Sunday, May 13, 2012

IBU

assalamualaikum ;)


ibu,
mungkin tiada aku,
jika tiada kamu,
tidakku mengerti apa itu dunia,
mahupun realiti.

sehingga saat ini aku perlukan kasihmu,
susah senang aku perlukanmu,
aku terbayang wajahmu, 
rindu.

jujur dari lubuk hatiku,
aku sangat menyayangimu,
ku harap kau akan terus bersamaku,
hatiku tenang bersama denganmu.

oh angin sampaikan rinduku ini,
kepadamu kasihku,
harap lamunanku terhenti,
yang rindu padamu..

jangan biarkan aku kehilangan,
kehilangan dirimu, kasih sayangmu,
ku pendamkan segala memori angan,
untuk ku abadikan kau di dalam hidupku.
selamanya..

SELAMAT HARI IBU ;)

;')

Friday, May 11, 2012

KENAPA ORANG YANG MENGUMPAT PERLU DIHARGAI?

Assalamualaikum ;)


bila kita kena umpat, itu maknanya orang itu ingat kita.
orang yang mengumpat sebenarnya orang yang 'baik'. sebab apa 'baik'??

sebab dia nak transfer pahala dia dekat kita. buat susah-susah aje. orang yang mengumpat adalah penggemar setia kita yang banyak menghasilkan masa memikirkan kesalahan dan kelemahan kita.

sanggup dia selidik sedalam-dalamnya! 

kita diumpat kerana orang tu tak mampu nak jadi macam kita. jadi secara realitinya si pengumpat telah mengakui kehebatan kita. syukurlah. ;)

si pengumpat sebenarnya cemburu dengan kita.

syukur dan senyum selalu.

^__^V

Thursday, May 10, 2012

GAMBAR : SEPANJANG PERJALANAN DARI KEMAMAN KE KULIM

assalamualaikum ;)

1 mei 2012 yang lalu, kami sekeluarga pulang ke kulim. setelah 5bulan kami tak balik. rindunya pada kulim tidak dapat ditanggung lagi. huk huk akhirnya abah ambil keputusan nak bawak kitorang balik kulim! yeayy!

walaupun 10 hari telah berlalu, aku nak jugak cerita pasal perjalanan aku dari kemaman ke kulim. hakhak. 

hampir 200 gambar telah diambil sepanjang perjalanan. dari pukul 9.30 pagi dan sampai ke kampung dalam pukul 7.15 malam. alhamdulillah ;)

kitorang tak balik ke kulim terus, tapi balik ke kampung abah, kat kampung setol, permatang buloh, sungai dua. kehkeh makan malam kat situuu~ aum.

gambar yang akan menceritakan segalanya! tak boleh nak upload kesemua gambar. hang terus blog aku karang. kahkah

rama-rama memang cantik. tapi kalau rama-rama ada dalam toilet, aku memang takkan masuk. ni mama yang snap gambar ni. hehehehe

cuaca mendung je. ada beberapa tempat hujan lebat.

ni mc donald kat genting sempah. masa ni hujan lebat. kehkeh 

cantikkan?? gambar kucing comel!! auwww~ i likeee ;D

bila tak hujan, awan nampak cantik sangat2. nampak tak tuuuu? yang kecik2 tu? tu la KLCC! hahah dah sampai KL time ni..

nampak KLCC dan KL tower. kitorang tak balik ikut kelantan, tapi dari kemaman >>> kl >> perak >> kedah.

suka sangat. indahnya. subhanallah. sangat indah ciptaan Allah ;)


kebiruan.. sejuk mata memandang..

time ni dah mendung..

nampak cantikk kan? hik hik

RNR tapah. hihi nampak tak yang disebalik pokok tu? kot2 la korang tak nampak :P

mama snap gambar bunga raya.. ;)

cool blog!! grape smoothies, dan chocolate blog. smoothies aku punya. chocolate mama punya ;D nyum3!!

nak hujann dahh..


sambung perjalanan..


ehem. sapa dia ni ek? hehe ada beberapa gambar aku ambil tau XD hensemmmmm.. saja je amik gambar senyap2 :P


ramai kot orang berkonvoi kat lebuh raya. kemain diorang ni. comel comel.


ok dah sampai kampung.. dah senja.. matahari dah nak terbenam.. 


pak lang bela itik dan ayam, banyakkkkkkkkkkk. suka tengok. kekekek


malam tu makan malam rumah pak lang. ;) 

lepas tu balik kulim. dan amboi amboii, punya la banyak lipas. entah mana entah diorang datang, dah la besar-besar. hahaha

malam tu aku tidor dalam ketakutan. sebab terbayang-bayang lipas ada dalam baju.zzzzzzzzzzz~~ :P

*masa hangpa baca entry ni, aku dah on the way balik kemaman. sesudah subuh kot bertolak.. kahkahkah sorii baru ada masa nak bercerita. tak apa, entry2 lepas ni akan ku ceritakan apa yang aku buat kat kulim nuhhh. okkk? entry2 sebelum ni semua memang ada dalam draft dah, yang aku buat awal2 sebelum aku balik ke kulim. nasib baik cukup stok.. kikikiki*

*acara blogwalking akan ku jalankan selepas berehat seketika di kemaman nanti.. hehe*

ARTIKEL RAKAN BLOGGER