Sunday, December 26, 2010

TAHNIAH MALAYSIA~!

salam



MALAYSIA BERJAYA MENEWASKAN INDONESIA DALAM PERLAWANAN PIALA SUZUKI AFF TAHUN 2010.

MALAYSIA 3 INDONESIA 0.

TAHNIAH MALAYSIA! SANGAT HEBATTTT!! ;D

CONTEST SAYA FOBIA DENGAN DOT DOT DOT

salam!

aku telah ditag oleh padie_eyla untuk join contest ni. haha fobia? hehe kalau aku tulis aku fobia dengan lelaki jambu boleh tak? keh3! tapi tak de gambar la pulak. kan3. so aku amik yang aku ada gambar je la. heee contest oleh cik srijuju


banner contest beliau. dasyat betol menjerit. haha



ni gambar ketika kejadian fobia berlaku:



pada yang tak tahu, meh nak bagitau. aku sangat2 fobia dengan rama-rama. dari aku kecikkkk sampai la sekarang. arghh. tak kira la rama-rama atau kupu-kupu tu kecik sangat2 ke, kalau nampak memang aku lari laju2. haha serius, tak tau la kenapa. aku tak suka sebab dia terbang2 kot. hehe aku nak demam dulu masa rama-rama masuk dalam kelas kat sekolah. haha tolonglahhh, aku tak suka rama-rama. tak suka! tapi 2x jugakla buah hati aku bawak pergi taman rama2 kat penang tu. 2x!! haha tapi aku tetap jugak takot. memang aku lari laju2 la kan. hahahaha...

gambar tu sebenarnya candid. aku posing dah baik dah. tetiba rama2 tu terbang pulak dahh. thensnap. caisss. burukk rupanya muka aku kalau takot. huahuahua aku edit sikit2 tau. rama2 tu real punya la. hehe

korang tak payah cantik rama2 tu cantik ke idak, aku tetap tak suka! fobiaaa~ grrr. XD



tag 6 orang blogger:









nak tengok hadiah ke, nak baca syarat ke, nak follow ke, nak join ke, klik saja di SINI!! okay? aku nak tengok ada tak orang fobia dengan rama2 macam aku. hahaha!

tarikh tutup: 5/2/2011


Saturday, December 25, 2010

HARRIS JUARA IDOLA KECIL 3!

salam.

Idola kecil 3 telah berakhir dengan jayanya dan hebatnya,. dan aku sangat2 la gembira sebab HARRIS jadi juara idola kecil 3! haha memang dari mula2 lagi aku dah ramal dia an menang, dan tak sangka sangat2. hehe

Aku ceritakan sedikit tentang grand finale idola kecil 3 ini. idola kecil 3 telah diadakan di sri pentas 2, plaza alam sentral, shah alam. dan siaran langsung di tv9. exclusive hanya di tv9. hehe. pengacara tetap beliau adalah alif sattar. juri tetap idola kecil 3 adalah atilia dan juri undangan pada malam ini adalah adnan abu hassan

Persembahan dimulakan dengan nyanyian lagu kalau berpacaran oleh peserta2 yang telah tersingkir dari idola kecil 3 iaitu diba, deera, farrah, angel dan afif. seterusnya sesi memperkenalkan finalis idola kecil 3 dan mereka sama2 menyanyikan lagu tersebut dan lagu tema idola kecil iaitu hidup penuh semangat.

Setiap peserta menyampaikan dua buah lagu iaitu satu lagu yang telah digubah khas utk mereka dan satu lagi lagu dari artis2 yang terkenal.

Peserta pertama iaitu Hadi telah menyampaikan lagu PELITA yang dinyanyikan oleh kumpulan API dan menyanyikan lagu kedua iaitu MAAFKAN KU TERLEWAT.

Peserta kedua iaitu Puteri telah menyampaikan lagu KATA MAMA iaitu sebuah lagu baru yang digubah khas untuk beliau. lagu kedua beliau adalah MENCARI KONKLUSI, iaitu lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan HUJAN.

Peserta ketiga iaitu Balqis telah menyampaikan lagu yang pernah dipopularkan oleh HAFIZ iaitu noktah cinta manakala lagu kedua yang beliau nyanyian adalah PERTAMA DAN KEDUA.

Peserta keempat iaitu Shazlin menyanyikan lagu DUNIA KHAYALAN yang telah digubah khas untuk beliau dan lagu kedua iaitu SELAMAT MALAM yang dipopularkan oleh FAIZAL TAHIR.

Dan peserta terakhir iaitu Harris telah menyampaikan lagu baru iaitu SAMPAI KE BULAN dan lagu kedua beliau adalah DRAMA KING.

Dan persembahan diakhiri dengan nyanyian lagu Di Akhir Garisan oleh kesemua peserta idola kecil 3!

Juara Idola Kecil 3 membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM10000 dan HARRIS membawa gelaran tersebut!

Pemenang Kedua Idola Kecil 3 ialah Puteri dan beliau membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM5000.

Pemenang Ketiga Idola Kecil 3 ialah Balqis dan beliau membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM3000.


ok? dah, hehe tahniah kpd harris, cukup2 la aku menjerit tadi. haha suka sangat2 sebab harris menang, sekurang2nya dapat ubati kekecewaan masa azzam dan aril yang tak dapat jadi juara dulu..heeee

gambar2 tak de. aku tengok kat tv aje. haha lain kali aku upload okay? :)

aku dah boleh tido dengan senyuman malam ni.. agaga ok2. stop sampai sini nak stop cerita Dennnis the menace christmas. bye!

ARTIKEL RAKAN BLOGGER