulim sekarang, dah lama aku pergi. dulu2 kitorang rapat jugak. aku penah pegi rumah dia ;D

aku seronok tengok kawan2 aku yang dah bertunang, yang dah kahwin, yang dah ada anak pun ramai dahh, haa. semua kawan2 masa sekolah rendah. kehkeh. aku ja belum lagi ke arah tu. kerja pun tak lagi ;D

kalau ada jodoh tak kemana., amin...

# aku akan singgah ke blog korang bila dah balik ke kemaman. doakan aku selamat pergi dan pulang. thanx!!


Friday, May 27, 2011

KENANGAN DI KUALA LUMPUR..

salam..

ini adalah entry auto publish. ketika entry ini dipublish, aku sedang berada di kuala lumpur :)

harini aku bertolak pergi KL. dulu aku penah tinggal kat KL. kitorang satu family pindah KL masa aku umur 14 tahun. dan aku bersekolah di SMK TAMAN SETIAWANGSA, sampai la aku habis SPM. banyak usia remaja ku dan dibesarkan di KL. hehe.

lepas tu sejak aku masuk asrama kat kulim, aku jarang balik KL lagi. kadang2 je aku balik. tahun 2009, masa aku sem4, aku dah tak dok kat KL lagi. pindah ke terengganu pulak...

banyak sangat2 kenangan aku kat KL. terlalu banyak sampaikan aku asyik2 teringatkan kenangan itu kat KL. wuu. tak tau la kenapa. rindu sangat. selalu sangat aku mimpi rumah aku kat KL. dulu aku tinggal kat AU3, keramat wangsa, KL. hehe.. tak tau kenapa. dulu masa aku pindah KL, aku tak penah nak mimpi kulim pun. tapi bila aku dah pindah terengganu ni, aku selalu la dok mimpi umah kat KL.

plan kami harini nak pergi rumah kat KL tu balik. jumpa jiran kat sana. hehe best2. lepas tu pergi KLCC. tengok wayang. semoga dapat tengok nur kasih the movie. mintak2 la tak full lagi.. waaa.. sebenarnya pergi pun sebab abah ada kerja kat sana. so alang2 kan kitorang nak ikut laaaaaaaaaaaaaaaaa. haha asalkan dapat tengok KLCC pun jadi la :P lepas tu malam ni kami rancang nak tido kat rumah pak lang kat balakong. dan esoknya ( 28 mei) pagi2, kami akan bertolak ke jengka pahang untuk ke majlis perkahwinan sepupu aku. dulu kan, yang aku tak dapat pergi tuu, yang 1 mei tu,, kat skudai. kami nak pergi kat jengka, rumah pihak lelaki la. hehee

tadi aku godek2 folder dalam laptop, ada beberapa keping gambar yang masih tersimpan. wow!! heehe tapi gambar2 ni diambil sekitar tahun 2008 sebab masa tu aku baru pakai hp kamera sony. tapi sayangnya kamera 1.3 MP sahaja. so kualiti memang tak da langsung..waaa. mahal pulak tuu. aku rasa macam tertipu jugak la. haha tapi nak buat macam mana, guna je la. sampai sekarang hp tu masih elok lagi.. ;D

gambar agak kabur. maaf ye ;D


kat umah. hari raya tahun 2008. aku suka pic ni. haha bukan senang nak amik pic macam ni :P


kat muzium negara ;D

dapat jumpa kumpulan yang aku paling minat dari aku kecik2, new boyz. paling suka tomok la. dari aku umur 11 tahun okay. haha dan tak sangka tercapai jugak hajat aku jumpa beliau bila aku pegi ke majlis newboyz bersama peminat. dapat sembang2 secara peribadi dengan tomok. hehe. suka. kenangan manis ni :)


kenangan di KLCC. beberapa minggu sebelum pindah ke terengganu..

aku dan mama pegi KLCC tengok cite duyung. hehe sambil tu jalan2 makan kfc dan ronda2 kat taman..

:)

last aku tengok klcc depan mata..

gambar aku :) jauh. tak nampak pun muka aku..waa

mama pulak :)

kat depan cermin kat klcc ;D

di rumah..

permandangan dari tingkap rumah aku. aku dok tingkat dua dulu. hehe berek polis

dapor umah aku dulu. masa ni raya kot. hehe

ruang tamu :)

bilik aku. wallpaper laptop aku dulu :P


aih. bila aku cerita pasal KL ni, buat aku rasa sebak je ;P serius. aku dah lama sangat rindu nak balik sana. nak jumpa kawan2 kat sana. ramai kawan2 aku ada kat KL. tapi tu la, nampaknya harini aku tak plan nak jumpa sapa2 sebab waktu agak terhad. nak pegi KLCC pun macam tak berapa nak jadi. plan saja. jadinya tak tau lagi..wuu.. lagipun sehari je aku kat sana. kalau dua hari ke apa ke, aku boleh jugak curi masa nak jumpa kawan2,abil, iceq, ieta, zaffran, ain, dan lain2 la. wuu..

tak apa la, ada rezeki kita jumpa tau ;D

doakan aku selamat pergi dan selamat pulang ya. nak kirim apa2 tak? keh3..

#aku tak dapat nak singgah blog korang dan tinggalkan komen. maaf ya, sebaik saja aku balik ke kemaman, insyallah, aku akan teruskan aktiviti ku itu seperti biasa ;D

Wednesday, May 25, 2011

TIME BULAN PUASA JANGAN BUAT POST MACAM NI!

salam..

sekarang ni aku kerap sangat menggoogle. bukan info ke apa, gambar makanan je! hahaha. tak tau kenapa. aku suka tengok gambar makanan. kalau tak dapat pun tak apa, mesti nak tengok :P

bulan puasa, jangan la buat post macam ni. konfirm terliur dan terus rasa nak makan. kahkah dulu kan masa aku kecik2 kan, aku sangat2 tak boleh nak tengok iklan ribena ke, apa ke yang
ditayangkan kat tv, time bulan puasa dan iklan makanan yang aku suka,,waaaaaaaaaaa. tambah
la ribena ke, cincau ke, tetiba rasa dahaga. heeheh dulu la, masa kecik2 :P

aku google image gambar cheese cake dan chocolate cheese cake. dan ini la hasilnya ;D


nyum nyum

nyum nyum


nyum nyum



nyum nyum



nyum nyum


nyum nyum



nyum nyum


nyum nyum


wahhhhhhhhhhhhhhhhhh meleleh air liur aku haaaaaaaaaaaa.. T__T

korang terliur tak? :P

ARTIKEL RAKAN BLOGGER