Tuesday, November 13, 2012

DURIAN CREPE

assalamualaikum ;)

10.11.12, tarikh yang cantik kan? hekhek harini dah 13.11.12, maknanya kisah ni 3 hari yang lalu =P

aku jenis kalau teringin nak makan apa-apa, mesti nak beli jugak. macam dulu, teringin nak rasa macarons, dapat hadiah dari jierah, lepas tu teringin nak makan cheesetart, dapat makan kat rumah jiran, teringin nak makan pavlova, dah beli kat yaya, dan sekarang musim durian crepe kan? 

so aku mengidam jugak. peh. aku hantu durian okeh. mana boleh lepas nak rasa durian crepe ni.. bahahah..

aku iklankan kat page bandar chukai, ada beberapa orang pm aku. hehe nasib ada sorang kakak ni kata nak datang chukai, esoknya. so aku order kat dia je la..

2 biji rm5. 4 rm10. aku rasa sangat berbaloi sebab besar, dan tebal okay. hakhak

semestinya sedapp. tu yang nak promote nih!! ;D






tebal kan? hekhek


okay pada sesiapa yang nak tau apa tu durian crepe, sila la google ye, hakhak yang penting dalam tu isi durian. sapa yang suka makan durian, jangan lepaskan peluang anda memiliki durian crepe nii..

sapa2 yang tinggal area paka ke kemaman ke chukai ke, anda boleh order kat kakak ni, dijamin puas hati. FACEBOOK DIA.

k sekian terima kasih, assalamualaikum ;)

Friday, November 9, 2012

LAGI SEBULAN!!

Assalamualaikum ;)

lebih seminggu abu telah meninggalkan semua. doaku tidak putus-putus untuknya. semoga dia ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. sungguh aku sangat merindui dirinya. al-fatihah untuknya ;')

minggu ni adalah minggu paling stress aku pernah alami. sebab apa? sebab design. kahkah ni final project weh. bukan latihan biasa. so nak tak nak kita kena siapkan project dalam masa yang diberikan. dulu chopper aku pun tak siap. kahkah nasib tu bukan project :P

lecturer cuma kasi tajuk. speaker. lepas tu pandai-pandai la kami nak buat bentuk apa. ikut kesesuaian la kan. lepas design kita akan print barang tu jadi realiti. bukan semata-mata dalam komputer okeh. kahkah~

7 orang punya design. ada design lembu, pokok bunga siap dengan pasu, teropong, trojan, rumah, pari-pari dan epal. keh2~

dua minggu masa yang diberikan. minggu ni dan minggu depan. tapi minggu depan kan cuti deepavali dan awal muharram. so pulun la siap cepat2! 



ini la rakan sekelas aku. kami bertujuh. ni kelas kami. best kelas ni. lagi best bila ada internet sekarang. hahahahahha!

sorang je lelaki. dan dialah hero. eh eh.


7 hari aku siapkan speaker ni. mak oii. bukan senang la. susah kot. agak complicated. kita pun baru belajar kan. tak berapa nak mahir sangat kan.. hehe

alhamdulillah, siap jugak. mini apple speaker! tomei tak? hekhek


konon-konon nak ikut logo apple tu, masalahnya sikit je lekuk dia kan, aku lekukkan semua. hahahaha ah tak apa, design sendiri. ;P


harini 9hb kan. maknanya lagi sebulan sebelum kitorang melangkah ke alam praktikal pulak. tu diaaa. kejapnya belajar. dah nak 6 bulan. pheww. macam tak percaya. rasa macam baru daftar je. ahahahah

sedih pulak dah nak habis ni kan. nak berpisah dengan housemate2, classmate2, auww. sedihnya.. T__T walaupun 6bulan tapi banyak sangat kenangan.wuwuwuwu

apa-apa pun sebulan ini akan ku hargai dengan sepenuh hati. habiskan masa dengan kesayangan-kesayangan gua di tati. sebelum masing-masing mencari rezeki di tempat lain. amboi ayat.. hahahah!

tempat praktikal dah dapat. wink wink. jadi orang selangor la ittew =P


sebulan lagi je pateng. sebulan lagi. bergambar la puas-puas kat tati. lepas ni entah masuk lagi ke tak tati ni. hakhak


itu je la kot nak cerita. hahahah adoi.. sejak jadi pelajar ni, jarang sungguh update blog. kehkeh

sekian wassalam ;)

Thursday, November 1, 2012

TERASA KEHILANGANNYA

Assalamualaikum..

31 oktober lalu, aku dikejutkan dengan berita pemergian seorang kawan yang rapat dengan aku sejak akhir-akhir ni. buat pertama kalinya, aku kehilangan seorang kawan rapat dan buat pertama kali aku rasa kehilangan yang teramat sangat.

aku kenal dia dah lama. rasanya tahun 2008 lagi kot. masa tu dia agak aktif dalam grup 1989  kat friendster dan kitorang tak berapa rapat sangat masa tu. kenal-kenal macam tu je la. aku start rapat dengan dia sejak kawan baik kitorang, didie kahwin. abu cakap dengan aku, didie tu kawan rapat dia yang dah lama. tapi bila dia dah kahwin, takkan la nak rapat macam dulu kan. ' aku terasa jugak la kehilangan dia.' dia pernah cakap.

sejak tu kitorang selalu bertweet, selalu main unmensi, selalu sms, selalu bergayut. start bulan 8 tahun ni kot. benar-benar rapat. dan aku selesa kawan dengan dia. kitorang selalu berkongsi masalah dan dia tau semua kisah aku dengan beliau. 

last kitorang bercakap melalui telefon tak silap aku 19 oktober. aku pun tak sangka itu kali terakhir kitorang bersembang. lebih sejam jugak la. bermacam kisah yang dikongsi. 

last kitorang bertweet 25 oktober. masa tu aku ada ucap selamat hari raya dan tanya dia kenapa dia tak kasi num maxis dia, sebab num celcomnya hilang dengan handphonenya sekali. masa tu baru dia kasi. dan time tu juga aku ada cerita aku dah jumpa orang yang selama ni aku teringin sangat nak jumpa, cuma aku belum sempat bercerita padanya. bercerita seperti selalu.

26 oktober, aku sms dia, luahkan apa aku rasa lepas aku jumpa orang yang aku nak sangat jumpa tu. dia tak balas. aku fikir dia tak da kredit.

aku try mention dia. dengan harapan dia akan balas. tapi last dia aktif twitter pun 25oktober.

27,28,29 hb kehidupan berjalan seperti biasa. hinggalah 30hb, aku dah balik ke kemaman. aku nak call dia malam tu, sebab esoknya aku dah nak balik hostel, aku call banyak kali tapi tidak dijawab. aku try mensi dia kat twitter tapi tak reply.

31 oktober, aku on twitter kejap, aku baca mensi, ada orang mensi 'hi. just nk tnya. u looking for abu? dia baru meninggal yesterday 30/10 around 2++ pm. i terbaca ur mention to him'

boleh bayangkan tak perasaan aku? mulanya sungguh aku tak percaya. sangat-sangat. tapi bila dah dapat kepastian, aku rasa sedih sangat. sedih gila.

patut la 30hb malam tu, aku beria-ia call dia, banyak kali. kebiasaan aku akan call dia sekali ja, kalau dia tak jawab, aku biarkan, sebab nanti dia mesti akan sms balik atau call balik. tapi malam tu tak de.

aku call didie, didie pun tak tau sebenarnya. aku check facebook, memang benar dia telah tiada. kembali ke rahmatullah.

pemergiaannya sangatlah mengejutkan. sangat dirasai kehilangan. 

antara nasihat dan kata-kata dia untuk aku. dia tau aku sayangkan beliau. sangat. dia dah lama nasihat aku suruh tinggalkan beliau tapi....








dia memang seorang kawan yang baik. itu diakui sendiri oleh kawan-kawan yang lain. aku akui dia memang kawan yang baik.

aku ingat lagi kali terakhir aku call dia, aku sempat tanya soalan ni.. 

'abu, mana nak cari lagi ek lelaki macam kau? ada lagi tak agak-agak dalam dunia ni?'

dia balas,

'ada. memang ada. tapi apa kata kau ubah diri kau dulu? jadi solehah. satu hari nanti lelaki soleh sendiri akan datang cari kau.'

kata-kata tu terngiang-ngiang sampai sekarang. dan aku tak sangka itu kali terakhir..



twitter beliau.



sebagai seorang kawan rapat, aku hanya mampu sedekahkan al-fatihah dan yassin untukmu abu. 

wahai Allah, ampunilah Muhammad Abu Huzaifah bin Najib, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekalian alam, luaskanlah kuburnya dan berikanlah cahaya di dalamnya..

oh ya, dia meninggal dunia akibat virus kencing tikus.. ;(

Allah lebih sayangkanmu.. sahabat.. tunggu aku di sana :) 

ARTIKEL RAKAN BLOGGER